Extra (Biskut 🍪❤️)

1.5K 82 45
                                    

Boboiboy yang bosan duduk seorang diri di rumah cuba mencari satu aktiviti untuk menghilangkan kebosanannya.

"Hmm...Main game?Malaslah,asyik kalah je dengan Yaya...Sapu lantai?Dah buat...Kemas bilik?Fang dah buat tadi...Haihh...Bosannya"gumam Boboiboy sambil melemparkan phonenya ke atas sofa dan terus berbaring di atas lantai.Rancangan 'Ojji Dan The Lipas' langsung tidak menarik perhatiannya.

Tiba-tiba Boboiboy mendapat satu idea.

"Apa kata kalau aku masakkan sesuatu yang sedap untuk Fang!!Jadi,bila dia balik nanti,bolehlah aku bagi dia!!Bijakkk!!"ucap Boboiboy gembira dan mula bangun dari posisi baringnya.

"Eh tapi...Aku nak masak apa ya??Kalau masak yang susah-susah,aku tak pandai..."ucap Boboiboy sedikit sedih dan mula mengalihkan pandangannya ke arah phone yang dilemparnya tadi.

"Ha!!Baik aku tanya Yaya,diakan pandai masak!!Mesti dia boleh tolong bagi aku idea!!"ucap Boboiboy lagi dan terus mencapai phonenya lalu mendail nombor Yaya.Selang beberapa saat,barulah panggilan diangkat dan terdengarlah suara Yaya dari seberang sana.

"Helo?"

"Helo Yaya!!"

"Ha Boboiboy,kenapa ni??Tiba-tiba je call aku,kau ada masalah ke??"soal Yaya.Boboiboy dapat dengar dengan jelas nada suara Yaya yang risau tentangnya.

"Ha ah...Sebenarnya,aku nak...Masakkan sesuatu yang istimewa untuk Fang,tapi...Aku tak tahu nak masak apa...Tu yang aku call kau ni..."jelas Boboiboy yang tiba-tiba berasa sedikit malu kerana memberitahu Yaya tentang rancangannya.

"Alaa...Senang je...Kau buatlah makanan yang dia suka.Apa susah?"balas Yaya ringkas.

"Tapi masalahnya,aku tak tahu apa yang Fang suka makan..."ucap Boboiboy sedikit sedih manakala Yaya hanya menghela nafas.

"Kalau macam tu,kau buat jelah biskut untuk dia"cadang Yaya membuatkan Boboiboy krikk krikk seketika.

"Aduh...Aku dah tak ingatlah resipi biskut yang Tok Aba ajar dulu..."keluh Boboiboy yang tiada semangat.

"Kau pakai jelah resipi aku"ucap Yaya yang cuba memujuk Boboiboy.

"Boleh je...Tapi,kau pandai buat biskut ke?"tanya Boboiboy yang ingin memastikan.

"Mestilah!!Biskut aku adalah antara biskut yang tersedap tau!!"jawab Yaya yang tiba-tiba saja menjadi riak tanpa sebab.

"Hm...Yelah...Ha,apa dia resipinya?Aku nak cepat-cepat buat,takut nanti tak cukup masa..."balas Boboiboy yang sedikit menggesa Yaya.

"Okay,resipinya...Tepung gandum,gula pasir,bar coklat,mentega,rempah kurma,serai,limau purut,kayu manis,cengkih,susu dan bawang merah..."jelas Yaya dengan penjelasan yang membuatkan Boboiboy terkejut.

"Huish!!Lain betul dari resipi Tok Aba!!"ucap Boboiboy yang masih terkejut.

"Setiap orang,resipinya berlainan...Ingat tu"balas Yaya bengang.

"Hm...Okaylah,aku nak cari bahan...Terima kasih Yaya sebab tolong aku"ucap Boboiboy.

"Takda masalah!Kaukan kawan aku,jadi mestilah aku kena tolong kau..."balas Yaya dan terus mematikan panggilan.

Boboiboy meletakkan phonenya di atas sofa dan bergegas ke arah dapur untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan.

*Di dapur*

Boboiboy membuka segala kabinet,laci dan ruangan untuk mencari bahan-bahan yang disenaraikan Yaya tadi.Yang anehnya,semua bahan yang diperlukan ada di dalam kawasan dapur Fang.Boboiboy pun terus meletakkan satu persatu bahan di atas meja makan.

"Bahan dah ada,jadi...Mari mulakan operasi biskut!!"ucap Boboiboy teruja dan meletakkan mixer di atas meja.Boboibky juga mengambil mangkuk yang bersaiz agak besar untuk mengadun tepung.

ᴊᴀɴɢᴀɴ ᴛɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ!! (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now