♂ 09

143 25 0
                                    

The next day—
School

“ Noh Eul! ” panggilan daripada Donghyun sunbae tidak aku pedulikan.

Disebabkan dia aku gagal untuk menarik perhatian Jungmo sunbae. Semuanya salah Donghyun sunbae. Kalau dia tidak baca semua yang aku tulis, pasti keadaan akan berubah.

got you! ” secara tiba-tiba donghyun memegang lenganku dengan kemas.

“ lepaskan sunbae! ” aku cuba melepaskan diriku daripada cengkaman Donghyun. Malangnya aku tidak dapat melepaskan diri. Donghyun lelaki pasti sahaja tenaganya lebih banyak berbanding aku.

Aku mula membuat muka diikuti dengan keluhan kuat yang datang daripada mulutku.

sunbae nak apa lagi? Tak cukup ke dengan apa yang sunbae dah buat! ”

Donghyun perlahan-lahan melonggarkan cengkamannya di lenganku, “ Eul, saya minta maaf. Saya tak berniat langsung nak hancurkan hati— ”

“ tak ada niat nak sakitkan hati? Apa alasan sunbae?! ”

Aku mula meninggikan suaraku. Perasaan sakit hati, marah, geram, kecewa semuanya bercampur-baur.

“ saya suka awak, sebab tu saya ambil dan baca semua sticky note ada awak! ”

Jawapan milik Donghyun sunbae membuatkan aku terkedu. Aku memandangnya dengan tidak percaya sebelum menoleh dan meninggalkan dia keseorangan. Perkara ini terlalu baru buatku.

___

[C] Dear Senior | Keum DongHyunWhere stories live. Discover now