Ezlin menghempas fail hitam yang dipegang kuat ke atas meja kerja. Hatinya benar-benar marah dengan satu mangkuk hayun yang tak habis-habis memporak- perandakan moodnya ketika bekerja. Siapa lagi kalau bukan Encik Haikal. Ketua editor majalah di syarikat itu. Erghhh! Muka saja handsome tapi, perangai hauk! Ezlin melabuhkan duduk di kerusi. Keyboard komputer miliknya ditaip selaju yang boleh. Tak tahu apa yang ditaip! Salah seorang dari rakan sekerjanya, Ain melangkah ke arahnya. Wajahnya tersenyum sambil memandang Fazlin yang sedang membara itu.
“Woi, sibuk kemain nampak? Jom lah lunch. Dah pukul satu dah ni. Aku nak ajak kau pergi satu kedai baru buka area ofis ni je. Jom lah." Ajak Ain tanpa tahu yang mood Ezlin tengah tiada masa tu. Ezlin tidak menjawab. Dia masih sibuk dengan kerjanya. Kehadiran Ain dipersetankan saja. Malas nak layan.
“Hoi, Ezlin!!" Ain menepuk meja.
“Amende?" Balas Eazlin dengan malas.
“Kau buat apa tu?" Ezlin diam lagi.
“Jom lah keluar. Kau buat kerja apa lagi? Report bukan dah submit ke dekat Encik Haikal." Ujar Ain kemudian dia menjenguk ke arah komputer Ezlin. Terbuntang matanya saat terpandang apa yang ditaip oleh gadis itu di microsoft word. Tiada apa yang menarik pun selain perkataan ‘BODOH' yang ditaip berpuluh patah perkataan tu.Ain memalingkan muka ke arah Ezlin.
“Lin... Kau sihat ke?" Ezlin mengangkat muka. Tak faham dengan soalan Ain. Nampak dia macam sakit ke sekarang ni?
“Apa semua ni? Kau marahkan siapa? Aku eh, sebab aku ajak kau pergi makan. Kau takut aku suruh kau belanja, eh? Kau jangan risau lah. Aku tak suruh kau belanja pun. Aku tahu kau...."
Ezlin mencampakkan fail tadi kepada Ain. Terus gadis itu menutup mulut. Dengan kening berkerut dia membuka fail itu.
“Eh... Bukan kau dah hantar ke report ni? Camne boleh ada dekat kau balik?" Ezlin tidak menjawab.“Huh.... Aku dah faham dah kenapa kau moody. Haikal reject report kau, kan? Aku tak faham lah dia tu. Apa masalah dia, hah? Asyik tak puas je dengan kau? Ada saja tak kena." Omel Ain geram. Ezlin mengambil tas tangan. Meja kerja dikemas ala kadar.
“Takpe, Ain. Lantak dia lah. Sekarang ni perut aku tengah joget-joget. Aku lapar. Jom lah keluar. Kau nak pergi kedai baru buka tu, kan?" Dia terus melangkah bersama Ain ke pintu besar ofis untuk menuju ke lif.🌼🌼🌼🌼🌼
Ain menepuk tangan tanda gembira saat makanan yang dinantikan tadi telah pun sampai. Sempat lagi dia mengucapkan terima kasih kepada pelayan itu dengan mesra. Ezlin tersenyum memandang Ain. Kemudian, kepalanya digelengkan. Macam budak-budak.
“Bismilahirahmanirahim..." Ain mula menyantap diikuti Ezlin. Seketika, matanya berkelip-kelip memandang Ezlin.
“Lin...."
“Kenapa?" Kening Ezlin terjongket.
“Sedap..." Balas Ain dengan muka comel.
“Laa.... Aku ingat tercekik tulang ke apa. Kau ni buat terkejut aku je." Ain ketawa kecil.“Saja lah happy kan kau sikit. Kepala kau, kan tengah berserabut." Ezlin tidak menjawab. Dia terus menyantap tanpa mempedulikan bicara Ain. Sedang mereka makan, tiba-tiba Zamir, seorang wartawan freelance di ofis mereka datang bersama makanannya. Mukanya menyengih saja. Mereka berdua agak rapat juga dengannya.
“Hai, ladies. Boleh I duduk?" Serentak Ezlin dan Ain mendongak memandangnya.
“Eh, Zamir. Ingatkan balak mana tadi. Duduk lah. Buat sopan apa kau minta izin?" Ujar Ain. Zamir menjeling Ain sambil melabuhkan duduk bersebelahannya. Dia tak suka dipanggil dengan nama betulnya.
YOU ARE READING
AMPUNKAN AKU
RomanceEZLIN SYAFIRA. Seorang wartawan muda yang mempunyai jiwa yang kental dan berdisiplin dalam menjalankan tugasnya. Satu hari, dia terpaksa membuat liputan di sebuah tempat yang mana dia tidak pernah terfikir untuk menjejakkan kaki ke situ. Perkenalann...