62

1.3K 106 57
                                    

"Aku nak tahu...Apa yang kau cakap pada Boboiboy masa aku dah pergi universiti dulu?"soal Fang dengan datar membuatkan Kaizo yang sedang menuang air berasa sedikit terkejut.Mujur air yang dituangnya tak tumpah.

"Kenapa kau tanya?"tanya Kaizo yang masih tenang.

"Sebab Boboiboy ada cakap yang kau kata pada dia aku bencikan dia..."jawab Fang yang masih cuba untuk bertenang.

"Oh...Itu...Aku saja cakap cakap macam tu dengan dia supaya dia boleh lepaskan kau...Tapi aku tak sangka kau datang balik pada dia..."balas Kaizo yang masih selamba sambil tergelak apabila mengingat semula apa yang berlaku.

Fang menggenggam cawan yang dipegangnya dengan agak kuat sambil memandang Kaizo dan akhirnya...

(PRANG!!)

Cawan yang dipegang Fang dibaling ke arah Kaizo sehingga pecah.Kaizo yang sudah hilang kesabaran bangun dan menarik kolar baju Fang dengan kuat tetapi Fang langsung tidak berasa takut dengan tindakan Kaizo.

"Saja kau kata?!Kau tahu tak?!Disebabkan kata-kata kau yang kononnya betul tu dah jadikan Boboiboy benci pada aku!!!"pungkas Fang yang juga telah menarik baju Kaizo membuatkan Kaizo semakin naik angin.

"Apa kau fikir tu masalah aku ke hah?!!!"soal Kaizo sambil menolak Fang sehingga terundur ke belakang.

"Kalau tu bukan masalah kau,kenapa kau kena pisahkan kitorang?!!!"soal Fang balik dan menumbuk Kaizo dengan kuat.Kaizo memegang bibirnya dan mendapati ada sedikit darah yang mengalir.

"Aku buat semua tu,sebab nak kau belajar!!"bentak Kaizo dan membalas pukulan Fang dengan menumbuk Fang di muka.Fang bernasib baik kerana dapat mengelak daripada terkena tumbukan Kaizo.

Fang tergelak dengan agak kuat apabila mendengar jawapan Kaizo sambil memegang sedikit mukanya dengan sebelah tangan.

"Apa yang kelakar hah?!"soal Kaizo yang semakin naik hantu.

"Kau ni kelakarlah...Aku tahu sebenarnya kau ni...Ada hati pada Boboiboy dan kau tak boleh dapatkan dia yang menjadikan kau CEMBURU...Betul tak?So kau tak payahlah nak bagi alasan suruh aku belajar apa semua...Just,jujur je...Settle masalah..."jawab Fang dengan penuh yakin dan sedikit nada sindiran di dalam ayatnya membuatkan Kaizo semakin sakit hati.

"Apa benda kau merepek ni ha?!!Kau fikir aku ni macam kau ke?!!Suka sesama jantina!!!Hahaha!!Macam bodoh!!"balas Kaizo tetapi tidak mempunyai apa-apa kesan kepada Fang.Malah membuatkan tawa Fang semakin meletus.

"Kalau bukan sebab cemburu,kenapa kau beria-ia nak suruh aku belajar?Padahal sebelum ni kau kata 'Kalau kau tak nak sambung belajar pun takpa...Aku tak paksa...' Tapi bila kau dapat tahu yang aku dan Boboiboy couple,Kenapa kau terus suruh aku sambung belajar??Cuba ja-"

Belum sempat Fang menghabiskan kata-katanya,satu tumbukan yang cukup padu telah melayang ke arah mukanya sehingga menyebabkan dia terduduk di atas lantai.Fang sedikit mengerang kesakitan apabila mukanya ditumbuk dengan begitu kuat.

Kaizo mengheret Fang dengan kasar sehingga sampai di muka pintu lalu menolak Fang keluar.

"Kau memang tak kenang budi dan kurang ajar...Jangan sesekali kau jejakkan kaki kau ke rumah ni lagi..."ucap Kaizo dengan dingin dan terus menutup pintu dengan kuat.

Fang bangun dan menatap pintu itu seketika.

"Heh,aku pun tak ingin nak datang sini lagi..."gumam Fang sambil tergelak-gelak sendiri dan terus berjalan meninggalkan kawasan rumah itu.

---

"Eh??Cikgu Fang tak datang hari ni??"soal seorang pelajar pada Yaya dengan agak kuat sehingga Boboiboy yang berada berdekatan situ dapat mendengar perbualan mereka.

ᴊᴀɴɢᴀɴ ᴛɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ!! (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now