BAB 10

519 18 0
                                    

PENJARA WANITA KAJANG

Awal pagi itu Zamir menemani Ezlin ke Penjara Wanita Kajang. Mereka melangkah keluar dari pintu kereta. Borang kerja, peralatan kamera dan beberapa jenis fail dibawa bersama lalu mereka melangkah masuk ke pintu besar Penjara Kajang. Tiba saja di kaunter pertanyaan, mereka disapa oleh seorang pegawai penjara lelaki yang tinggi lampai orangnya.

"Assalamualaikum... Ye, boleh saya bantu cik semua?" Mereka menjawab salamnya serentak.
"Encik, kami editor dari majalah Benua Malaya. Minggu lepas saya ada buat call dekat officer sini untuk minta kebenaran buat sedikit soal selidik kepada tahanan di sini untuk dimasukkan cerita dalam majalah kami. So, dua hari lepas saya dapat call yang ketua pengarah penjara yang luluskan permohonan kami dan kami diberi keizinan mulakan kerja kami hari ni juga." Terang Ezlin panjang lebar.

"Ooo, jadi ni lah Cik Ezlin Syafira, ye? Sorry, tadi saya dah dimaklumkan kalau wartawan dari majalah Benua Malaya datang saya kena bawa cik semua ke bilik mesyuarat dulu sebab kejap lagi pegawai besar turun, dia nak tanyakan apa-apa dekat cik semua. Tapi, sebelum tu saya nak daftar kedatangan cik berdua kejap. Boleh tinggalkan ic?"

Zamir dan Ezlin mengeluarkan kad pengenalan masing-masing.
"Jadi, jom lah kita masuk bilik mesyuarat kejap." Terang pegawai itu sambil tersenyum manis.

Mereka mengikut pegawai itu ke bilik mesyuarat yang tak jauh jadi kaunter pertanyaan. Sebelum pegawai atasan sampai, sempat mereka bertanyakan sedikit tentang asal usul penjara ini untuk dimasukkan laporan ke dalam majalah mereka. Syukurlah pegawai yang bernama Inspektor Hazri itu sporting layan saja pertanyaan mereka.

Nasib baiklah, mereka diberi peluang membuat liputan di sini. Bukan senang nak masuk. Macam-macam pertanyaan diorang tanya. Daftar itu daftar ini. Fuhh, leceh! Tapi, tak apa lah. Demi yang jayakan hasil kerja dia kali ni, dia sanggup buat apa saja. Biar Haikal tu bangga sini dengan dia! Hahaha.

Lama juga mereka tunggu pegawai atasan itu hampir setengah jam jugalah. Tepat pukul 9 pagi, pegawai wanita itu memunculkan diri ditemani seorang pegawai wanita berpangkat sarjan. Ezlin bingkas bangun dan menyalami pegawai itu.

"Puan, saya Ezlin Syafira dan ini rakan sekerja saya Zamir. Saya dah dapat kebenaran untuk mulakan kerja kami hari ni. Saya harap puan dan pegawai lain boleh bersama-sama berkerjasama dengan kami untuk lakukan liputan untuk dimuatkan ke dalam majalah syarikat kami."

"Saya Chief Inspektor Puan Jasmin salah seorang pegawai jabatan penjara di sini. Maaflah, ketua pengarah tak boleh turun jadi dia wakilkan saya untuk berjumpa dengan Cik Ezlin dan Encik Zamir untuk buat liputan dekat sini. Kalau ada nak tanya apa-apa, saya boleh tolong." Walaupun mukanya tampak sedikit garang, namun wanita itu tidak lokek memberikan senyuman kepada mereka. Zamir dan Ezlin membalas senyum.

"Takpe, puan. Asalkan kami dah dapat kebenaran untuk buat kerja dan ditemani dengan mana-mana pegawai penjara pun dah bersyukur sangat-sangat dah. Ooo, ni puan. Surat dari ketua editor kami." Ezlin menyuakan satu fail dan kepada Puan Jasmin. Seketika wanita berusia 40an itu membelek dengan fokus.

"Baiklah, Cik Ezlin. Mari saya terangkan sejarah penjara dan sejarah beberapa tahanan di sini. Sambil tu, saya dan pegawai-pegawai ni bawa Cik Ezlin dan Encik Zamir ronda-ronda kawasan ni." Jelas Puan Jasmin. Kemudian mereka beriringan masuk ke dalam bangunan penjara.

Zamir sudah bersedia dengan video cam untuk merakam temu bual mereka dan Ezlin bersedia mencatit apa-apa yang patut.

"Seperti mana yang semua tahu, penjara merupakan tempat di mana pesalah disabitkan hukuman oleh pihak mahkamah. Penjara juga merupakan sebuah institusi penahanan dan pemulihan yang memiliki jentera dan kekuatan sumber manusia yang berkualiti serta proaktif dalam melaksanakan visi, misi dan objektif yang telah disarankan.

AMPUNKAN AKUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang