8: 𝔨𝔢𝔭𝔲𝔱𝔲𝔰𝔞𝔫

537 20 0
                                    

My silence is my attitude

▶▶▶

Nelly membuka matanya perlahan-lahan. Dia cuba mengingati apa yang berlaku sewaktu di universiti. Pandangan kabur mulai kelihatan jelas. Memori sebelum pengsan juga terlintas di dalam kepala.

Kanannya mama, papa manakala kirinya Khalif, Alia dan Mustakim. Asallah mamat tu kena ada. Nelly tiba-tiba menghadiahkan senyuman simpati yang hanya diketahui rakannya sahaja.

"Dah gile ke senyum tiba-tiba"kata Mustakim pelik dengan perangai tiba-tiba Nelly.

Nelly mendengus geram. Terus senyuman hilang dari bibirnya itu. Nelly bangun dari katilnya dan duduk beberapa minit. Selepas semuanya leka, Nelly cuba untuk melarikan diri lagi.

Baru sampai depan pintu bilik, lariannya ditahan dari luar oleh Abang Haqeem.

"Abang tepi, bang. Nel nak keluar kejap"kata Nelly cuba menolak Haqeem ke tepi.

Namun begitu, rancangannya gagal 100 peratus. Nel melangkah ke ruang tamu apabila disuruh oleh mamanya dengan nada tegas. Mustakim pulak, membuka langkah untuk balik ke universiti manakala Khalif dan Alia pulang ke rumah.

"Nel, aku tak tipu. Nama kau tadi dekat lima teratas "ucap Zulaikha cuba untuk mempertahankan jawapannya tadi.

Nelly pening nak memikirkan mana yang benar. Entah drama apa yang dirancangkan mama dengan papa dia sekarang. Yang pasti, dia akan dijodohkan. Mati hidup balik pun Nelly nak larikan diri. TIDAKKK!!!

"Drama korea tolong aku"desis Nelly di dalam hati.

Haqeem, mama, papa dan Nelly mulai duduk di atas sofa. Nelly cuba melarikan pandangan dari terus bertentangan mata dengan mamanya tu.

"Nelly Naura? Ingat tak janji yang Nel cakap kat papa sebelum periksa hari tu? "soal Encik Anuar dengan tegasnya.

Nelly diam tak bersuara. Dia memandang sekeliling rumah walaupun sudah dilihat banyak kali. Sedangkan cicak, katak, lipas semua kenal dia yang berada dalam rumah tu.

"Nelly? Dengar tak papa cakap ni?! "geram Encik Anuar naik senoktah.

"Please pa, Nel tak nak kahwin. Duit yang Nel guna tu,Nel janji akan ganti balik. Yang paling penting Nel tak nak kahwin"pinta Nel dengan penuh harapan.

Itu sahaja cara yang dia ada untuk tidak kahwin dahulu. Tak kesahlah sampai kena jadi cleaner pun, asalkan taknak kahwin.

Encik Anuar berfikir terlebih dahulu. Wajahnya ibarat Datuk Jalaluddin Hassan menunjukkan kerutan di dahi. Kesian dekat anak dia, dahlah dia tipu pasal keputusan Iqah.

Yess! Keputusan itu adalah rancangan semata-mata. Kejam sungguh! Kalau nak menantu pun, biarlah anaknya cari sendiri.

"Papa bagi tempoh dekat Nel untuk lunaskan hutang Nel. Nanti mama bagi amount yang Nel kena ganti. Dalam masa dua bulan, Nel tak dapat selesaikan. Sorry to say,Nel terpaksa papa kahwinkam. Tapi sebelum tu, Nel kena tunang dahulu. Kalau tak jadi kahwin, kita berhenti dekat situ. Fullstop tiada bantahan"akhir kata Encik Anuar lalu berlalu dari ruang tamu untuk pulang semula ke pejabat sebelum sempat Nel membantah.

My Husband,My Enemy (COMPLETED) Where stories live. Discover now