4: 𝔠𝔯𝔲𝔰𝔥

606 32 0
                                    

Wedding was just an excuse to try out this lehenga

♡♡♡

Nelly keluar dari biliknya. Seharian duduk dalam bilik sungguh boleh menggemokkan dirinya. Dia menuju ke dapur mencari makanan untuk dimakannya.Sama je oi tambahkan isi!

"Ma! Mana sarapan "soal Nelly kepada mamanya yang sedang membasuh pinggan.

"Sarapan pok hang. Dah nak masuk pukul 1 tanya sarapan. Memang dah tak de. Siapa suruh awak terperap dalam bilik jer"balas Puan Lily memandang anak gadisnya itu.

Nelly hanya tersengeh kerang busuk sahaja sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Nak makan kan? Tolong mama ma... "belum habis Puan Lily bercakap Nelly telah melarikan dirinya ke ruang tamu sambil terjerit manja.

"Tak pelah ma, dah kenyang pulak"teriak Nelly sambil ketawa kecil meninggalkan mamanya.

"Bertuah punya anak! "desis Puan Liliy sambil menggeleng.

"Jangan makan nanti, tolong mama pun malas. Macam mana nanti bila dah kahwin dah beranak pinak baru nak menyesal "bebel Puan Lily.

"Dah mula dah mama aku ni"ucap Nelly lalu bangun dari duduknya menuju ke dapur untuk menolong Puan Lily.

Nasi putih diceduk ke setiap pinggan yang ada di atas meja. Pelik! Itu yang dirasakan Nelly saat ini.

'Mama tu dahlah susah disuruh masak dan hari ni jadi malaikat pulak. Masak banyak dan berjenis-jenis. Ada ayam masak merah, sayur kubis, tembikai, dessert dan Fresh Oren asli dari peti sejuk'

Nelly berdesis dalam hati sebelum membuka hasrat untuk menanyakan makna tersirat ini.

"Ma? Pa? A.... "belum sempat Nelly menghabiskan kata-katanya dia mendengar suatu suara memberi salam.

◆◆◆

Kedai telefon dimasukki oleh Mustakim dengan auranya yang membara.

"Amoi? Saya mahu itu IPhone keluaran terbaru warna limited edition. "pinta Mustakim kepada amoi perempuan tersebut.

Pembayaran dibuat cash disitu. Kemudian, Mustakim membuka langkahnya ke kereta Mercedes hitamnya.

Pintu pagar terbuka luas saat satu kereta Mercedes hitam menghampirinya. Mustakim keluar dari kereta dengan IPhone yang baru dibelinya beberapa minit yang lalu.

Salam diberi dan dia memasuki rumah tersebut. Tangan Puan Raisya disalamnya penuh lembut.

"Mummy ni hadiah yang mummy suruh bawak. IPhone ni je yang Mus beli. Boleh kan? "ucap Mustakim sambil menghulurkan kotak IPhone yang berisi Iphone.

"Ni pun okeh sebagai tanda dari pihak kita"balas Puan Raisya lalu menyambut huluran Mustakim.

"Nak buat apa mummy? "soal Mustakim ingin tahu.

"Buat tanda kamu kahwin nanti"beritahu Puan Raisya gembira sekali.

"Wait! Kahwin? Mus kahwin? "kata Mustakim lalu menghemburkan tawanya.

My Husband,My Enemy (COMPLETED) Where stories live. Discover now