The next day—
SchoolAku membuka loker milikku untuk mengambil buku subjek matematik. Dapat aku lihat sehelai sticky note tertampal di atas buku teks matematik milikku.
Segera aku ambil sticky note tersebut dan membacanya.
Dear junior,
Maafkan sunbae mu ini 😩
Selesai sahaja aku baca ayat yang tertulis di atas sticky note tersebut, cepat-cepat aku ronyok.
Buku teks matematik aku ambil dengan geram sebelum menutup pintu loker dengan kuat.
Sticky note yang dironyok segera aku buang di tong sampah berdekatan. Jangan harap aku nak menghayati ayat-ayat yang dikarang oleh Donghyun!
—
Rehat—
Donghyun'sAku hanya memerhatikan kelibat Eul yang sedang melepasi meja yang sedang didudukiku bersama dengan Jungmo dan Yoona.
Dapat aku lihat gadis itu seakan-akan cuba menghiraukan kewujudan kami bertiga.
“ Hyun, kau dah tau ke siapa yang tulis sticky note tu? ” soal Jungmo ingin tahu. Yoona yang berada di sebelahnya juga memandang aku inginkan jawapan.
Aku menggelengkan kepala sebelum menjawab, “ belum lagi ” wajah juga sedaya-upaya dimasamkan untuk menambahkan lagi keyakinan lakonanku.
“ aku takut dia cederakan Yoona je Hyun ” adu Jungmo kepadaku.
“ jangan risaulah, aku berani cakap dia dah move on dengan kau. Buktinya, dia tak hantar lagi surat amaran dekat Yoona ”
Kataku cuba menenangkan Yoona dan Jungmo. Mataku masih tidak beralih melihat kelibat Eul yang sedang duduk membelakangiku.
Kami kemudiannya, menumpukan perhatian kepada hidangan makanan tengahari yang sedia terhidang.
___
YOU ARE READING
[C] Dear Senior | Keum DongHyun
Fanfic❝ Aku suka dia tapi dia dah ada girlfriend ❞ Start: 20.12.19 End: 25.12.19