Rumah—
Noh Eul'sAku hanya memandang meja belajarku yang penuh dengan sticky note yang telah dikarang khas buat Jungmo sunbae.
Tetapi sekarang ni, semuanya tidak berguna lagi. Hatiku hancur apabila mengetahui kebenaran yang selama ini Donghyun sunbae yang telah menerima dan membaca surat khas buat Jungmo.
“ lawak apakah ini? ” soalku sendiri.
“ Eul-ahh, waeyo? ” Noh Jik iaitu abang kandungku bertanya kepadaku apabila aku tidak mengendahkan ketukannya di pintuku sedari tadi.
“ aniyo, oppa! ” jeritku dari dalam isyarat mengatakan aku tidak apa-apa. Sedangkan mental aku masih kusut dengan kisah cintaku.
“ jom makan, omma ajak makan ”
“ Eul tak lapar! ” aku memberi respon kepada ajakkan Jik.
Dapat aku dengar keluhannya dari luar.
“ arraseo, kalau lapar turun makan ” pesan Jik lagi sebelum beredar.
Aku meronyokkan sticky note yang telah dikarang buat Jungmo. Semua yang telah aku lakukan buat Jungmo selama ini hanya sia-sia. Dia tidak langsung perasan akan kewujudan aku, apatah lagi untuk jatuh cinta dengan aku. Tambahan pula, dia sudah mempunyai seorang teman wanita. Tentu sahajalah, dia akan memandang teman wanitanya sahaja.
Aku kemudiannya membuka laman sosial di telefon pintarku. Sudah pastinya untuk tidak mengikuti Jungmo lagi.
Do you want to unfollow this account?
Yes/no
Aku menekan butang Yes. Selamat tinggal jungmo sunbae. Kisah cinta saya buat sunbae tamat di sini.
Annyeong!
Aku mengeluh lagi. Tidak pasti dengan keputusan yang telah aku lakukan.
___
Noh Jik
YOU ARE READING
[C] Dear Senior | Keum DongHyun
Fiksi Penggemar❝ Aku suka dia tapi dia dah ada girlfriend ❞ Start: 20.12.19 End: 25.12.19