SALAHKAH AKU MENCINTAI? - BAB 8

553 20 0
                                    

DIA tak dapat berfikir jernih, hanya tempat itu saja yang terlintas difikirannya. Marwan membawa tubuh gadis itu ke suatu klinik rahsia. Keadaan di tempat itu tersangat sepi, hanya kedengaran bunyi cengkerik di bangunan yang terpinggir jauh dari kesibukan jalan raya.

Dia menekan butang loceng hanya sekali, muncul seorang gadis berkaca mata bulat membukakan pintu setelah terdengar loceng berbunyi. Dia tercengang bersama sebilah pisau bersaiz kecil di dalam tangan.

" Wan? "

Anak matanya memerhati ke dalam tangan Marwan, lelaki itu tengah mendukung seorang gadis yang tak kelihatan wajahnya.

" Who is she? " Tanya gadis itu, tampak tidak asing dari Marwan.

" Someone "

Jawab Marwan begitu saja, melangkah masuk ke dalam klinik yang sangat jauh berbeza, berbanding klinik lain. Klinik yang sepi, suram dan hanya diterangi sebuah lampu sahaja.

Marwan meletakkan tubuh Della ke atas katil pesakit. Gadis itu memakai white coat, membuka kaca mata bulatnya lalu menghampiri gadis yang terlantar dalam keadaan tak sedarkan diri.

" Siapa perempuan ni? " Tanya gadis itu, menyuluh lampu ke dalam mata Della.

" Zia, tolong aku. Dia kena tembak. Aku nak kau selamatkan dia "

Gadis bernama Razia itu memandang kelat ke wajah Marwan. Troli alat pembedahan itu dia sorong ke arahnya. White coat kembali ia buka dan kaca mata bulat itu kembali dia gunakan.

" Tolong tunggu kat luar "

Ucap Razia, membuka butang kemeja gadis itu tetapi, cepat dia hentikan tangan dari bekerja. Dia memandang Marwan semula, riak yang dia pamerkan masih tak berubah.

" Tolong tunggu kat luar, atau "

" Okey "

Ucap Marwan pantas, faham apa yang cuba Razia katakan. Bergegas Marwan keluar dari bilik kecil itu dan menunggu di luar sahaja. 'Overall' biru dia sarungkan ke badan dan memakai topeng muka. Tangannya mula bekerja pantas, sempat anak matanya melirik ke kanan mencari kelibat Marwan.

Dia menggunting pakaian gadis itu yang sudah terkena banyak noda darah lalu disimpan ke atas sinki kecil. Dia mengecilkan mata pabila melihat dada gadis itu terdapat sebutir peluru yang sudah terbenam menembus kulit.

Marwan duduk di sederetan kerusi biru yang tersedia di dalam Klinik Dr. Zia. Bimbang memikirkan keadaan Della yang sangat kritikal saat ini. Masih ada sisa air mata dibawah kelopak mata indahnya. Kejadian itu telah membuat Marwan tersedar akan satu hal, tentang Della Elayna sudah lama bertakhta dihatinya.

Kedua-dua belah siku ia daratkan ke atas paha sendiri sambil memanggung kepala, runsing, serabut dan cemas dia saat ini. Sudah dua jam berlalu sejak dia membawa Della ke situ, Zia belum jua keluar dari bilik tersebut. Sekejap Marwan berdiri, sekejap dia duduk kembali. Hati tak tenang.

" Hello Wan, kau kat mana? Budak-budak kita dah standby sejak tadi. Asal kau hold tetiba? Kau okey tak? "

Ujar Mark di dalam talian, nadanya sedikit marah dengan sikap Marwan yang tiba-tiba merubah keputusan. Marwan menggaru dahi sendiri, dia berjalan dan berdiri diluar bilik itu. Memandang ke dalam bilik itu, melalui dinding kaca.

" Aku datang. Korang siap. Malam ni, aku nak diorang semua mati! " Ucap Marwan, tapi matanya kembali berair pabila melihat keadaan gadis itu.

" Beres "

Marwan meninggalkan sekeping nota di atas meja, menulis pesan kepada Zia. Dia bergegas pergi meninggalkan perkarangan itu, memecut laju menuju ke tempat, di mana semua orang-orangnya sudah berkumpul.

SURI HATI MR.MAFIA(COMPLETE)Where stories live. Discover now