9: 𝔪𝔲𝔰𝔩𝔦𝔥𝔞𝔱

516 24 0
                                    

A princess 👸 is never late,
Everyone is just too early! 💓🌸

◆◆◆

"2 minggu lagi kahwin. Are you serious mom. Tunang pun tak lagi, tiba-tiba terus kahwin. Apa kes ni? "ucap Mustakim terkejut beruk dengan pemberitahuan mummynya itu.

"Tak de kes apa-apa pun. Dari busana perkahwinan dengan hantaran mak pengantin perempuan uruskan. Kita pilih tempat dan jamuan makan je"jelas Puan Raisya pada anak terunanya itu.

Mustakim menganguk sebagai kata terakhirnya. Ialah, sampai bila nak membujang. Umur semakin meningkat kan.

Puan Lily dan Nelly memasuki butik pengantin popular di pusat beli-belah di situ. Nelly hanya membisu sementara menunggu mamanya uruskan pakaian yang akan digunakan.

Puan Lily menghampiri selepas beberapa minit berbincang dengan pereka fesyen di situ. Nelly yang hampir terlelap dikejutkan dengan suara mamanya. Dengan pantas dia membuka mata walaupun ngantuk masih terasa.

"Nel, kamu nak baju warna apa dengan model apa? "soal mamanya.

Nelly tersenyum. Waktu untuk membuat mama dan papanya pokai sebab suruh dia kahwin biar mereka tahu apa perasaan dia saat itu.

"Nel tak nak baju ketat-ketat sampai nampak tubuh badan. Cukup sekadar cantik dan simple. Kalau boleh nak tema ala-ala arabic dan garden. Lepastu, Nel nak guna mak andam sebab nak kekalkan budaya orang Melayu. Mak andam tak nak pondan. Nel nak pereka fesyen hanya untuk rekaan baju je nanti. Yang lain mak andam uruskan. "

"Lepastu Nel tak nak mekap tebal-tebal. Baju nak dua. Waktu akad nikah ala-ala Arabic style baju pengantin. Malam tu tema garden tapi baju nak warna blueblack. Kasut tumit 3 inci cukup. Hah! Satu lagi, bakal suami tak tahu Nel isteri dia kan so, Nel nak tutup sebahagian muka dengan purdah or niqab. Fullstop"

Puan Lily mendengar setiap bait-bait kata-kata Nelly dengan tekun.

"TAK DE ULANGAN LAGI, TERIMA KASIH"tambah Nelly sebelum menyambung tidurnya kembali secara duduk.

Selepas 30 minit, baju yang dilukis pereka fesyen disiapkan dengan cantik dan kemas. Puan Lily mengejutkan Nelly kembali untuk menunjukkan hasil kerja pereka fesyen butik pengantin tersebut.

Nelly meneliti lukisan baju pengantin. Cantik dan mengikut cita rasa Nelly. Nelly mengeluarkan ibu jari untuk memuji kerja pereka fesyen tersebut. Pereka fesyen hanya membalas dengan senyuman. Nelly yang baru ingin menyambung tidur terganggu lagi.

"Nel, tak nak balik ke?? Nak tidur kat butik ni ke"soal Puan Lily geram melihat tingkah laku anak daranya itu.

Nelly bergegas bangun mengikut dari belakang mamanya itu. Dengan malas kaki bergerak dengan malas dan berat mata ingin dibuka.

BUK!

Bunyi hentakan kuat dari belakang Puan Lily. Puan Lily melihat ke belakang. Terkejut beruk dibuatnya. Siapa lagi yang biasa buat hal kalau bukan Nelly.

"Apa mama kata? Cuba dengar cakap sikit. Padan muka kalau dah jatuh tu. Lain kali jalan tutup mata tau. Waktu bersanding pun sama, tutup jak mata tu"bebel Puan Lily sambil bercekak pinggang.

My Husband,My Enemy (COMPLETED) Where stories live. Discover now