53

1.1K 96 18
                                    

Boboiboy hanya duduk termenung di dalam biliknya sementara fikirannya tidak memikirkan apa-apa.Boboiboy melihat jam yang berada di dindingnya menunjukkan pukul 4:00 p.m.

"Ada setengah jam lagi sebelum Fang balik..."monolog Boboiboy yang masih memandang jam digital itu.Boboiboy berniat ingin berjalan pulang bersama Fang seperti selalu tetapi Fang telah melarangnya.

"Fang...Dah bencikan aku ke?"soal Boboiboy pada dirinya sendiri dan meletakkan kepalanya di atas meja belajarnya.

"Ish awak ni,kan saya kata...28 hari bulan nanti...Maknanya esok..."

"Fang marah aku..."monolog Boboiboy yang masih terguris hatinya.

"Jadi esok awak tak perlu tunggu saya...Saya boleh balik sendiri..."

"Aku tak kira!!Aku nak jalan dengan Fang!!Aku dah janji!!"ucap Boboiboy sambil bangun dari posisi duduknya dan terus mencapai topinya lalu berlari menuruni tangga.

*Di sekolah*

Fang berjalan keluar dari dewan dan memandang dewan itu seketika.Timbul rasa sedih dalam dirinya apabila melihat bangunan itu.Bukan sedih kerana terpaksa meninggalkan sekolah,tetapi sedih kerana terpaksa tinggalkan...Boboiboy.

"Kalau boleh, aku tak nak terjumpa dengan dia..."monolog Fang sambil berjalan dengan perlahan ke arah gate.

Apabila Fang keluar dari kawasan sekolah, tiba-tiba tangannya dipegang seseorang membuatkan terkejut dan segera menoleh.

"B-Boboiboy...Awak buat apa kat sini?!"soal Fang terkejut.

"Saya...Nak teman awak balik...Sebab...Saya dah janji..."jawab Boboiboy dengan suara perlahan.Tangannya masih lagi tidak melepaskan tangan Fang.

"T-tapi kan saya cakap awak tak per-"

"Saya dah janji!!Kan kita tak boleh mungkiri janji walau apapun yang terjadi!!"sampuk Boboiboy sambil mengeratkan lagi pegangannya pada tangan Fang membuatkan Fang sukar untuk membendung rasa sedihnya.

Tiba-tiba kereta Kaizo parking berdekatan dengan tempat mereka berdiri.Fang yang melihatnya terus merendahkan sedikit badannya dan memeluk Boboiboy erat membuatkan Boboiboy terkejut.

"F-Fang-"

Fang melepaskan pelukannya dari BoBoiBoy dan tersenyum ke arah Boboiboy dengan senyuman pahit.

"Kan saya dah cakap...Awak tak perlu susahkan diri datang sini..."ucap Fang yang dapat rasakan air matanya akan jatuh.

"F-fang...Awak kenapa?"tanya B-Boboiboy yang tidak memahami maksud Fang.

Tiba-tiba kepala Boboiboy diusap lembut oleh Fang.

"Nanti kita jumpa lagi..."ucap Fang dengan nada yang agak sayu membuatkan Boboiboy terdiam.

"Awak nak pergi man-"

Belum sempat Boboiboy menghabiskan soalnya,Fang telah pun masuk ke dalam kereta dan terus berlalu pergi.

Boboiboy masih lagi terdiam kerana cuba memproses apa yang sedang berlaku.

*Di dalam kereta*

Fang hanya membuang pandangannya ke luar tingkap.Fikirannya asyik terfikir tentang Boboiboy.Kaizo dapat lihat tidak wajah Fang dari cermin dan menghembuskan nafas berat.

"Sudah-sudahlah tu...Kau keluar universiti nanti kau jumpalah dia balik..."pujuk Kaizo yang sangat jelas kedengaran tidak ikhlas.

Fang masih diam.

"Saya dah janji!!Kan kita tak boleh mungkiri janji walau apapun yang terjadi!!"

Kata-kata Boboiboy tadi asyik berputar-putar dalam ingatan Fang sehingga tanpa sedar air matanya jatuh.Fang segera menutup mukanya dengan satu tangannya agar Kaizo tidak tahu yang dia sedang menangis.

"A-aku dah janji macam-macam dengan dia...T-tapi kenapa akhirnya aku mungkiri semua tu??!!!"soal Fang pada dirinya sendiri.

"Fang...J-jangan tinggalkan saya..."

"Maafkan saya..."

"Awak akan!!Bila dah habis sekolah nanti,mestilah awak nak sambung belajar!!Bila awak sambung belajar,saya tak boleh jumpa awak lagi!!"

"Kenapa ianya jadi kenyataan..."

"Takkan saya nak tipu awak"

"T-tapi saya dah tipu awak Boboiboy..."

"Saya sayang awak Fang!!"

"Mungkin lepas ni saya takkan dapat dengar lagi awak cakap macam tu pada saya..."monolog Fang yang terus menerus menangis sehingga matanya sedikit bengkak.

---

*Di rumah Boboiboy*

Boboiboy masih lagi tidak dapat memproses apa yang berlaku di gate sekolah tadi.

"Kenapa perangai Fang pelik tadi?"soal Boboiboy perlahan.

"Kan saya dah cakap...Awak tak perlu susahkan diri datang sini..."

"Kenapa Fang macam nak nangis tadi??"soal Boboiboy lagi.

"Nanti kita jumpa lagi..."

"Apa maksud Fang dengan 'jumpa lagi'??Fang nak pergi mana??"

Boboiboy terus menerus bertanya soalan-soalan KBAT pada dirinya walaupun dia tahu yang dia takkan pernah mendapat jawapan ysng diinginkan.

Akhirnya Boboiboy memutuskan untuk bertanyakan sendiri pada Fang.

Boboiboy menekan button call pada phonenya.

---

Sudah banyak kali Boboiboy cuba untuk menelefon Fang tetapi hasilnya tetap sama.Fang tidak menjawab panggilan Boboiboy.WhatsApp pun tidak di replay.

"Mana Fang ni???"soal Boboiboy yang sudah kusut fikirannya kerana dari tadi memikirkan Fang tanpa henti.

"Takkan dia takda internet??"soal Boboiboy lagi.

"Esok aku pergilah rumah Fang...Agaknyabdia takda internet dan kredit dia habis kot..."gumam Boboiboy yang masih bersangka baik dengan Fang.

*Keesokannya*

Boboiboy telah sampai di rumah Fang dan dapat lihat kereta Kaizo masih ada di situ membuatkan Boboiboy sedikit hairan.

"Abang Kaizo tak kerja ke?Hari ni bukannya hari Ahad..."monolog Boboiboy dan terus menghampiri pintu hadapan rumah.

Sampai saja di hadapan pintu,Boboiboy terus mengetuk pintu.

Tidak lama kemudian,pintu rumah di buka dan terlihatlah Kaizo di hadapan pintu.Kaizo tersenyum apabila melihat Boboiboy.

"Eh adik?Buat apa datang sini?"tanya Kaizo yang masih tersenyum.

"E-erm...Saya cari Fang...Mana dia?Semalam saya call dia tak angkat,chat dia tak reply...Fang okay ke?"tanya Boboiboy tanpa berkias membuatkan senyuman Kaizo hilang serta merta.

"Ohh...Fang...Dia,takda kat sini..."jawab Kaizo datar membuatkan Boboiboy berasa pelik.

"Fang pergi mana??"tanya Boboiboy lagi manakala Kaizo hanya smirk dalam diam.

"Fang ada kat Selangor...Dia...Sambung belajar..."jawab Kaizo membuatkan mata Boboiboy membulat tidak percaya.

"A-apa?!!"

To Be Continued

Apasal makin lama makin bosan ni?😥

ᴊᴀɴɢᴀɴ ᴛɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ!! (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now