Be a good person but don't try to prove it
▶▶▶
Baju kurung moden berwarna biru laut disarung pada badannya. Mekap paling simple disapu pada muka dengan lembut. Tudung bawal dipakai kemas di kepala. Selepas siap, Nelly memerhati dirinya pada cermin. Fikirannya, melayang entah ke mana.
'Bukan rezeki akulah nak kahwin dengan abang angkat. Berat kaki nak melangkah, berat lagi mata, yang melihat persandingan. Nasib badan! '
Monolog Nelly sambil termenung mengingatkan nasib hidupnya. Pintu bilik dibuka lalu Nelly keluar dengan gembira yang dibuat-buat.
"Nel lambat bersiap. Lama Abang Mus tunggu tu"soal Puan Lily tersenyum penuh rahsia.
"Wait! Mus? Buat apa dia datang sini. Sebok lah"balas Nelly tidak menyukai akan kehadiran Mustakim.
"Nel, tak baik cakap macam tu dekat tetamu. Mama tak ajar kan"tegur Puan Lily terhadap sikap anaknya yang sebegitu.
"Mak su, dia memang macam ni. Patutlah menjelang ujian pun tak 'SEDAR'diri"tambah Mustakim sambil memerli Nelly.
'Kau tunggu balasan kau Mustakim Qoyum! '
Geram Nelly dengan perilaku Mustakim yang suka mengadu. Memang malang perempuan yang kahwin dengan Mustakim. Malang sangat!
Kereta dipandu cermat oleh Mustakim. Nelly sejak tadi hanya mendiamkan dirinya. Malas nak bertekak mulut tadi dekat rumah dan perjalanan awalnya.
Kereta diparkin lalu Nelly keluar tanpa sapaan terlebih dahulu kepada Mutakim. Muka ditunjukkan senang di hadapan tetamu yang hadir.
Nelly mengambil tempat bersendirian. Kuih dijamah, usai menjamah dia memohon laluan untuk bersama kawannya yang lain. Selepas sesi tangkap gambar, Nelly menjumpai Haqeem.
"Abang, selamat pengantin baru. Semoga bahagia ke anak cuci hingga ke Jannah"ucap Nelly walaupun dia tidak merelakannya.
"Thank you adik abang ni. Belajar tu rajin-rajin. Nanti kahwin jangan lupa ajak abang"balas Haqeem
"Okey abang tapi bab kahwin tu lama lagi kot. Nel nak enjoy dulu"Nelly membalas selamba
"Tak habis-habis nak enjoy. Entah-entah beberapa minggu abang dah kahwin, Nel pulak yang menyusul "Haqeem mengenakan Iqah.
Tetapi di balik kata-katanya ada yang betul. Nelly hanya senyum kambing saja. Malas mahu fikirkan hal kahwin. Enjoy tak habis lagii.
◆◆◆
IPhone limited edition dibeleknya. Masih belum dipakai. Bukan tak nak guna, tapi ada sebab.
"Siapalah gerangan yang kaya raya belikan aku IPhone ni. Bukan aku pandai guna pun. Cuba belanja aku tiket ke taman tema elok sikit"desis Nelly di atas katilnya.
Nelly meletakkan IPhone tersebut di dalam laci semula. Tekaknya terasa kering. Dia membuka langkah untuk mengambil minuman.
Selesai minum, Nelly melalui bilik mama dan papanya. Dia mendengar sesuatu yang mengejutkannya. Seperti mahu gugur jantung.
"Abang, betul-betul ke nak kahwinkan Nel tu. Muda lagi kot"kata Puan Lily.
"Abang tak main-main sayang. Betul-betul. Nanti kalau keputusan tu sama yang seperti kita rancangkan, kita kahwinkan Nel bulan depan"balas Encik Anuar.
Nelly merebahkan tubuhnya di atas katil. Dia tak percaya apa yang didengarinya tadi. Dia akan dijodohkan?
"So, mama dengan papa tak main-main "desis Nelly mula bimbang.
Muda lagi kot nak kahwin. Masih belum cukup enjoy pun.
"Semoga keputusan aku terbaik gile. Boleh aku enjoy lepas tu"kata Nelly menyenangkan dirinya itu.
Bersambung🥀
VOTE ✅
YOU ARE READING
My Husband,My Enemy (COMPLETED)
Romanceبسم الله الرحمن الرحيم [BOOK 2] Apa perasaan kau bila kena kahwin dengan musuh sendiri? Sakit hati? Sudah tentu Lagi-lagi musuh kau tu suka sangat buli kau. Memang meroyan setiap hari. Hati tisu mana tahan. So, garang perlu ada. Cerita ini tentang...