27

1.5K 116 114
                                    

---

"Boboiboy!!"panggil Tok Aba dari dapur.Boboiboy yang mendengar panggilan Tok Aba bergegas turun dari biliknya.

"Ya tok"sahut Boboiboy yang sudah tiba di dapur.

"Tolong belikan barang-barang ni untuk atuk..."ujar Tok Aba sambil menghulurkan sekeping kertas dan beberapa keping not 20 ke arah Boboiboy.

"Huish!Banyaknya!!"ucap Boboiboy yang berasa sedikit terkejut dengan jumlah wang yang diberikan Tok Aba padanya.

"Dah barangnya banyak,banyaklah atuk bagi..."balas Tok Aba ringkas.

"Dah-dah,cepat pergi beli,dah nak petang ni..."sambung Tok Aba dan menolak sehingga sampai di depan pintu.

*Di kedai runcit*

Boboiboy mula membaca list barang yang diberikan Tok Aba tadi.

--------------------
WAJIB BELI!!!

SARDIN - 3 TIN
ROTI GARDENIA - 2 BUKU
KICAP JALEN(LEMAK) - 1 BOTOL
SUSU PEKAT - 4 TIN
UNCANG TEH - 2 PEKET
GULA PASIR - 3 PEKET
TEPUNG GANDUM - 2 PEKET
GARAM BUKIT - 1 PEKET
SUSU TEPUNG - 1 PEKET
AJI TAKDA MOTOR - 1 PEKET
SOS TIRAM - 1 BOTOL
MAKANAN KUCING - 2 PEKET

P/S:LEBIH DUIT TU,SUKATI KAULAH NAK BELI APA...PENJODOH BILANGAN ATUK TERUK SEBAB ATUK TAK HABIS SEKOLAH DULU...😂

-------------------

"Banyaknya!!"gumam Boboiboy selepas membaca list barang yang diberikan Tok Aba.

"Nasib baik rumah Tok Aba dengan kedai ni tak jauh..."monolog Boboiboy yang hanya pasrah dan mula berjalan mencari barang-barang itu.

"Erm...Mula-mula cari sardin..."gumam Boboiboy dan berjalan ke arah lorong yang mempunyai pelbagai makanan di dalam tin.

Boboiboy sampai ke bahagian sardin dan dapat melihat terdapat 2 jenis sardin.Boboiboy mengambil kedua-dua tin sardin itu.

"Botan ke Ayam Brand ekk??"soal Boboiboy pada dirinya sendiri sambil merenung kedua-dua tin sardin itu.

Fikir punya fikir akhirnya Boboiboy memutuskan untuk membeli kedua-dua jenama sardin itu.

"Atuk tulis 3 tin...Jadinya kena ambil Botan,Ayam Brand dan Botan...Takkan atuk nak marah...Dua-dua ni sardin juga..."monolog Boboiboy dan mengambil 2 tin sardin jenama Botan dan 1 tin sardin Ayam Brand.

"Bijak betul!!Atuk mesti puji aku!!!"monolog Boboiboy yang mula tersengih-sengih sendiri.

SKIP

Boboiboy telah mendapatkan kesemua barang yang ditulis Tok Aba,tetapi Boboiboy masih belum mendapatkan suatu barang.

"Erm...'Aji takda motor' ni apa??Takkanlah atuk suruh bagi motor kat orang yang bernama Aji??"soal Boboiboy pada dirinya sendiri.Habis berkerut-kerut dahinya kerana memikirkan maksud 'Aji Takda Motor' yang ditulis Tok Aba pada kertas itu.

Sedang Boboiboy berfikir,tiba-tiba Boboiboy ternampak seorang lelaki sedang membelek-belek sepeket gula tidak jauh dari tempat dia berdiri.

"Nak tanya abang tu tak ekk??"soal Boboiboy pada dirinya sendiri sambil memandang lelaki itu dari jauh.

"Tapi aku tak kenal dia...Kalau dia orang jahat macam mana?"soal Boboiboy lagi.

ᴊᴀɴɢᴀɴ ᴛɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ!! (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now