46

1.4K 110 84
                                    

"Hei ayam!!Tunggu!!!!"jerit Boboiboy dan mempercepat langkahnya untuk mengejar ayam itu.

Ayam yang mendengar jeritan Boboiboy segera berlari sepantas kilat tanpa menunggu lampu isyarat menjadi hijau (untuk pejalan kaki).

"Hish!!Jangan larilah ayam!!"marah Boboiboy sambil mengejar ayam itu tanpa menghiraukan kereta yang lalu-lalang di jalan itu.

"Pokk!!Pokk Pokk Pokk!!!"

Boboiboy terus mengejar ayam itu sehingga dia sampai di sebuah kebun nenas.Boboiboy mula mencari ayam itu di sekitar kebun.

"Mana kau ayam?!Janganlah sembunyi!!Aku perlukan kau untuk jadi makanan aku ni!!!"panggil Boboiboy yang semakin kelaparan.

"Pokk Pokk Pokk Pokk Pokk!!(Pergilah beli ayam kat kedai!!)

Boboiboy yang mendengar bunyi ayam itu segera mencapai sebiji nenas yang agak besar dan bersedia untuk menangkap ayam itu jika dia keluar dari tempat persembunyiannya.

Tiba-tiba Boboiboy mendapat satu idea...

"Hei ayam!!Kau nak makan tak?Aku ada bawakan makanan untuk kau!!"ucap Boboiboy sambil tersenyum nakal.

Ayam yang mendengar perkataan "makanan" mula terpedaya dan keluar dari tempat persembunyiannya yang betul-betul berada di sebelah tempat Boboiboy berdiri.

"Pokk Pokk??(Mana makanannya?)"

"Inilah makanannya!!"jawab Boboiboy dan terus membaling bebas yang dipegangnya sehingga tepat-tepat kena pada kepala ayam itu.

(DUSH!!)

---

Fang sedang risau tahap babun dapat melihat Boboiboy berjalan perlahan-lahan ke arahnya sambil mengheret sesuatu.

"Boboiboy!Kenapa awak lambat sangat??Saya risau tahu tak??"soal Fang sambil memeluk Boboiboy lalu melepaskan pelukannya apabila merasakan baju Boboiboy mempunyai sedikit pasir yang melekat.

"Kenapa baju awak kotor??"tanya Fang sambil menepuk-nepuk baju Boboiboy agar pasir yang melekat tertanggal.

"Laaa...Saya pergi cari ayamlah..."jawab Boboiboy membuatkan Fang tercengang.

"Cari?Kan saya suruh beli...Bukannya cari!!"balas Fang yang sedikit memarahi Boboiboy.

"Habis tu,ayam kat kedai semuanya pelik...Warna dia macam piggies... Pink-pink gitu..."jelas Boboiboy yang sedikit sedih kerana dimarahi Fang.

"Haihh awak ni...Ayam dah sembelih memanglah macam tu..."jelas Fang sambil menepuk dahinya.

"Ohhhhhh...Manalah saya tahu..."balas Boboiboy yang sedikit tergelak.

"Ish budak ni...Habis tu?Awak dapat tak ayamnya?"tanya Fang yang sudah tidak tahu nak cakap apa.

"Dapat!!"jawab Boboiboy gembira sambil menunjukkan ayam jantan yang ditangkapnya tadi.

Fang hampir terlopong apabila melihat saiz ayam yang ditunjukkan Boboiboy.

"Huish!!Besarnya!!Mana awak dapat ayam ni??"tanya Fang.

"Kat tepi jalan...Ayam tu nak melintas jalan,saya nampak dia,saya pun kejarlah dia sampai ke kebun nenas!!"jelas Boboiboy dengan penuh bangga.

"Hebatlah awak ni...Ni yang jadikan saya makin sayang kat awak..."balas Fang dan kiss pipi chubby Boboiboy.Boboiboy hanya tersipu malu apabila Fang memujinya.

"Sekarang awak pergi mandi..."arah Fang manakala Boboiboy hanya mengangguk dan terus berlari masuk ke dalam bilik mandi.

---

Fang telah siap mencabut bulu ayam dan membuangnya ke dalam tong sampah.

"Haihh...Siap pun..."monolog Fang sambil mengesat peluh di dahinya.

"Fang!!!"panggil Boboiboy sambil berlari ke arah Fang lantas memeluknya sehingga Fang hampir terjatuh.

"Mana ayam??"tanya Boboiboy sambil memandang Fang yang masih dipeluknya.

"Ni..."jawab Fang sambil mengangkat ayam yang baru dicabut bulunya tadi membuatkan senyuman Boboiboy hilang.

"Ni bukan ayam tadi!!Ni piggies!!"balas Boboiboy yang sudah memuncungkan bibirnya.

Fang hanya sweatdrop.

"U-untuk pengetahuan awak...Ayam yang dan di sembelih dan dicabut bulunya memang macam ni..."jelas Fang.

"Ohh...Baru tahu..."

"Sekarang jomlah kita goreng ayam ni!!"ajak Fang membuatkan Boboiboy excited.

"Saya nak tolong!!"ucap Boboiboy sambil melompat-lompat seperti budak kecil.

"Boleh...Tapi awak pandai ke?"tanya Fang membuatkan Boboiboy sedikit geram.

"Jangan pandang rendah pada budak cute ni tau!!"jawab Boboiboy sambil menepuk dadanya.

Fang hanya tergelak.

---

"Boboiboy,alih-alihkan sikit kedudukan ayam tu supaya masak dengan sekata!!"arah Fang manakala Boboiboy bergegas mengambil sudip dan mula melakukan tugas yang diarahkan Fang.

"Eh?Kenapa awak pegang sudip tu terbalik?"tanya Fang hairan membuatkan Boboiboy blur.

"Bukan pegangnya memang macam ni ke?"tanya Boboiboy balik.

"Bukankah...Bahagian plastiknya ni jadikan tempat pemegang sebab ia diperbuat dari plastik yang merupakan penebat haba...Jadi tangan awak takkan melecur...Yang bahagian besi ni pula yang awak celup dalam minyak panas..."jelas Fang dengan panjang lebar sambil menunjukkan cara yang betul untuk memegang sudip.Boboiboy hanya mengangguk.

---

Boboiboy dan Fang menikmati ayam goreng hasil 'tangkapan' Boboiboy.

"Sedap tak?"tanya Fang pada Boboiboy yang masih leka dengan ayamnya.

"Sedap!!Pandai awak masak Fang!!!"jawab Boboiboy sambil tersenyum dengan mulutnya yang masih dipenuhi ayam.

"Erm...Fang"panggil Boboiboy.

"Ya?"

"Awak kata nak bagi saya hadiah...Tapi sampai sekarang awak tak bagi pun..."jawab Boboiboy membuatkan Fang menepuk dahinya.

"Saya lupalah!!Takpa,lepas makan ni,saya janji saya tunjukkan awak hadiah tu..."janji Fang membuatkan Boboiboy tersenyum lebar.

---

*Di bilik*

"Mana hadiahnya?"tanya Boboiboy yang semakin tidak sabar.

"Duduk atas katil dan tutup mata awak rapat-rapat..."arah Fang manakala Boboiboy hanya menurut.

"Jangan tengok ya~"pesan Fang dan mula mengeluarkan hadiah itu dari luggagenya.

Fang meletakkan satu-persatu hadiah itu di atas katil Boboiboy sehingga katil Boboiboy dipenuhi hadiah.

"Buka mata"arah Fang.

Boboiboy membuka matanya dan dapat lihat yang katilnya sudah dipenuhi dengan anak patung yang terdiri daripada hidupan laut seperti ikan,sotong,kuda laut,paus,jerung dan ketam.

Boboiboy mengambil anak patung ketam berwarna merah itu dan menatapnya dengan senyuman lebar.

"Wah!!Mr.Crab pun adalah!!"ucap Boboiboy teruja dan memeluk anak patung ketam itu.

Boboiboy bangun dari katil dan segera memeluk Fang erat manakala si Fang hanya kembang semangkuk.

"Terima kasih Fang!!Sayang awak!!"ucap Boboiboy dengan sedikit blushing dan tersenyum manis.

"Cute!!!"monolog Fang yang hampir nosebleed.

To Be Continued

Another hambar chapter 🤣🔨

ᴊᴀɴɢᴀɴ ᴛɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ!! (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now