Petang—
Memandangkan pagi tadi Donghyun memberitahuku petang ini ada latihan bola keranjang, tak salahkan aku menjadi penonton yang tak berbayar?
Apatah lagi Jungmo iaitu kapten bola keranjang merangkap crush aku turut sekali terlibat dengan latihan tersebut.
“ yey, masuk! ”
Sesekali aku bersorak keriangan apabila Jungmo menjaring bola ke dalam jaring yang berjumlah tiga mata.
“ go sunbae! ” sorakku dengan lantang. Memberikan semangat kepada senior-senior pasukan bola keranjang terutamanya Koo Jungmo sunbae.
Apabila waktu rehat tiba, aku hanya memerhatikan kelibat Jungmo yang sedang menuju ke arah aku?
Erk, betul ke ni Jungmo sunbae pergi ke sini? Aku menggosok kedua belah mataku tidak percaya crush datang sini!
Cepat-cepat aku bangun dan menuju ke arah Jungmo sehingga berhadapan dengannya.
“ sun— ”
Kataku mati di situ sahaja apabila Jungmo sunbae hanya berjalan melepasiku dan paling malang sekali dia tidak langsung menghiraukan ku. Jauh lagi memberikan secalit senyuman.
Aku perlahan-lahan menoleh. Sakit hatiku apabila melihat pemandangan di hadapan mata sekarang ini.
Yoona sunbae sedang mengelap peluh Jungmo sunbae dengan sehelai tuala. Bukan itu sahaja momen yang sedang berlaku, mereka juga sedang bergurau mesra dan bergelak ketawa.
“ Eul, waeyo? ”
Teguran seseorang mematikan pandangan aku ke arah Jungmo sunbae dan Yoona sunbae.
“ euh, Donghyun sunbae. Annyeonghaseyo! ”
Walaupun hati masih sakit, senior yang seorang ini masih perlu dihormati. Jadi aku menyapanya setelah dipanggil.
“ tu siapa tu? ” soalku ingin tahu.
“ girlfriend Jungmo ”
Jawapan Donghyun sunbae membuatkan hatiku yang sakit menjadi lebih menyakitkan!
___
YOU ARE READING
[C] Dear Senior | Keum DongHyun
Fiksi Penggemar❝ Aku suka dia tapi dia dah ada girlfriend ❞ Start: 20.12.19 End: 25.12.19