60

1.3K 96 87
                                    

*Malam itu*

Boboiboy hanya duduk di atas lantai biliknya sambil bermain Dam Ular bersama Ochobot dengan setiap permainan yang wajib dimenangi oleh Boboiboy sehingga membuatkan Ochobot bosan.

"Yey!!Aku menang lagi!!Dah jelas memang akulah juara Dam Ular!!!"sorak Boboiboy yang sudah melompat seperti seorang budak kecil manakala Ochobot hanya menguap.

Tiba-tiba Boboiboy mengangkat Ochobot dan dibawa naik ke atas katilnya lalu meletakkan Ochobot di atas katilnya.

"Ochobot...Kau nak tahu tak?"tanya Boboiboy yang ingin memulakan perbualan.

"Meow?(Apa?)"balas Ochobot.

"Hari ni,Fang bagi kitorang semua ujian.Lepastu,dia punya soalan tu dahlah tak masuk akal!!Ada ke patut dia kata haiwan buat kerja??Tak patutkan?!"soal Boboiboy pada Ochobot yang hanya memandangnya dengan muka takda perasaan.

"Lebih teruk lagi,dia suruh aku duduk sebelah dia kat meja guru!!Ish!!Malu gila aku masa tu!!"sambung Boboiboy lagi sambil memegang kedua-dua pipinya yang tanpa dia sedar telah blushing.

Tiba-tiba Boboiboy teringat semula cara Fang menerangkan soalan-soalan yang dia tidak fahami tadi.Walaupun sebenarnya dia tak mahu Fang mengajarnya.

"Erm...Walaupun aku dah layan dia macam tu,dia tetap baik dengan aku..."ucap Boboiboy yang semakin memperlahankan suaranya sambil memandang alas katilnya.

"Kau rasa Fang masih suka aku lagi ke Ochobot?"tanya Boboiboy pada Ochobot yang sedang menjilat bulunya.

"Ohh ya...Lupa pula...Fang kata,dia nak cepat-cepat sambung belajar dan dia tak mahu ada...'Pengacau' yang mengganggu pelajarannya..."

Tiba-tiba saja kata-kata itu muncul dalam kepala Boboiboy.

"Ya,sebab Fang kata sejak akhir-akhir ni adik jadi terlebih annoying yang jadikan dia rasa sikit...Menyampah..."

"Tak mungkinlah dia masih suka aku...Diakan dah MENYAMPAH dengan aku..."ucap Boboiboy sambil menggeleng-gelengkan kepalanya untuk mengusir pemikiran negatif itu.

"Kalau ikutkan kau macam mana pula?"tanya Boboiboy lagi kepada Ochobot sambil mengangkat badannya.

"Meow...(Entah...)"balas Ochobot malas membuatkan Boboiboy geram.

"Kau ni Ochobot!!Berapa banyak kali aku nak kena cakap!!Guna bahasa melayu!!Kau faham tak bahasa melayu?!!Kita Nikan orang melayu,jadi kenalah bangga dengan bahasa kita!!Bukan guna bahasa Meow yang dah lapuk tu!!"marah Boboiboy sambil menggoncang-goncang badan Ochobot membuatkan Ochobot pening dan berasa geram lalu...

(ZAPP!!)

Ochobot mencakar tangan Boboiboy sehingga pegangan Boboiboy terlepas.Boboiboy melihat tangannya mula mengeluarkan sedikit darah membuatkan air matanya bertakung.

"Meow meow!!(Padan muka!!)"balas Ochobot dan terus meninggalkan Boboiboy tetapi belum sempat Ochobot keluar,Boboiboy sudah berlari ke arah pintu sambil menangis sehingga terpijak ekor Ochobot membuatkan Ochobot kesakitan.

"Atuk!!Ochobot cakar Boboiboy!!"adu Boboiboy yang sudah menangis sambil berlari ke arah bilik Tok Aba.

"Meow meow meow!!!(Bongok punya tuan!!!)"marah Ochobot sambil memegang ekornya yang sakit tetapi langsung tidak dihiraukan oleh Boboiboy.

---

"Sebelum saya tamatkan kelas,saya akan berikan korang markah ujian semalam..."ucap Fang membuatkan semua yang ada di dalam kelas itu tertelan air liur.

"Cepatnya dia tanda!!"monolog Boboiboy.

Fang mula menyebutkan satu persatu nama pelajar-pelajar di dalam kelas itu kecuali Boboiboy membuatkan Boboiboy hairan.

"Mana kertas aku?"soal Boboiboy pada dirinya sendiri.

Tiba-tiba Boboiboy terdengar rungutan dari Yaya.

"A-aku dapat 55 je?!!"soal Yaya yang sedang menahan geram sambil menggenggam kertasnya sehingga sedikit terkoyak.

"Macam mana boleh jadi macam ni?!!!"soal Yaya lagi.

Flashback On••

Yaya sedang sibuk memerah otaknya untuk menjawab bahagian terakhir kertas ujian itu.Tiba-tiba Yaya ternampak Fang yang sedang merapati Boboiboy sambil mengatakan sesuatu yang tidak dapat didengarinya.

"Ya Tuhan...Bagaimana aku nak jawab soalan kalau ada penyeksaan yang jelas di depan mata?!!!Argghhh!!Aku tak boleh fokus!!!"monolog Yaya yang tidak boleh melepaskan pandangannya dari Boboiboy dan Fang yang baginya sedang ber'sweet-sweet' itu.

Tiba-tiba pipi Boboiboy tersentuh pipi Fang membuatkan Boboiboy sedikit blushing.Yaya yang melihatnya hampir-hampir jadi gila.

"Ohhh sh*t!!!Yaooooooiiiiii!!"jerit Yaya seperti orang gila di dalam hatinya.

Flashback Off••

"Hmm...Pasal tu rupanya..."monolog Yaya yang hanya pasrah dengan markah yang diterimanya.

"Ehem!!"

"Boboiboy,awak ikut saya pergi ke bilik guru sekarang...Ada benda saya nak bincang pasal markah awak..."ucap Fang secara tiba-tiba membuatkan Boboiboy terdiam.

"W-what..."monolog Boboiboy yang masih terkejut.

"Ikut saya..."ajak Fang dan terus berjalan keluar dari kelas 5 Jujur manakala Boboiboy hanya mengikut Fang dari belakang.

*Di bilik guru*

Boboiboy masih lagi mengikuti Fang sehingga sampai di suatu kawasan yang agak tersorok di bilik guru itu.Boboiboy dapat lihat ada tertulis nama Fang di meja yang berada di hadapannya dan Fang duduk di kerusi yang ada di meja itu.

"Duduk..."arah Fang dengan suara datar sambil menunjuk ke arah kerusi yang berada di sebelah meja itu.Boboiboy hanya mengikut.

"Haduhh...Apa lagi dia nak?!!"soal Boboiboy pada dirinya sendiri yang mula menjeling Fang dalam diam.

"Tapi bagus juga...Tak payah aku belajar math hari ni..."monolog Boboiboy yang mula rasa gembira kerana tidak perlu memandang muka cikgu matematiknya yang annoying dan suka cari pasal itu.

"Kenapa markah awak macam ni?"tanya Fang secara tiba-tiba sambil meletakkan kertas ujian Boboiboy dengan agak kasar di atas meja membuatkan Boboiboy tersentak.

"25% je?"tanya Boboiboy pada dirinya sendiri.

"Kenapa diam?"tanya Fang lagi manakala Boboiboy masih diam membuatkan Fang sedikit mengeluh.

"Macam mana awak nak lulus SPM kalau awak asyik fail je macam ni??Apa benda yang awak belajar selama ni??"soal Fang dengan agak tegas membuatkan kesabaran Boboiboy hilang.

"Suka hati sayalah nak lulus ke tak nak!!Ada kena mengena ke dengan awak?!!"soal Boboiboy balik yang sudah bangun dari tempat duduknya dengan kasar.

"Memanglah takda kena mengena dengan saya,tapi ini semua untuk masa depan awak!"jawab Fang yang juga telah hilang kesabaran.

"Masa depan sayakan?!Bukannya masa depan awak!!Awak ni yang b-"

(SLAP!!)

To Be Continued

Erm...

ᴊᴀɴɢᴀɴ ᴛɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ!! (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now