38

1.4K 106 45
                                    

*Di pantai*

Boboiboy mula berlari dengan sedikit laju meniggalkan Fang yang masih terkial-kial ingin mengejarnya.

"Aduh budak ni...Main lari-lari pula..."keluh Fang dan terus mengikuti Boboiboy.

Setelah sampai,Boboiboy terus duduk di atas bangku itu dan bersorak gembira.

"Yey!!Dapat chop tempat!!"sorak Boboiboy gembira.

Manakala Fang pula,sudah tercungap-cungap apabila sampai di bangku tempat Boboiboy duduk.

"Abang Fang ni lambatlah..."tegur Boboiboy apabila menyedari Fang baru duduk di sebelahnya.Fang hanya poker face.

"Saya dahlah tengah lapar,lepas tu awak suruh lari laju-laju,mana boleh..."balas Fang yang cuba menahan dirinya dari memarahi Boboiboy(My condition right now ಥ‿ಥ).

Boboiboy yang mendengar nada suara Fang terus menyandarkan kepalanya pada bahu Fang dan memandang Fang dengan rasa bersalah.

"Sorry...Abang Fang janganlah marah..."ucap Boboiboy dengan manja sehingga kemarahan Fang semakin menghilang.

"Taklah...Cuma lain kali jangan buat perangai macam tu lagi tau"pesan Fang sambil mencuit hidung Boboiboy manakala Boboiboy hanya tersenyum dan mengangguk.

---

Fang sedang menjamah nasi lemaknya dengan tenang tetapi Fang terperasan yang Boboiboy asyik melihatnya dari tadi.

"Budak ni tengok aku ke nasi lemak aku?"soal Fang pada dirinya sendiri sambil menghentikan aktiviti makannya dan menoleh ke arah Boboiboy.

"Awak nak sikit ke?"tanya Fang tiba-tiba membuatkan Boboiboy terkejut dan berasa sedikit malu.

"Kantoi pula aku tengok nasi lemak abang Fang..."monolog Boboiboy yang pipinya mulai memerah.

"T-taklah..."bohong Boboiboy dan mengalihkan pandangannya ke arah lain.

Fang yang melihat reaksi Boboiboy sudah tahu yang Boboiboy berbohong dan segera mencedokkan sesudu nasi lemak.

"Boboiboy~"panggil Fang yang cuba mengambil perhatian Boboiboy manakala Boboiboy hanya menoleh.

"Nah"ucap Fang sambil menghalakan sudunya ke arah mulut Boboiboy.

Boboiboy dengan gembiranya terus memakan nasi lemak yang disuap Fang membuatkan Fang tergelak.

"Kenapa?"tanya Boboiboy hairan dengan mulutnya yang masih berisi nasi lemak.

"Saya dah agak dah,awak memang nak nasi lemak saya ni...Tapi awak tak nak mengaku betul tak?"jawab Fang yang masih menggelakkan Boboiboy.

"Hehehe...Macam mana abang Fang tahu?"tanya Boboiboy lagi.

"Rahsia~"balas Fang.

---

"Abang Fang,biar saya yang buangkan sampah..."ucap Boboiboy dan mengambil kertas pembungkus nasi lemak itu dari tangan Fang.

"Tong sampah jauh tau...Awak boleh ke?"tanya Fang untuk kepastian manakala Boboiboy hanya mengangguk dan terus berlalu pergi.

Tidak lama selepas Boboiboy pergi,seseorang mula berjalan mendekati Fang.

"Weh Fang"panggilnya.

"Ha,kau nak apa?"tanya Fang datar.

*Di tempat Boboiboy*

"Erm...Mana tong sampah ni?"soal Boboiboy sendirian sambil mencari-cari di mana terletaknya encik Tong Sampah.

"Ha!Dah jumpa!!"

---

Boboiboy berjalan balik ke arah tempat Fang duduk tadi dengan gembira.Tetapi rasa gembira itu tiba-tiba menghilang apabila Boboiboy nampak ada seorang perempuan duduk di sebelah Fang sambil berbual-bual.

"Hish!Akak Ying lagi!!"gumam Boboiboy geram apabila telah dapat memastikan siapa yang duduk di sebelah Fang.

Boboiboy pun segera berlari ke arah Fang sambil memanggil nama Fang.

"Abang Fang!!"panggil Boboiboy apabila sudah agak dekat dengan dengan Fang membuatkan perbualan Fang dan Ying terhenti kerana Fang menoleh ke arah Boboiboy.

"Kenapa ni?"tanya Fang hairan.Boboiboy mula mendekati Fang dan memeluk Fang erat.

"Abang Fang~Nak peluk boleh?"tanya Boboiboy dengan manja membuatkan Ying berasa sedikit menyampah.

"Boleh...Tapi kenapa tiba-tiba ni?"tanya Fang yang semakin tidak faham.

"Alaa...Abang Fang dah tak sayang saya eh???"tanya Boboiboy balik dengan nada sedikit merajuk.

"Alahai awak ni...Mana ada...Kan awak yang paling saya sayang..."jawab Fang dan kiss pipi Boboiboy.

"Eggh!!GROSS!!"monolog Ying dengan rasa hyper menyampah dan terus bangun dari tempat duduknya.

"Okaylah,aku nak jumpa kawan aku kejap..."ucap Ying dan terus berlalu pergi.

"Yey!Menang!!"monolog Boboiboy yang berpuas hati dengan pencapaiannya.

---

"Awak ni peliklah,tiba-tiba je manja semacam...Ada apa-apa ke ni?"tanya Fang sambil mencucuk-cucuk pipi Boboiboy.

"Saja je...."jawab Boboiboy ringkas.

Belum sempat Fang membalas apa-apa,Fang ternampak beberapa biji kelapa mula jatuh dari atas tempat yang diduduki Boboiboy.

Fang segera menolak Boboiboy sehingga Boboiboy terduduk di atas pasir pantai.

1

(DUSH!!)

2

(DUSH!!)

3

(DUSH!!)

4

(PAKK!!)

Empat biji kelapa jatuh betul-betul di atas kepala Fang dengan kelapa yang keempat sempat pecah sedikit di atas kepala Fang.Akhirnya,Fang mendapat benjol 4 tingkat di atas kepalanya.

Boboiboy yang melihat kelapa bergolek mula mengambil sebiji.

"Abang Fang,saya nak minu-"

Kata-kata Boboiboy terhenti apabila terlojat Fang sudah pun tertiarap di atas bangku dengan lidah terkeluar.

"Eh?!Abang Fang!!Jangan tidur kat sini!!Tadi dah tidur dalam bilik mandi,takkan kat sini pun nak tidur??"soal Boboiboy yang mula menggoncang-goncangkan badan Fang.

To Be Continued

Hahaha...1 chapter abis kat sini je😂🔨

ᴊᴀɴɢᴀɴ ᴛɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ!! (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now