Extra (Funfair 🎠🎡 P2)

1.3K 90 22
                                    

"Hihihihihi~"

Boboiboy terdengar seperti ada suara mengilai di belakangnya.Boboiboy memberanikan dirinya untuk menoleh ke belakang dan dia dapat lihat seekor 'hantu pontianak' sedang menghampirinya.

Boboiboy yang sudah tidak mampu menjerit dapat rasakan yang dia akan terkena sakit jantung jika benda itu berlaku secara berterusan.Jadi apa yang Boboiboy boleh lakukan adalah menutup matanya dan berharap tiada apa yang akan berlaku.

*Di tempat Fang*

Fang hanya berjalan keluar dari rumah hantu itu dengan penuh selamba sambil bersiul-siul.

"Hek eleh,tak seram langsung!Bukannya hantu betul pun!Orang pakai kostum je!"monolog Fang yang masih meneruskan perjalanan ke luar rumah itu.

Apabila Fang telah keluar,Fang memusingkan badannya menghadap pintu keluar rumah hantu itu.

"Boleh ke Boboiboy tu?Risau pula aku..."monolog Fang yang mula merisaukan keadaan Boboiboy.

Tiba-tiba Fang terdengar satu jeritan dari dalam rumah hantu itu.

"AAAAAAARRRRRRRRGGGGGHHHHHHH!!!!!!!!!FAAAAAAAAAANNNGGGG!!!!!!!!!TOLOOOOOONGGGGG!!!!!!!!!!!!!"

Mendengar jeritan itu saja,Fang sudah tahu yang itu adalah jeritan Boboiboy.Ditambah lagi Boboiboy memanggil namanya.Pastinya Boboiboy sudah terlalu ketakutan.

"Alamak!!"

Fang yang sudah risau segera berlari masuk kembali ke dalam rumah hantu itu.Dia ingin mencari Boboiboy dengan kadar segera.Dahlag Boboiboy tu penakut,buatnya dia pengsan ke apa ke,apa Fang nak jawab dengan Tok Aba nanti??

Fang terus mencari Boboiboy di setiap celah rumah itu dan mengabaikan hantu-hantu robot yang automatik muncul apabila ada pengunjung.

Akhirnya Fang menemukan Boboiboy yang sedang terduduk sambil memegang dadanya.Fang tanpa membuang masa,terus menarik tangan Boboiboy dan berlari keluar dari rumah hantu itu dengan segera.

*Di luar*

Fang dapat lihat mata Boboiboy amat bengkak dan air mata masih tidak berhenti mengalir di pipinya.

"B-boboiboy?"panggil Fang perlahan.

Boboiboy langsung tidak menjawab malah dia terus terduduk di atas lantai dan tangisannya kembali pecah.

"A-awak nak bunuh saya ke?!!Saya rasa nak mati tahu tak dalam tu tadi!!!"marah Boboiboy yang masih menangis teresak-esak membuatkan Fang rasa bersalah.

"B-bukan macam tu...Saya rasa rumah hantu ni tak seram jadi saya ingat awak tak apa-apa..."balas Fang yang masih rasa bersalah tetapi Boboiboy yang mendengarnya semakin menangis tersedu-sedu sehingga beberapa pengunjung yang lalu lalang di situ berhenti kerana berasa kesian pada Boboiboy.

"Tak seram awak kata?!!Dengan hantu langsuir,pocong,pontianak dan penanggal tu awak boleh kata tak seram?!!"soal Boboiboy yang masih marah.

Fang berasa sedikit hairan apabila Boboiboy menyebut perkataan 'penanggal' kerana setahunya,dia tidak berjumpa satu pun penanggal semasa dia di dalam rumah hantu itu tadi.

"T-tapi awak...Mana ada penanggal...Saya kat dalam tadi,satu penanggal pun saya tak jumpa..."balas Fang dengan kata-kata yang membuatkan Boboiboy terkejut.

"T-takda?!!"soal Boboiboy yang masih terkejut.Fang hanya menggeleng.

"M-maknanya--"Boboiboy tidak dapat menghabiskan kata-katanya kerana dia dapat rasakan yang dia akan menangis lagi.

"Rasanya tu...Hantu...Betul kot..."balas Fang perlahan membuatkan Boboiboy menangis lagi dan kali ni lagi teruk kerana Boboiboy mula meraung-raung kerana tidak dapat mempercayai kebenaran yang dia telah melihat hantu sebenar.

"Boboiboy...Janganlah nangis...Kan awak dah selamat..."pujuk Fang sambil cuba menyentuh Boboiboy tetapi cepat saja tangannya ditepis oleh Boboiboy.

"Awak jahat Fang!!!"ucap Boboiboy dengan suaranya yang sedikit serak kerana terlalu banyak menjerit.

Fang yang melihat reaksi Boboiboy sudah mati akal kerana tidak tahu bagaimana lagi ingin memujuk Boboiboy.Bertambah pula dengan orang-orang yang sedang melihatnya dan Boboiboy di situ.

"Boboiboy...Dahlah tu...Nanti saya belikan awak ais krim..."ucap Fang yang masih berusaha memujuk Boboiboy.

"Tak nak!!Saya tak nak ais krim dari orang jahat!!"balas Boboiboy dengan suara kuat.

"Ya Tuhan...Bantulah hamba-Mu ini...ಥ_ಥ"monolog Fang.

Fang terus memujuk Boboiboy tanpa henti sambil fikirannya sibuk memikirkan cara seterusnya untuk memujuk Boboiboy jika cara yang sedang digunakannya tidak berjaya.

The End!!

Okay😂Leeya tahu agak hambar endingnya😂Maaf jika tak memuaskan dan part 2 NI agak pendek😢Leeya dah cuba...

Itu saja extra untuk malam/pagi ni😂😢

ᴊᴀɴɢᴀɴ ᴛɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ!! (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now