Aku taknak bukak whatsapp seharian, biar dia gelabah biawak. Itupun kalau dia ingatlah, kalau dia cari :) 😂
♡♡♡
Suraya meletakkan pinggan terakhir di atas meja makan. Menu sarapan hari ini, simple jak. Nasi lemak sambal udang plus sotong. Kopi dan teh menjadi minuman pagi ini. Ya! Kuih! Karipap dan donat comel.
Puan Lily turun dari tingkat atas dengan langkah yang diatur berhati-hati. Dia mengikut Bau yang enak pada hidungnya sehingga dibawa menuju ke dapur.
"Anak mama ni masak ape? Sedapnya bau"tegur Puan Lily lembut dari belakang Suraya.
"Papa pun tercium sampai nak tersedak tekak papa ni"Encik Anuar menyambung.
"Mana ada ma, pa. Biasa jak kak sue masak. Rindu nak makan dengan mama dan papa"Suraya membalas sambil tersipu malu.
Selesai sahaja makan, Encik Anuar mengambil beg sandangnya dan bersalam dengan isteri dan anak sulungnya sebelum dia berangkat ke tempat kerjanya.
Selepas BMW pergi meninggalkan perkarangan rumah, Puan Lily memandang Suraya penuh tanda tanya.
"Sue, terangkan kat mama macam mana kamu masih hidup lagi"Puan Lily memecahkan kesunyian di ruang tamu tersebut.
"As you want, Sue ceritakan..... "
[POV BEBERAPA TAHUN YANG LALU]
Sebuah kereta meluncur laju dalam hujan yang membasahi bumi. Kereta Axia diberhentikan di sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni. Telefon dilihatnya.
"Lokasi dah betul but asal seram sangat ni"Suraya memandang telefon dan kemudiannya memandang sekeliling rumah tersebut.
BUKK!
Hentakan kuat dari belakang Suraya membuatkan Suraya menutup matanya itu.
Dia bangun dari pengsannya dan melihat dirinya yang diikat saat ini. Pakaian baju kurung menyusahkan untuk dia membuka ikatan tersebut.
Keluar seorang lelaki yang dia kenali saat ini. Air mata sudah bertakung tidak mempercayai apa yang dia lihat saat ini.
"Farid? "ucap Suraya sepatah lalu gugur air matanya itu.
"Ye aku! Why? Terkejut? Apa aku cakap jangan main-main dengan aku. Sekarang tengoklah apa yang jadi kat kau! "Farid membalas dan bergelak sakan.
"Kau nak apa hah! "Suraya menanya dengan suara yang naik senoktha.
Air mata sudah tidak mampu menahan kepedihan yang dirasanya. Seperti ia sudah kering menangis untuk golongan yang seperti kawan rapatnya ini.
"Aku nak kau! Susah sangat ke nak terima. Kenapa perlu kau pilih lelaki lain"Farid membalas gile.
"No Farid, kau bukan sayang aku tapi kau obseskan aku. Aku tak boleh terima kau. Aku dah anggap kau macam abang aku sendiri. Lebih dari tu tak boleh Farid"Suraya membalas.
"Tak, tak. Aku sayangkan kau. Aku cintakan kau. Hahahahhahah"Farid membetulkan kata-kata Suraya dan menghamburkan tawa seperti orang gila.
YOU ARE READING
My Husband,My Enemy (COMPLETED)
Romanceبسم الله الرحمن الرحيم [BOOK 2] Apa perasaan kau bila kena kahwin dengan musuh sendiri? Sakit hati? Sudah tentu Lagi-lagi musuh kau tu suka sangat buli kau. Memang meroyan setiap hari. Hati tisu mana tahan. So, garang perlu ada. Cerita ini tentang...