52

1.1K 91 10
                                    

Boboiboy mula rasa sedikit sunyi kerana sudah hampir 3 minggu Fang tidak berseronok dengannya.Nak harapkan Fang chat dan call dia memang tak jadi apalah.

"Hmm...Bosannya"keluh Boboiboy sambil menongkat kepalanya dan pandangannya dibuang ke luar tingkap.

Matanya tidak henti-henti memandang bumbung dewan sekolah yang digunakan untuk peperiksaan SPM.

"Bila SPM nak habis??"soal Boboiboy pada dirinya sendiri.Sudah lama Boboiboy dan Fang tidak meluangkan masa bersama lantaran Fang sibuk mengulang kaji pelajarannya sehingga membuatkan Boboiboy kesunyian kadang-kadang.

Tiba-tiba...

"Boboiboy!!Sila tumpukan perhatian semasa saya sedang mengajar!!Awak tu dahlah BI selalu tak lulus!!Jadi bila saya mengajar tu, dengar!!Jangan asyik nak berangan je!!"sergah cikgu Shielda sehingga Boboiboy tersedar dari lamunannya.

"Sa-saya minta maaf cikgu!!"ucap Boboiboy sambil menundukkan sedikit kepalanya.

"Berdiri sampai waktu BI tamat!!"arah cikgu Shielda sambil mengetuk rotannya pada permukaan meja.Boboiboy yang mendengarnya bangun perlahan-lahan dari posisi duduknya.

"Baiklah kelas, kita sambung..."ucap cikgu Shielda dan mula menjelaskan semula tentang topik yang mereka pelajari pada hari itu.

---

"Boboiboy,tadi kau kenapa?"tanya Yaya apabila melihat Boboiboy hanya meletakkan kepalanya di atas meja.

"Takda apa...Aku okay je"jawab Boboiboy lemah.

"Kau biar betul?"tanya Gopal pula.

"Betul..."jawab Boboiboy sepatah.

"Eh,tap-"

Baru saja Gopal ingin melontarkan satu lagi soalan pada Boboiboy tetapi mendapat isyarat jangan dari Yaya.

"Em"

---

"Fang..."panggil Boboiboy perlahan.

"Ha"balas Fang yang matanya masih tidak lepas membaca buku yang dipegangnya.

"Erm...Bila awak nak habis SPM??"tanya Boboiboy lagi tetapi kali ini terdengar nada suaranya yang sedikit sayu.

"Ish awak ni,kan saya kata...28 hari bulan nanti...Maknanya esok..."jawab Fang dengan nada suara yang sedikit kasar membuatkan hati Boboiboy terguris.

"O-okay...Sorry..."mohon Boboiboy dengan suara perlahan.

"Takpalah...Awak pun tak tahu..."balas Fang manakala Boboiboy hanya diam.

"Esok dah mula cuti akhir tahunkan?"tanya Fang tiba-tiba.

"Ha ah..."jawab Boboiboy.

"Jadi esok awak tak perlu tunggu saya...Saya boleh balik sendiri..."jelas Fang membuatkan Boboiboy sedikit terkejut.

"T-tapi saya dah janji nak balik sama-sama dengan awak sampai awak habis SPM!!"bantah Boboiboy sambil menarik sedikit baju Fang membuatkan langkah Fang terhenti dan menutup bukunya.

"Awak tak perlu susahkan diri..."balas Fang dengan datar membuatkan pegangan Boboiboy pada baju Fang terlepas.

"O-okay...Maaf sebab saya ni menjengkelkan..."mohon Boboiboy lagi manakala Fang hanya diam.

"Mungkin,Fang cuma stress kot..."monolog Boboiboy yang cuba bersangka baik pada Fang sambil tersenyum pahit.

---

*Di rumah Fang*

Fang memasuki bilik dan meletakkan begnya di atas katil.Fang mencapai phonenya yang berada di atas bantal.Tiba-tiba fikiran Fang teringat Boboiboy.

"Ish awak ni,kan saya kata...28 hari bulan nanti...Maknanya esok..."

"Ish!Kenapa aku cakap macam tu dengan dia?!!"soal Fang pada dirinya sendiri sambil menampar mukanya.

"Macam mana kalau Boboiboy kecil hati?!!"soal Fang lagi.

"O-okay...Maaf sebab saya ni menjengkelkan..."

"Sah!!Boboiboy kecil hati!!"gumam Fang dan terus menekan button on pada phonenya.Dia perlu jelaskan semula pada Boboiboy tentang apa yang berlaku tadi.

Terkejut bukan main lagi Fang apabila melihat phone yang memaparkan perkataan 'No SIM' pada lockscreennya.

"Huish!!Mana SIM card aku siot?!!"soal Fang yang mula rasa panik dan membuka apps Whatsappnya.

Jantung Fang terasa ingin berhenti apabila nama Boboiboy sudah tiada di homescreen Whatsappnya.

"What the--"

Fang membuka contact listnya dan mencari-cari nama Boboiboy tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

"Aku tahu ni kerja siapa"monolog Fang yang menahan geram sambil menggenggam penumbuknya dan mula berjalan keluar dari biliknya menuju ke ruang hadapan.

Fang dapat lihat Kaizo sedang menonton televisyen sambil makan potato chip.Fang mula menghampiri Kaizo.

"Woi!!"sergah Fang membuatkan potato chip Kaizo jauh ke lantai.

"Tak reti panggil elok-elok ke?!"soal Kaizo bengang dan mengambil semula potato chipnya yang terjatuh tadi.

"Tak"jawab Fang sepatah sambil meletakkan kedua-dua tangan didadanya.

"Haihh...Kau nak apa?"tanya Kaizo pasrah membuatkan Fang semakin naik angin.

"Kau boleh tanya lagi aku nak apa?!!Weh,mana kau sorok SIM card aku?!"soal Fang sambil memandang Kaizo dengan pandangan menakutkan.

"Hmm...Mana aku tahu...SIM card kaukan?Apasal kau tanya aku??"soal Kaizo dengan suara yang sangat annoying.

"Aku tahu kau yang ambil SIM card aku dan delete nama Boboiboy dari WhatsApp dan contact list akukan?!!"soal Fang yang sudah tidak dapat menahan kemarahannya manakala Kaizo hanya tergelak kecil.

"Ingatkan kau tak nak sebut pasal tu..."balas Kaizo dan meletakkan potato chipnya di atas meja kecil..

"Aku tak sorok SIM card kau,tapi..."

"Aku buang..."ucap Kaizo membuatkan Fang semakin naik angin sehingga menggenggam phonenya dengan agak kuat.

"What the hell is your problem huh?!!!"soal Fang dengan kemarahan yang meluap-luap dan membaling phonenya ke arah Kaizo tetapi Kaizo sempat mengelak.

"Aku buat semua ni bukannya suka-suka...Cuma,aku nak kau rasa apa yang aku rasa masa aku umur macam kau dulu!!!"jawab Kaizo dengan yang sudah hilang kesabaran membuatkan Fang terdiam.

"Macam mana mak buat kat aku dulu,macam tulah aku akan buat pada kau..."sambung Kaizo.Fang masih lagi diam.

"Tapi...Apa kaitannya dengan Boboiboy?!Sampai kau delete nombor dia?!!"soal Fang akhirnya.

"Aku tak nak kau berhubung langsung dengan dia bermula hari ni!!Aku nak kau belajar!!"jawab Kaizo yang turut naik angin.

"Apas-"

"Kau habis SPM esok aku terus hantar kau pergi universiti kat Selangor tempat aku dihantar dulu..."sampuk Kaizo dengan selamba sambil network menuju ke arah dapur.

"Kau gila ke?!!Result pun belum dapat,dah nak hantar aku pergi universiti bangang tu!!"balas Fang yang kemarahannya masih tidak reda.

"Like I said earlier...'Macam mana mak buat kat aku dulu,macam tulah aku akan buat pada kau...'...Got it??"soal Kaizo sambil tersenyum mengejek dan terus berlalu ke dapur manakala Fang hanya terdiam di situ.

"Kenapa hidup aku macam ni?"soal Fang pada dirinya sendiri.

To Be Continued

Errrrrrrrrr weird ┻┻︵ヽ('Д´)ノ︵┻┻

ᴊᴀɴɢᴀɴ ᴛɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ!! (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now