The next day—
Pagi-pagi lagi aku sudah berada di sekolah. Tujuanku hanya satu, iaitu meletakkan sticky note yang berbau amaran di lokar milik Yoona sunbae.
Gila? Tidak aku hanya ingin orang yang aku cintai mencintaiku semula. Tidak salahkan memberikan amaran kepada seorang perampas kebahagiaan?
Setelah berjaya menjalankan kerja, segera aku menuju ke kelas dan mula membersihkan kelas. Itu hanyalah lakonan yang akan membuatkan tiada seorang pun manusia yang menyangka akulah yang meletakkan sticky note di lokar milik Yoona sunbae.
—
Donghyun's
Aku hanya mampu memerhati tingkah-laku Jungmo yang sedang berjalan mundar-mandir seperti sesuatu telah mengganggu dirinya.
“ kau kenapa? ” soalku apabila sudah puas memerhatikan kelakuan gusarnya.
“ ada orang hantar surat amaran dekat Yoona. Tapi aku tak tahu siapa ”
Jungmo yang tadinya berdiri kini duduk disebelahku. Aku memandangnya pelik. Siapa pula berani hantar surat amaran kepada Yoona semata-mata bercinta dengan Jungmo?
“ kau ada ke surat tu? ”
“ ada, tapi kau nak buat apa? ”
Soalan Jungmo aku jawab dengan tenang, “ aku nak tengok tulisan. Mana tau aku kenal tulisan orang tu ”
Segera Jungmo menyeluk poketnya dan memberikan sehelai sticky note kepadaku. Aku mengerutkan dahi apabila membaca tulisan yang berbau amaran tersebut.
Dear senior,
Jungmo sunbae is mine. Don't you dare touch him like yours.
“ aku kenal orang yang tulis tulisan ni ” namun kata-kata itu hanya mampu aku ungkapkan di dalam hati.
“ biar aku pegang dulu, kalau ada apa-apa perkembangan aku bagitau kau ”
Itu sahaja ayat yang mampu aku kata kepada Jungmo. Aku tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
___
YOU ARE READING
[C] Dear Senior | Keum DongHyun
Fanfiction❝ Aku suka dia tapi dia dah ada girlfriend ❞ Start: 20.12.19 End: 25.12.19