2

3.3K 189 78
                                    

*Di dalam kelas*

Boboiboy tidak dapat menumpukan perhatian sedikit pun dengan apa yang diajar cikgu Papazola kerana fikirannya masih lagi teringatkan benda yang dilihatnya sebelum kelas bermula pagi tadi.Rasa bersalah mula timbul dalam sudut hatinya.

"Haihh...Kenapa aku rasa bersalah ekk tengok abang Danish kena macam tu tadi?Rasa macam aku dah tengok sesuatu yang aku tak patut tengok pula..."monolog Boboiboy dengan rasa bersalah.

Tiba-tiba cikgu Papazola memanggil nama Boboiboy.

"Wahai anak muda...Apa yang kamu termenungkan tu ha?!!Kamu teringatkan girlfriend kamu ke?!!"soal cikgu Papazola dengan soalan yang tidak logik sehingga hampir membuatkan Boboiboy terlempar pen yang dipegangnya.

"Hah??Mana ada cikgu!Saya ni girlfriend pun takda..."bantah Boboiboy tak puas hati bila dengan cikgu Papazola kata 'teringatkan girlfriend'.

"Habis??Kamu teringatkan boyfriend kamu ke?!!"soal cikgu Papazola sehingga membuatkan Gopal yang takda kena mengena tersedak.

"Boyfriend??Apa cikgu merepek ni?Saya bukannya kunyit erm..."bantah Boboiboy lagi.

"Habis tu...Apa yang kamu fikir sampai langsung tak fokus dalam kelas cikgu haa???"soal cikgu Papazola yang tak reti penat.

"S-saya...Fikir pasal...Erm...Drama hindustan(?)!Ya!Saya teringat pasal drama hindustan yang atuk saya tengok semalam hehehe..."bohong Boboiboy sambil menggaruk-garuk pipinya yang tidak gatal.

"Haihh...Banyaklah kamu punya drama hindustan...Tak palah.Tapi,cikgu ada sediakan denda untuk kamu sebab tak fokus dalam kelas..."ujat cikgu Papazola sambil tersenyum jahat(kot).

"Ha?Denda apa pula ni cikgu?"soal Boboiboy panik.

"Nanti lepas kelas cikgu habis,kamu kena pergi ke bilik guru dan ambil buku-buku aktiviti tingkatan 5 Jujur.Kamu juga kena hantar buku-buku tu ke kelas 5 Jujur tu..."jelas cikgu Papazola sehingga membuatkan perasaan Boboiboy bercampur aduk.Tak tahulah nak ketawa ke nak marah ke nangis.

"H-habis tu,cikgu buat apa?"

"Cikgu?Cikgu goyang kaki jelah...Benda boleh suruh orang,buat apa kita buat"jawab cikgu Papazola manakala Boboiboy dan seisi kelas hanya membuat muka 😑🙄 apabila mendengar jawapan cikgu Papazola.

"Hei!Apa tengok-tengok lagi tu ha??Pergi siapkan latihan yang cikgu bagi!!"marah cikgu Papazola tak tentu pasal.

*Selepas kelas tamat*

Cikgu Papazola bergegas keluar dari kelas 2 Jujur kerana ingin cepat sampai ke blok tingkatan 5 yang jauh nun di sana.Sebelum beredar,sempat lagi cikgu Papazola mengingatkan Boboiboy tentang dendanya.Boboiboy hanya pasrah dengan cikgu Papazola dan terus keluar dari kelasnya untuk menuju ke bilik guru.

*Di bilik guru*

Boboiboy mengangkat kesemua buku aktiviti matematik tingkatan 5 Jujur yang telah diarahkan oleh cikgu Papazola.

Buku-buku yang diangkat Boboiboy itu terlalu banyak sehingga menutup pandangan Boboiboy jadi Boboiboy terpaksa berjalan dengan berhati-hati dan perlahan.

Tiba-tiba...

(GUBRAK!!)

Boboiboy terlanggar seseorang sehingga membuatkan kesemua buku yang di bawanya jatuh ke lantai.Untuk mengelakkan risiko dimarah,Boboiboy segera memohon maaf pada orang yang baru dilanggarnya tadi.

"M-maaf!!Saya tak nampak depan tadi!!"mohon Boboiboy sambil menundukkan kepalanya sedikit.

Tanggapan Boboiboy yang dia akan dimarahi oleh orang yang dilanggarnya nampaknya telah salah sama sekali.Malah,orang yang dilanggarkan sempat bertanya...

"Awak okay??Biar saya tolong..."tanya orang yang dilanggar Boboiboy tadi dan menundukkan sedikit badannya kerana Boboiboy lebih rendah darinya.

Boboiboy mengangkat kepalanya untuk melihat siapa yang dilanggarnya tadi.Apabila Boboiboy mengangkat kepalanya,dia dapat lihat seorang pelajar lelaki yang berwajah agak handsome (Fuh😂🔫) sedang memandangnya tepat ke arah matanya.

Bila diperhatikan balik,Boboiboy rasa.yang jarak di antara wajahnya dengan wajah pelajar lelaki itu agak...Dekat sehingga membuatkan pipi Boboiboy sedikit memerah.

"Sa-saya-saya okay!!"jawab Boboiboy tergagap sedikit membuatkan pelajar lelaki itu sedikit tergelak apabila melihat reaksi Boboiboy yang seperti budak perempuan.

"Cutelah awak ni"ucap pelajar lelaki itu sedikit tergelak membuatkan pipi Boboiboy semakin memerah.

Tanpa membuang masa,Boboiboy cepat-cepat mengutip buku-buku yang bertaburan di atas lantai atas sebab tidak mahu lama-lama dengan pelajar lelaki itu.

"Awak nak saya tolong?"tanya pelajar lelaki itu sambil mengutip beberapa keping buku aktiviti yang bertaburan.

"Takpa!Saya boleh buat sendiri!"tolak Boboiboy sambil mempercepat tangannya mengutip buku.

"Biar saya tolong,buku-buku nikan banyak,berat pula tu...Kesian awak nak kena angkat buku ni sorang-sorang,awak tu dahlah kecil"ucap pelajar lelaki itu dan mengambil sebahagian buku yang diangkat Boboiboy.Boboiboy sedikit blushing dengan perbuatan pelajar lelaki itu.

"Erm...Te-terima kasih abang..."

"Fang,panggil je saya abang Fang..."sambung pelajar lelaki itu 'Fang' sambil tersenyum ke arah Boboiboy manakala Boboiboy hanya menyorokkan mukanya di sebalik buku-buku yang diangkatnya.

"Boleh saya tanya,awak nak hantar buku-buku ni pergi mana?"tanya Fang tiba-tiba.

"Tak silap saya,cikgu kata hantar kat kelas 5 Jujur..."jawab Boboiboy membuatkan senyuman Fang melebar.

"Baguslah..."balas Fang.Boboiboy hairan.

"Kenapa??"

"Itu kelas sayalah...Dah,jomlah ikut saya,kita pergi sama-sama...'ajak Fang manakala Boboiboy hanya mengangguk.

To Be Continued

Duh...Prmulaan yg agk plik...

ᴊᴀɴɢᴀɴ ᴛɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ!! (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now