45

1.3K 95 119
                                    

Boboiboy dan Fang memasuki rumah Tok Aba dan terus menuju ke bilik Boboiboy. Apabila mereka sampai,Boboiboy mula membuka pintu biliknya membuatkan Fang sedikit terpegun melihat kekemasan bilik Boboiboy.

"Wow...Bersihnya bilik awak!!Tak macam bilik saya..."ucap Fang sambil memandang Boboiboy yang sudah tersipu-sipu malu.

"Sebenarnya bilik awak pun cantik...Kalau kerap dikemas..."balas Boboiboy yang secara tidak sengaja tersindir bilik Fang yang bersepah.

"Janganlah mention pasal bilik saya tu..."tegur Fang sambil mencubit sedikit pipi Boboiboy.

"Tapi saya tak cakap apa-apa pun!"balas Boboiboy berasa geram kerana pipinya asyik dicubit Fang.

(KRUKK~KRUKK~)

Bunyi tadi membuatkan Fang terdiam dan mengalihkan pandangannya ke arah perut Boboiboy.

"Awak...Lapar ke??"tanya Fang manakala Boboiboy sudah blushing teruk.

"Em...Ha ah..."jawab Boboiboy yang berasa sedikit malu membuatkan Fang tergelak.

"Tadikan baru makan...Takkan dah lapar lagi?"tanya Fang yang masih menggelakkan Boboiboy membuatkan Boboiboy semakin malu.

"Janganlah ketawakan saya!!"marah Boboiboy sambil menumbuk bahu Fang perlahan dan memuncungkan bibirnya tanda merajuk.

"Alaa... Janganlah marah~Saya gurau je~"pujuk Fang dan mengangkat Boboiboy lalu memeluknya erat.

Boboiboy masih lagi merajuk.

"Apa kata...Saya masakkan sesuatu untuk awak..."cadang Fang sambil menurunkan Boboiboy.

"Boleh!!!"balas Boboiboy yang tiba-tiba gembira.

---

*Di dapur*

Fang mula mencari apa-apa bahan masakan yang ada di dalam kabinet dan menjumpai berang-barang seperti sardin, roti dan kicap.

"Hmm...Kenapa ada 2 jenis sardin ni??"tanya Fang pada dirinya sendiri sambil memegang tin sardin Botan dan Ayam Brand.Kemudian, memang memandang Boboiboy yang sedang duduk di atas meja makan sambil membunuh askar-askar semut yang mendekatinya.

"Apa kerjalah yang kesayangan aku tu buat..."monolog Fang sambil tersenyum kecil dan berjalan mendekati Boboiboy.

"Boboiboy,awak nak makan apa?"tanya Fang membuatkan aktiviti membunuh semut Boboiboy terhenti.

"Saya nak makan ayam goreng..."jawab Boboiboy sambil buat muka cutenya.

"Tapi saya tengok macam takda ayam pun kat rumah ni..."balas Fang.

Boboiboy berfikir sejenak.Kemudian,terus berdiri di atas meja.

"Apa kata kalau saya keluar pergi beli ayam!!"cadang Boboiboy dengan bangganya sambil menepuk dadanya membuatkan Fang tersedak.

"Tak boleh!!Nanti ada orang culik awak macam mana?!!"soal Fang yang terlebih risau.

"Ish!Saya dah 14 tahunlah...Saya boleh jaga diri-Woaaah!!"

Boboiboy hampir-hampir saja terjatuh dari atas meja.Mujurlah Fang sempat menangkapnya dari terjatuh.

"Boleh jaga diri ek..."sindir Fang membuatkan Boboiboy berasa malu.

"Ehehe...Tadi tu...Tak sengaja..."ucap Boboiboy yang masih malu.

"Biar saya je yang pergi,awak duduk diam-diam kat rumah..."ujar Fang membuatkan Boboiboy geram.

"Tak nak!!!Saya nak pergi!!!"bantah Boboiboy sambil menghentakkan kakinya ke lantai.

"Saya pergi!!"balas Fang yang tidak mahu mengalah.

"Saya!!"

"Sayalah!!!"

"Saya!!!"

"Saya!!!!"

"SAYA NAK PERGI JUGA!!!!!!!!!!!!!!"

---

"Fang,saya pergi dulu tau!"ucap Boboiboy sambil berjalan keluar dari rumah.

"Hati-hati..."pesan Fang.

"Okay!!!"

"Nampak je cute,tapi ganas kalah raksasa!!"monolog Fang  sambil menutup pintu rumah dan menggosok-gosok kepalanya yang sudah benjol lagi.

---

*Di pasar mini*

Boboiboy berjalan memasuki pasar mini itu dan terus mencari encik ayam🐔.

"Mana ayam ya??"soal Boboiboy pada dirinya sendiri.

Tiba-tiba Boboiboy ternampak sebuah sign yang tertulis "Ayam Segar"dan terus menghampiri tempat itu.

Apabila Boboiboy sampai,dia berasa amat terkejut kerana ayam-ayam yang berada di situ tidak seperti yang dibayangkan.

Boboiboy mencapai phonenya dan membuka aplikasi Google.

Boboiboy mula membandingkan ayam di dalam Googlenya dengan ayam yang berada di hadapan matanya sekarang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Boboiboy mula membandingkan ayam di dalam Googlenya dengan ayam yang berada di hadapan matanya sekarang.

"Ayam dalam gambar nampak lagi elok,tapi kenapa yang ni warnanya pink??Kepala pun takda...Jangan-jangan,ni piggies!!!"monolog Boboiboy sambil menjauhkan dirinya dari 'piggies' itu dan terus berlari keluar dari pasar mini itu.

"Ish apalah!!Binatang pig tu pun nak jual..."monolog Boboiboy dan terus berlalu pergi.

---

"Hmm...Mana nak cari ayam??"soal Boboiboy sedih dan tiba-tiba teringat pesanan Fang.

"Beli seekor ayam dan balik sebelum hari gelap..."

"Macam mana ni???"soal Boboiboy lagi.

Tiba -tiba Boboiboy ternampak seekor ayam jantan sedang melihat ke kanan dan ke kiri untuk melintas jalan di lintasan zebra.

"Ha!!Dah jumpa pun ayam!!"ucap Boboiboy gembira dan terus mengejar ayam itu.

"Hei ayam!!Tunggu!!!!"

To Be Continued

Apa siot (ノ´・ω・)ノ ミ ┻━

THANKS FOR 6K READS!!😭❤️

ᴊᴀɴɢᴀɴ ᴛɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ!! (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now