Wear confidence, rather than brands...
♡♡♡
Kaki kanan melangkah keluar dari kereta yang dipandu Pak Cik Khan. Muka cemerut ditayangkan saat ini. Dia berjalan menuju ke kafe dengan hentakkan kaki yang kebudak-budakan.
[POV SEMALAM]
Nelly masuk ke dalam rumah dengan langkah gembiranya. Siapa yang tak gembira bila dapat keluar dengan crush sendiri.
Nelly melabuhkan punggung pada sofa di ruang tamu tersebut. Aiman sungguh mencuit hatinya walaupun dia tidak sedar yang Aiman mengambil kesempatan padanya.
"Nel, asal lambat sangat balik? Keluar rumah tak ingat dunia. Ingat tak pesan papa? Lebih dari yang diperuntukkan kamu kena apa? "tegur Puan Liliy dari belakang Nelly.
"Lambat apa ma? Baru pukul 7 malam. Setakat dapat lulus tu apa cer"lawan Nelly bersahaja.
"Ingat mama tak tahu berapa kamu guna tu hah! Nak cecah RM500 tu sikit ke? "Puan Lily mula membebel pendek.
"Jadi, mama dengan papa terpaksa naikkan markah peksa kamu. Tak dapat kahwin dengan pilihan mama dan papa dan tak payah belajar"
"Mana aci. Tadi cakap lain sekarang cakap lain"geram Nelly habis mood gembiranya menghilang.
"Tak de kompromi lagi. Duit belanja, kad kredit mama dengan papa tak kan tarik tapi keputusan cemerlang kena ada dalam tangan kalau tak kena kahwin. Faham! "akhir kata Puan Lily lalu pergi meninggalkan ruang tamu tersebut.
[END POV]
Bayangan semalam terus pudar apabila ada satu suara menegurnya. Terus senyuman sehingga ke telinga dihadiahkan Nelly penuh ikhlas. Mahasiswa perempuan hanya memandang pertemuan Nelly dan Aiman saat itu.
'OMG! My crush so handsome in front of me'
Desis Nelly tika itu sambil tersenyum-senyum kerang busuk betul.
"Nel? "panggil Aiman sambil melambai di hadapan muka Nelly.
Nelly sedar dari lamunannya.
"Ye.. Yes"jawab Nelly selepas tersedar dari lamunannya.
"Actually i want to tell you something "kata Aiman lalu duduk di hadapan Nelly .
▶▶▶
Terang Profesor Mustakim panjang lebar di dalam kelas tersebut tentang pelajaran yang diajarnya sekarang.
"Okey, semua prof ada berita gembira nak bagitahu"bagitahu Mustakim dengan gembiranya pada pelajarnya dan jelingan pada Nelly semestinya.
"Masalah betullah Mus tu. Aku smackdown baru tahu"bebel Iqah kecil dengan didengari rakannya Sofea.
Sedang Nelly membebel seorang diri, namanya pula yang tiba-tiba dipetik Prof Mustakim.
"Pertandingan menulis cerpen 5000 patah perkataan ini harus dihantar selewat-lewatnya hari Rabu depan. Hari apa Nelly Naura?"soal Mustakim sambil memetik nama Nelly.
"Rabu"balas Nelly sepatah.
Bukan dia kesah. Macamlah dia nak masuk. Lambat lagi! Senyuman bahagia dengan jawapan sendiri.
YOU ARE READING
My Husband,My Enemy (COMPLETED)
Romantikبسم الله الرحمن الرحيم [BOOK 2] Apa perasaan kau bila kena kahwin dengan musuh sendiri? Sakit hati? Sudah tentu Lagi-lagi musuh kau tu suka sangat buli kau. Memang meroyan setiap hari. Hati tisu mana tahan. So, garang perlu ada. Cerita ini tentang...