BAB 16

238 10 0
                                    

Aku membuntuti langkah ketiga-tiga 'gadis bandar' di hadapanku sebaik turun dari kereta milik Alicia. Malam ini, mereka membawaku makan dia salah satu restoren yang terkenal di ibu kota. Aku hanya angguk ikut saja mengikut kehendak mereka. Awal-awal lagi aku dah bagitahu Linda, jangan ke tempat yang mahal sangat. Aku ni bukannya berduit sangat. Yang ada pun ni entah berapa saja yang tinggal.

Tapi, Linda kata tak apa. Malam ni kawan diorang belanja makan dan aku hanya perlu makan je sebanyak mana yang aku nak.

Sampai saja di meja kami yang ditempahkan khas, aku mengamati tubuh Effy, Alicia dan Linda sudah terkinja-kinja keseronokkan apabila melihat empat orang lelaki asing. Pada pandanganku mereka ini boleh tahan kacak dan bergaya. Semestinya kawan-kawan mereka juga bila melihat selamba gila Linda dan yang lain memeluk dan mencium pipi si lelaki-lelaki ni.

Matanya ku memandang pelik kepada Linda. Ya, aku akui aku macam dah tak kenal dah siapa Nur Haslinda binti Abdul Ilias sekarang. Sosial habis. Kalau ibu bapa dia tahu dia macam ni, apa nak jawab?

Tapi, aku hanya boleh mendiamkan diri melihatkan corak kehidupannya sekarang. Aku bukan siapa-siapa nak menegur. Aku hanya sahabat dari kecil sahaja. Emm, entah Linda ni masih anggap aku ni macam tu ke tidak. Yelah, dia sekarang ni dah lain. Berkawan pun dengan orang lain sikit pada aku.

Sedang mereka berseronok ketawa mengilai kuat tu, tiba-tiba Linda memeluk lenganku erat.
"Kenalkan ni Nur. Kawan I dari kampung." Spontan aku tersenyum malu. Aku menundukkan pandangan memandang ke lantai.

"Hai, nama I Farish and woooo... Are you serious, sayang? Perempuan kampung pun ada cantik macam ni ke?" Linda mencebik bibir tanda geram.
"Apa you ingat perempuan kampung semua hodoh-hodoh ke? Gemuk, pendek and hitam macam tu? Ohh, please..."
"Memang lah. You tak ingat ke dulu you pun hitam je. Gigi bersepai. Semenjak duduk Kl ni je dah semakin cantik. Tu pun, sikit je lah tak banyak." Balas seorang lelaki yang berkulit sedikit gelap. Matanya memandangku sambil tersengih. Freddie, teman lelaki Alicia.

"Eh, bodoh betul. Biasa lah tu, dari hodoh bertukar ke cantik. Jangan dah hodoh, lepas tu hodoh selamanya. Right, Lin?" Alicia pantas membela Linda. Mungkin panas hati melihat pandangan gatal buah hati dia tu. Macam dia tak faham insyarat mata Freddie. Tangannya memeluk bahu Linda dan mereka berlawan mulut sekejap.

Antara keempat-empat lelaki ini, mataku lebih tertarik ke arah seorang lelaki yang mana kini sudah menjadi kekasihku. Danny Ishraff! Aku mengaku pada awal aku mengenalinya, Danny bersifat acuh tak acuh denganku. Hanya mereka yang lain yang mesra denganku. Tapi, semakin lama aku kenal dengan Danny. Aku mula sedar ada sesuatu yang menarik minatku kepadanya.

Aku dah tekad. Aku minta tolong kawan-kawan setan betinaku agar mengajar aku supaya aku pandai bergaya dan menjadi cantik seperti mereka. Mereka lagi lah suka aku minta macam tu. Tekadku hanya satu, Danny mesti jadi milikku sebab aku tahu Danny pun ada hati dengan aku cuma dia tak tunjuk. Mungkin malu dengan penampilan aku yang agak kampung pada masa tu.

Dan sejak hari tu... Aku sudah pandai bermain mata dengan lelaki. Segalanya berubah pabila Danny jatuh ke genggaman ku. Tanpaku sedar, aku sendiri yang membuka perangkap untuk Danny sendiri senang menghancurkan hidupku.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Ezlin mendengar dengan fokus apa yang diceritakan oleh Ash. Dia tahu 'gadis' ini menyimpan 1001 duka yang tak pernah siapa ambil peduli. Siapa sangka, disebabkan hanya seorang lelaki. Ash boleh meringkuk ke tempat begini. Benar orang kata, cinta boleh membahagiakan kita dan tak mustahil cinta juga boleh membinasakan hidup. Dan di dalam kes ini, Ash salah mencintai seorang lelaki yang tidak layak memiliki hatinya.

AMPUNKAN AKUWhere stories live. Discover now