♂ 01

348 39 4
                                    

Noh Eul

Hari ni seperti hari biasa aku akan menghantar surat cinta kepada crush merangkap senior yang paling hot dekat sekolah ni iaitu Koo Jungmo sunbae.

Sejak aku menjejakkan kaki di sekolah ni hanya dia yang akan menghiasi hariku. Aku tersenyum kerana dia dan aku bersedih kerana dia.

Seusai selesai meletakkan surat cinta di dalam lokar milik Jungmo sunbae segera aku beredar dari situ. Takut ditangkap kerana memberikan surat cinta kepada Jungmo sunbae.

Dan isi kandungan surat cinta itu tersangat memalukan apabila orang lain membaca di hadapanku. Banyak ayat jiwang di dalamnya seperti

Dear senior,

Saya menangis semalam apabila sunbae kalah dalam perlawanan bola keranjang. Saya tahu sunbae kecewa tetapi pastikan sunbae tidak skip makan.

Atau

Dear senior,

Saya sangat gembira apabila sunbae tersenyum ke arah saya. Pastikan sunbae senyum lagi bolehlah saya mimpikan sunbae malam ni.

Dan

Dear senior,

Saya termimpi saya berkahwin dengan sunbae. Hope itu jadi kenyataan.

Obses? Boleh dikatakan begitu. Aku terlalu obses dengan lelaki yang bernama Koo Jungmo.

___

[C] Dear Senior | Keum DongHyunWhere stories live. Discover now