KAU ADALAH KAU, AKU ADALAH AKU - BAB 9

590 27 0
                                    

MESKI sudah di pinta untuk pulang, Marwan memilih untuk menghamparkan badan di atas kerusi dan menunggu sehingga Della membuka mata kembali. Bila rasa mengantuk belum jua kunjung tiba, Marwan memutuskan untuk menjenguk Della seketika kerana hati semakin risau.

Dia melabuhkan punggung di atas kerusi plastik berwarna biru, anak matanya tak lepas dari memandang wajah comel Detektif itu. Seringkali saja suara nada dering lantang dari HP Della mengganggu tumpuannya dalam merenung ke wajah gadis itu.

Marwan tak punya hak ke atas diri gadis itu, apalagi untuk menjawab panggilan yang datangnya dari Balai Polis tempat Della bertugas.

" Aku dah cakap Della, kau hanya terluka jika terus-terus berada di sisi aku. Apa yang perlu aku buat? Diorang semua dah tahu tentang kau "

Marwan bermonolog di dada, fikiran kembali kacau dan serabut apabila memikirkan tentang keselamatan Della yang mula terancam kerana dia. Berkali-kali dia menghela nafas berat, melekapkan kedua telapak tangan ke wajah.

Marwan melelapkan mata seketika... Masih menutup seluruh wajah dengan telapak tangannya.

Apabila tangan dijauhkan dari wajah, senyuman di wajah Della menyapa pandangan serta fikiran yang serabut. Tiba-tiba saja, gadis yang baru terjaga itu, meraih jemarinya.

" Kau dah sedar? "

Della memberikan senyuman lebar pada Marwan. Sudah jelas melihat dia membuka mata, lelaki itu masih juga bertanya. Della bingkas berdiri tetapi, tak berdaya. Pantas Marwan mengangkat punggung dan cuba membantu gadis itu untuk bangkit bersandar ke kepala katil.

Marwan tidak tahu, peluru apa yang telah menembusi kulit tubuh Della sehingga gadis itu tiba-tiba bersikap romantik dengannya. Della tersenyum, dia menarik lengan Marwan apabila sudah bangkit bersandar. Marwan terduduk di tepi kiri Della. Bingung.

" Della... Kau, kau... Kau kenapa? "

Della menggeleng kepala lambat, merebahkan kepala dibahu Marwan. Lelaki itu semakin bingung dengan perubahan sikap Della. Dalam kebingungan, dia tidak menegah langsung gadis itu merebahkan kepala dibahunya. Serasa, dia juga menikmati perasaan itu.

" Tadi aku bermimpi " Della bersuara perlahan.

" Mimpi apa? " Tanya Marwan, nadanya merendah.

" Aku mimpi, kau cium dahi aku "

Ucap Della, mengetap bibir. Marwan mengebilkan mata, curi-curi geleng kepala laju. Dia melekapkan telapak tangan ke dahi gadis itu, pandangan mereka kemudian menjadi satu.

" Kau demam ke? Tak panas pun. Ke Zia salah bagi ubat "

Ucap Marwan, Della menguntum senyum lalu melepaskan tangan dari memaut lengan Marwan. Mereka masih saling berpandangan, Marwan tak sedap hati dengan tatapan dan perubahan sikap Della yang tidak seperti biasa. Baginya, Della memang perempuan yang hilang akal tetapi, hari ini Della nampak sangat lain.

" Betul ke aku cuma bermimpi? " Tanya Della. Tiba-tiba Marwan tersenyum.

" Mungkin " Della berkerut kening mendengar jawapan ragu Marwan.

" Tapi, aku tak rasa pun itu cuma mimpi "

Della yakin, dia dapat rasakan bahawa kucupan itu nyata bukan sekadar berimajinasi sahaja. Dia mengingat setiap hembusan nafas yang lalu di wajahnya, terasa begitu hangat.

Marwan senyum kacak lalu, kedua tangan dilekapkan ke pipi gadis itu. Anak mata Della membulat bila Marwan bertingkah seperti itu. Tanpa ia duga, hal itu terjadi. Marwan mengucup dahi gadis itu. Della terpejam mata.

Marwan melepaskan kucupannya, mata mereka bertentang dengan kedua telapak tangan masih singgah di pipi gadis itu. Perlahan-lahan Marwan mendekatkan bibir sendiri ke arah bibir Della lalu dia mencium bibir gadis itu, lama.

SURI HATI MR.MAFIA(COMPLETE)Where stories live. Discover now