♂ 15

134 23 0
                                    

Noh Eul's

Seperti biasa, pagi-pagi lagi aku akan membuka lokerku untuk mengambil buku teks yang sengaja aku tinggalkan di dalam loker.

Haih!

Aku mengeluh apabila terlihat sehelai sticky note tertampal di atas buku teksku. Segera aku mengambil sticky note tersebut dan membacanya.

Tetapi kali ini ayat yang tertulis di atas sticky note tersebut membuatkan aku tersenyum gembira.

Dear Noh Eul,

Jumpa saya di padang bola sepak sekolah selepas waktu balik

-Koo Jungmo

Jungmo sunbae nak jumpa! Macam tak percaya je!

Kemudian Sticky note tersebut aku selitkan ke dalam buku. Mahu dijadikan kenangan. Alangkah indah sekiranya kejadian ini berlaku dengan lebih awal.

-

Author 's

Eul tiba di kawasan padang bola sepak lebih awal daripada Jungmo dan Donghyun. Dia kemudiannya mengambil tempat duduk di atas bangku yang disediakan oleh pihak sekolah.

Sticky note yang diberikan oleh Jungmo dipegang dan dibaca berulang kali. Perasaan teruja bertemu Jungmo semakin bertambah. Apatah lagi Jungmo telah mengetahui kewujudannya.

" Noh Eul? " sapaan daripada suara merdu Jungmo membuatkan senyumanku bertambah lebar.

Aku kemudiannya berpusing ke belakang ingin menatap wajah kacak Jungmo, " ya, sunbae- "

Dan perasaan terujaku mati apabila melihat wajah Donghyun yang berada di sebelah Jungmo.

Apa yang dia buat dekat sini?

Soalku sendiri.

" saya minta maaf kerana mengambil masa awak " Jungmo terus sahaja berkata apabila Eul memandang Donghyun dengan tajam.

" tak apa sunbae, saya tak sibuk pun " jawab Eul malu-malu.

" pasal sticky note tu saya minta maaf sebab tak baca semua yang awak tulis. Saya juga minta maaf sebab tak pernah perasaan akan kewujudan awak. Awak kena faham perasaan suka terhadap seseorang itu tak boleh dipaksa apatah lagi untuk menghilangkan perasaan suka itu. Saya harap awak faham yang saya tak suka awak, sekiranya saya dapat sticky note awak. Belajar untuk menerima seseorang yang cintakan awak, jangan mengejar seseorang yang belum tentu akan membalas kembali cinta tu "

Nasihat Jungmo Eul dengar dengan hati yang kecewa. Dia tahu sebenarnya Jungmo mahu dia bersama dengan Donghyun dan melupakannya.

" arraseo sunbae " jawabku dengan lemah. Wajahku ditundukkan. Air mata yang sedang bertakung di tubir mata bila-bila masa sahaja aku mengalir.

Setelah itu, Jungmo melangkah meninggalkan Eul dan Donghyun berduaan.

___

[C] Dear Senior | Keum DongHyunWhere stories live. Discover now