Author's—
Apabila loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba, cepat-cepat Donghyun keluar dari kelasnya dan mencari Noh Eul. Donghyun tahu Eul yang telah menulis dan memberikan sticky note yang berbau amaran kepada Yoona.
Setelah Donghyun menjumpai Noh Eul cepat sahaja dia menarik lengan gadis itu dan berkata, “ Noh Eul, we need to talk! ”
Manakala Eul yang masih terkejut dengan perbuatan mengejut Donghyun melakukan sedaya upayanya untuk melepaskan lengannya daripada cengkaman Donghyun.
“ lepaskan saya dulu sunbae! ”
“ no, awak kena ikut saya! ”
Eul hanya mengikuti langkah Donghyun yang laju kerana lengannya dipegang oleh Donghyun.
Setelah memastikan mereka sudah jauh daripada pandangan umum, Donghyun segera melepaskan cengkaman tangannya ke atas lengan Eul.
Eul menggosok lengannya yang sedikit kemerahan kesan daripada genggaman Donghyun.
“ kenapa sunbae nak jumpa saya? Secara paksa pulak tu, huh! ” sakit hati Eul apabila dipaksa mengikuti langkah seniornya itu.
“ sticky note ni awak yang punya kan? ” soal Donghyun secara mengejut.
“ sunbae jangan tuduh-tuduh eh, fit—fitnah tau tak! ” jawab Eul dengan lantang. Wajahnya yang terkejut dikawal sehabis mungkin. Mana boleh dia kantoi secepat itu!
“ come on lah Eul, saya boleh kenal cara penulisan awak ”
“ cara penulisan saya? Zaman sekarang ni orang pakai stickey note untuk bagi surat, cliche sangat. Sunbae buat lawak ke ni? ”
Eul tergelak kecil. Dia memandang sticky note di dalam pegangan Donghyun dengan hati yang gelisah.
“ mana awak tahu sticky note ni adalah surat? ”
Eul mula menelan liur dengan kelat. Salah ke apa yang dia cakapkan tadi?
“ sticky note ni selalunya orang guna untuk study. Jadi macam mana awak boleh tahu sticky note ni adalah surat? ” Donghyun mula menyoal dengan nada yang saspens.
“ alah, zaman sekarang ni kan kecoh letak sticky note untuk luahkan perasaan dekat crush. Macamlah sunbae tak pernah dapat ”
Jawab Eul dengan lancar. Dia menjulingkan matanya ke atas.
“ Noh Eul, tak perlu awak sembunyikan lagi kebenaran. Saya tahu ini semua awak punya kerja! ” Donghyun secara tiba-tiba meninggikan suaranya.
Dia memandang Eul dengan pandangan yang tajam sebelum lama mendiamkan diri.
___
YOU ARE READING
[C] Dear Senior | Keum DongHyun
أدب الهواة❝ Aku suka dia tapi dia dah ada girlfriend ❞ Start: 20.12.19 End: 25.12.19