♂ 12

137 27 1
                                    

Noh Eul's

Aku hanya mampu mengeluh apabila menerima lagi sticky note daripada Donghyun sunbae hari ni. Semalam bagi, hari ni bagi lagi!

Semoga hari awak berjalan dengan lancar, Eul-ahh.

Aku menjulingkan mata ke atas sesudah selesai membaca nota ringkas daripada Donghyun.

Hari saya tidak seindah dahulu sunbae!

Dan seperti semalam, sticky note itu aku ronyok dan buang ke dalam tong sampah.

Donghyun's

Aku hanya mampu melihat sticky note ku dibuang oleh Eul ke dalam tong sampah. Terselit perasaan sedih dan kecewa kerana notaku buatnya berakhir di dalam tong sampah.

“ kau kenapa Hyun? ” secara tiba-tiba Jungmo muncul daripada belakang. Bahuki selamat menjadi tempat pendaratan lengannya.

“ aku tengok Eul ” jawab aku dengan lemah.

“ kenapa dengan dia? ”

“ dia tolak perasaan aku ”

“ tapi kenapa? ” pemandanganku beralih kepada Jungmo. Aku menghela nafas dengan berat sebelum menjawab, “ dia suka lelaki lain ”

“ lelaki tu suka dia balik tak? ”

“ tak, dia dah ada teman wanita ”

“ Baguslah tu, ni peluang kau ” kata Jungmo dengan teruja.

“ dia tak akan beri aku peluang ”

Jungmo mula mengerutkan dahinya, “ kenapa pula? ”

“ aku curi semua surat cinta yang dia tulis kepada lelaki tu ”

“ dia tau? ”

Aku mengangguk perlahan.

“ siapa lelaki tu? ”

Aku mendiamkan diri dengan sangat lama dan menyebabkan soalan Jungmo tidak berjawab.

“ nak aku tolong? ” soal Jungmo secara tiba-tiba untuk memberikan pertolongan kepadaku.

Aku mengangguk mahu.

___

[C] Dear Senior | Keum DongHyunWhere stories live. Discover now