My silence is my attitude
♡♡♡
Kertas kerja terlihat bersepah di atas meja belajar yang diterangi cahaya lampu meja sahaja. Penggera berbunyi mengejutkan Nelly dari tidurnya di atas meja belajarnya.
Rambut panjangnya berserabut saat itu. Bekas air liur basi dilap dengan tangan. Selekeh! Untung tidak membuat 'peta' pada kertas kerjanya.Nelly bangun dari tidur duduknya menuju ke bilik air bersama tuala mandi.
♡♡♡
Solat Subuh ditunaikan dengan khusyuk. Lantas,Nelly menadah tangan untuk membacakan doa selepas solat dan diselitkan doa yang ikhlas darinya.
Ya Allah, hamba mohon padamu mudahkan urusan hamba di dunia ini. Lembutkan hati pensyarah aku dengan hasil kerja aku. Kau pertemukan aku dengan jodoh yang dapat membimbing aku ke Syurga. Aamin Ya Robbal Alamin
Usai membaca doa,Nelly menyiapkan dirinya untuk ke universiti yang mengambil masa 30 minit dari rumahnya.
Hari ini, Nelly perkenakan badannya dengan blouse putih bersama kain kembang. Pada kepala, dipakaikan tudung bawal berwarna hitam mengikut warna kainnya lalu digayakan tudungnya. Di wajah hanya dicolet mekap senipis yang mahu, bedak, lipstik, blush dan eyebrow.
Tepat jam 7:45a.m Nelly turun ke bawah untuk menjamu sarapan pagi yang disiapkan mamanya.
"Good morning ma, pa"tegur Nelly pada ibu ayahnya lalu duduk di atas kerusi makan.
"Awal bangun? "jawab Puan Lili pelik melihat anaknya awal bangun.
"Of course ma. Hari ni Nelly kan ada kelas"balas Nelly sambil menyapu jem pada roti lalu dimakannya.
"Pergi nak naik papa atau Pak Cik Khan hantar? "soal Encik Anuar yang baru selesai bersarapan.
"Papa nak Nelly naik sape? "soal Nelly kembali.
"Orang tanya dia, dia tanya kita balik. Biar Pak Cik Khan hantar jelah. Papa ada urusan sikit"balas Encik Anuar terhadap 'bola' yang Nelly .
Nelly hanya mengangguk mengiakan sahaja. 5 minit kemudian baru Iqah berangkat ke universitinya dengan dihantar Pak Cik Khan. Kasut yang dipilihnya adalah sport shoes. Gila ke apa? Pakai sport shoes?
♡♡♡
Kod hitam dipakai kemas pada badannya. Dengan pantulan cermin, Mustakim dapat melihat dirinya yang segak seperti Saharul Ridzwan.
Kunci kereta Audi diambil dari atas meja menuju ke laman rumah. Selepas menghidupkan enjin, kereta Audi hilang dari perkarangan rumah.
Sampai di universiti, kereta diparkin mengikut kereta pensyarah lain. Yes! Mustakim adalah seorang pensyarah di universiti Malaya (rekaan semata-mata). Selepas keluar dari perut kereta, Mustakim mengunci keretanya semula.
Dalam perjalananannya, seorang pelajar perempuan melanggarnya. Hampir terjatuh dibuatnya namun sempat ditahan sambil merangkul pinggang gadis tersebut yang hampir jatuh.
"Maafkan saya, maafkan saya"ucap gadis tersebut selepas membetulkan dirinya.
"Nelly? "ucap Mustakim apabila melihat Nelly yang melanggarnya.
YOU ARE READING
My Husband,My Enemy (COMPLETED)
Romanceبسم الله الرحمن الرحيم [BOOK 2] Apa perasaan kau bila kena kahwin dengan musuh sendiri? Sakit hati? Sudah tentu Lagi-lagi musuh kau tu suka sangat buli kau. Memang meroyan setiap hari. Hati tisu mana tahan. So, garang perlu ada. Cerita ini tentang...