37

1.4K 99 39
                                    

*Keesokannya*

Boboiboy terbangun dari tidurnya dan mendapati dirinya sedang dipeluk oleh Fang yang masih tertidur.

Boboiboy cuba mengalihkan tangan Fang kerana Fang terlalu kuat sehingga Boboiboy sukar untuk bergerak.

"Ish!!Kenapa tangan abang Fang ni berat sangat?!!"soal Boboiboy pada dirinya sendiri yang masih lagi ingin mengalihkan tangan Fang.

Tetapi,malang tidak berbau apabila Fang tiba-tiba saja menggolekkan sedikit badannya dan menghempap separuh dari badan Boboiboy membuatkan Boboiboy langsung tidak boleh bergerak.

"Huhuhu...Beratnya...Mak,ayah,toloong!!"jerit Boboiboy di dalam hatinya walaupun dia tahu tiada siapa yang dapat menolongnya sekarang ini.

---

8:35 a.m.

Fang terbangun dari tidurnya dan sedikit mengeliat.

"Selamat pagi a-"Fang terpaksa menghentikan kata-katanya apabila Boboiboy tiada di sebelahnya.

Fang cepat-cepat bangun dan segera mencari Boboiboy di sekitar bilik,di dalam bilik mandi,di dalam almari dan di bawah katil.Tetapi langsung tidak menjumpai Boboiboy.

"Mana pula si budak bertuah tu pergi?"soal Fang pada dirinya sendiri.Akhirnya Fang memutuskan untuk melihat ke luar bilik.

Fang membuka pintu bilik dan dapat lihat Boboiboy sedang bermain-main dengan seekor ketam dan umang-umang berwarna kelabu membuatkan Fang berasa sedikit risau dan mengangkat Boboiboy dari belakang.

"Boboiboy!!Bahaya!!"sergah Fang sambil mengangkat badan Boboiboy agar menjauhi ketam dan umang-umang itu.

"Eh?!!Kenapa?!!"soal Boboiboy yang terkejut berserta hairan dan sedikit meronta agar dilepaskan Fang.

"Nanti kena sepit macam mana??"tanya Fang balik manakala Boboiboy hanya menghela nafas.

"Ish!Apa abang Fang ni...Itukan cuma ketam,bukannya bahaya pun...Kan encik Cra-"Boboiboy menghentikan ayatnya apabila melihat ketam dan umang-umang tadi sudah tiada.

"Hmm...Rasanya tadi awak bermain dengan roh ketam dan umang-umang kot..."ucap Fang sengaja menakutkan Boboiboy.

Boboiboy yang mendengar kata-kata Fang serta-merta menjadi takut dan menyorok di celah-celak kaki Fang.

"A-abang Fang ni!!Sengaja takutkan saya!!"marah Boboiboy dan terus menggigit Fang's butt.

"Wui sakitlah!!Macam takda tempat lain nak gigit!!"balas Fang yang sudah kesakitan dan menepuk sedikit kepala Boboiboy agar melepaskan 'butt'nya.

Boboiboy hanya menjelirkan lidahnya.

"Ish!Budak ni...Degil betul!Nasib sayang..."ucap Fang sambil mencubit pipi Boboiboy yang digigitnya semalam.

"Sakitlah!!"marah Boboiboy dan menepuk kepala Fang yang benjol akibat terhantuk dinding malam tadi.

"Woi sakit!!"

"Sekarang kita seri!Pipi saya lebam,kepala abang Fang benjol!"ucap Boboiboy sambil tersenyum mengejek.

"Haihh...Budak ni..."balas Fang yang akhirnya mengalah dan mengelus kepala Boboiboy yang ditutupi topinya lalu masuk ke dalam bilik semula.

"Abang Fang nak buat apa?"tanya Boboiboy tiba-tiba.

"Mandi kejap...Lepas nikan nak pergi sarapan"jawab Fang dan terus masuk ke bilik mandi.Boboiboy hanya mengangguk.

-5 minit kemudian-

Boboiboy melihat ke arah pintu bilik mandi dan tiada tanda-tanda Fang akan keluar.

-10 minit kemudian-

Boboiboy mulai bosan tetapi dia cuba bersabar sedikit lagi.

-15 minit kemudian-

"Ish abang Fang ni!!Tidur ke apa?!"soal Boboiboy yang mulai bengang dan terus mengambil kupon makanannya dan Fang.

---

Fang keluar dari bilik mandi sambil mengelap rambut.Fang berasa sedikit terkejut apabila melihat Boboiboy sedang makan nasi lemak dan ada sekotak air oren di sebelah nasi lemaknya.

"Eh?Bila awak beli?"tanya Fang tiba-tiba.

"5 minit lepas,masa abang Fang tengah lena tidur dalam bilik mandi..."jawab Boboiboy yang masih bengang.

"Lama sangat ke aku terlelap tadi?"soal Fang pada dirinya sendiri.

"O-ohh...Saya punya ada?"tanya Fang lagi.

"Nah"jawab Boboiboy sambil menghulurkan sebungkus nasi lemak pada Fang.

"Wah!Thanks!!Awak belanja ke?"tanya Fang yang mula rasa terharu.

"Taklah.Saya pakai kupon abang Fang je.Tapi saya punya saya pakai kupon saya sendiri..."jelas Boboiboy manakala Fang hanya "Ohh"kan saja.

"Jom duduk bawah pokok kelapa kat pantai semalam!!"ajak Boboiboy yang mula menarik-narik tangan Fang.

"Tapi saya nak makan ╥﹏╥..."balas Fang.

"Alaa...Abang Fang makanlah kat pantai nanti..."rayu Boboiboy dengan puppy eyesnya yang melemahkan Fang.

"Aduhh...Lemah betullah dia buat muka tu..."monolog Fang yang sudah tertelan air liur.

"Haa...Okaylah,jom..."balas Fang akhirnya manakala Boboiboy hanya tersenyum.

"Jom!!"

To Be Continued

Tertanya² juga...Bila cita ni nak abis oi?😂🔨

ᴊᴀɴɢᴀɴ ᴛɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ!! (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now