I am single because God is busy writing the best love story for me
♡♡♡
Banglo mewah dimasuki Nelly dengan kaki dihentak memberontak ke atas lantai. Sungguh Nelly berasa tak puas hati. Bilik dimasukki lalu pintu dihempas kuat sehingga boleh didengari orang Singapura. Hiperbola lagi!
Kepala ligat teringat kejadian di universitinya tadi.
[pov 30 minit lepas]
PON! PON! PON!Bunyi hon dari satu kereta dari belakang Nelly. Hati Nelly sudah berbunga. Pasti Pak Cik Khan dah sampai'teka Nelly sendirian.
Nelly memusing badannya ke belakang untuk melihat gerangan yang membunyikan hon. Jantungnya seperti gugur jatuh atas lantai dan masuk kembali melihat gerangan tersebut.
Mukanya terus mencuka semasam yang boleh sebanyak 360°.Disangka Pak Cik Khan namun yang dilihat seekor binatang belagak seperti singa.
Mustakim keluar dari perut kereta. Dia menghampiri Nelly lalu ditarik masuk ke dalam kereta Audinya. Nelly geram. Datang-datang kerjanya tarik orang sahaja. Ingat teddy bear nak ditarik ke.
Dia membuka pintu kereta tersebut. Kaki kiri baru keluar dia telah ditegur dengan ayat Mustakim.
"Kau keluar aku cium kau"amaran Mustakim tegas dengan senyuman sinis.
Nelly pantas memasukkan kaki kirinya semula dan menutup pintu kereta apabila mendengar amaran tersebut.
Perempuan mana tak takut kalau diugut cium. Hei! Benda tu hanya untuk bakal suami yang sah sahaja.
[End POV]
Usai mengingatkan kembali kejadian tadi terus sahaja Nelly tambahkan kebenciannya terhadap Mustakim lebih mendalam dari yang biasa.
Ke mana kau pergi,
Ku masih mencarimu... ~~Bunyi panggilan masuk dari telefon Nelly. Selepas melihat gerangan tersebut, Nelly menjawabnya dengan ramah walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu.
"Assalamualaikum pa"jawab Nelly ramah sambil bangun menuju ke dapur.
"Waalaikumsalam, Nel kat mana sekarang"kata Encik Anuar berhati-hati.
"Ada ni dekat atas tanah"jawab Nelly lalu menuang air oren ke dalam gelas dan dihirupnya.
"Sorry"kata Encik Anuar memohon maaf seperti tahu kesalahan diri.
"Untuk apa? "kata Nelly walaupun tahu maksud soalan Encik Anuar.
"Sebab, tak dapat ambil Nel. Tadi papa ada emergency dekat tempat projek "jawab Encik Anuar sambil menerangkan masalah yang dihadapinya.
"Hmm. Belanja sushi baru Nel maafkan"ugut Nelly manja
"Setakat sushi papa boleh beli sekali dengan kedai dia"balas Encik Anuar bangga.
"Eleh, angkat bakul sendiri nampak. Cepat sikit. Bye"akhir kata Nelly lalu menutup panggilan tersebut tanpa menunggu jawapan papanya.
"Budak bertuah betul! Orang tak habis cakap terus off"keluh Encik Anuar sendiri.
Nelly membuka tudung saji untuk melihat makanan yang ada. Hanya biasa-biasa sahaja. Sayur campur, ikan senangin tiga rasa dan kari ayam.
YOU ARE READING
My Husband,My Enemy (COMPLETED)
Romanceبسم الله الرحمن الرحيم [BOOK 2] Apa perasaan kau bila kena kahwin dengan musuh sendiri? Sakit hati? Sudah tentu Lagi-lagi musuh kau tu suka sangat buli kau. Memang meroyan setiap hari. Hati tisu mana tahan. So, garang perlu ada. Cerita ini tentang...