66 (END)

2.2K 123 139
                                    

Dengarlah lagu² sedih kalau nak😩

Sudah beberapa minggu berlalu sejak Fang kemalangan.Dalam beberapa minggu itu juga Boboiboy tidak pernah lupa untuk melawat Fang yang masih belum sedarkan diri di hospital.Setiap hari,tanpa miss walaupun satu hari.

Boboiboy berjalan masuk ke dalam wad yang menempatkan Fang dan duduk di kerusi yang telah disediakan di sebelah katil Fang.

Boboiboy menatap Fang dengan tatapan sayu kemudian tersenyum pahit.

"Fang...Awak tahu tak?Saya...Dah habis SPM..."ucap Boboiboy sambil memandang Fang.

"Awak tahu tak?Saya dah dapat faham subjek BI!!Semuanya sebab awak yang tak pernah putus asa...Ajar saya..."ucap Boboiboy lagi yang masih tetapi kali ini dengan air matanya yang mula mengalir membasahi pipinya.

"Saya...Hiks...Nak cakap...Terima kasih Fang...Sebab dah ajar saya!"ucap Boboiboy yang sudah menangis teresak-esak walaupun dia tahu Fang tidak akan menjawabnya.

"Boboiboy..."panggil seseorang membuat Boboiboy terkejut dan melihat ke hadapan.

Boboiboy berasa sedih bercampur gembira apabila melihat Fang sedang memandangnya sambil tersenyum kecil.

"Fang?!A-awak dah-"

Boboiboy terpaksa menghentikan kata-kata kerana Fang tiba-tiba saja memegang pipi Boboiboy membuatkan Boboiboy semakin sedih.

"Fang...Sa-saya nak cakap yang saya...Mint-"

Belum sempat Boboiboy menghabiskan ayatnya,tangan Fang yang memegang pipi Boboiboy tiba-tiba saja ditarik semula membuatkan Boboiboy hairan.

Boboiboy dapat lihat Fang mengukir senyuman pada Boboiboy dan akhirnya berkata...

"Saya...Sayangkan awak Boboiboy..."ucap Fang lirih dan perlahan-lahan menutup semula matanya membuatkan tangisan Boboiboy semakin menjadi-jadi.

"Fang!Kenapa deng-"

(TIIIIIIIIIITTT!!)

Boboiboy berasa amat terkejut apabila mendengar bunyi mesin itu dan segera menoleh.Boboiboy dapati mesin itu tidak lagi membaca degupan jantung dan denyutan nadi Fang(Ehei hentam je tau) membuatkan Boboiboy semakin panik.

"Fang!!Fang!!"panggil Boboiboy sambil menggoncangkan sedikit badan Fang dan berharap Fang akan merespon panggilannya.

Tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan Boboiboy kerana Fang langsung tidak merespon apa-apa membuatkan Boboiboy menangis dengan lebih teruk sehingga dirinya terduduk di atas kerusi.

"Fang...Bangunlah..."panggil Boboiboy lagi dengan suaranya yang sudah bergetar sambil memegang tangan Fang dengan erat.

"Fang...Ja-janganlah tinggalkan saya lagi..."ucap Boboiboy yang masih merayu agar Fang meresponnya tetapi hasilnya masih lagi sama.

"Please...Jangan ganggu saya lagi...Saya nak fokus dengan SPM saya...Selamat tinggal...Cikgu"

"Ini ke selamat tinggal awak Fang??"soal yang sudah menundukkan kepalanya kerana tidak sanggup untuk melihat Fang yang lebih tepatnya ialah jasad Fang yang sudah tidak bernyawa lagi.

"Takkan saya nak tipu awak"

"A-awak tipu lagi Fang..."gumam Boboiboy yang masih menangis.

"Ya...Saya janji saya takkan sesekali tinggalkan awak...Walau apa pun yang terjadi..."

"Hiks...Tapi sekarang...Awak betul-betul dah tinggalkan saya...Lagi..."gumam Boboiboy yang tidak henti-henti mengingat semula kata-kata Fang dulu.

"Semakin benci pada awak!!"

ᴊᴀɴɢᴀɴ ᴛɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ!! (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now