HAIKAL
Lagi 10min. Tunggu depan rumah.
Jap lagi abang sampai...
Nk kirim barang dari kg...ME
Barang yg mak kasi ke? √√
HAIKAL
Yup.
Lin ada dekat rumah, kan?
🤔🤔ME
Ade je. √√
HAIKAL
Okay.
Japgi abang sampai.ME
Noted 👌. √√
Ezlin menutup perbualan whatsapp dengan dengan Haikal sebentar tadi. Ain yang sedang menguyah sakan keropok ikan sambil menonton peti televisyen itu dikerling. Ketika itu mereka di ruang tawa, menonton cerita I Can See Your Voice Malaysia di TV3.
"Ain.. Japgi bos kau nak datang hantar barang yang mak aku kirim dari kampung. Kau pergi ambil, eh?" Suruh Ezlin dengan selamba.
"Pehal aku pula kena ambil? Asal tak kau je?"
"Hmm... Malas lah aku. Malas nak tengok muka dia."
"Amboi.. Muka dia sikit punya handsome macam tu kau boleh kata malas nak tengok? Pelik betul aku. Yang si Syamisya tu rajin pula kau nak tengok."Ezlin ketawa apabila Ain membahasakan Zamir dengan nama Syamisya. Teringat gaya Zamir yang sememangnya lembut itu.
"Alah... Tolonglah kejap. Aku malas nak jumpa dia. Kau tahu kan, aku dengan dia macam mana kalau dekat ofis? Ambil lah jap, Ain. Kalau aku takde krisis dengan dia memang aku pergi ambil dah. Takdenya nak suruh kau." Ain memandang malas ke arah Ezlin.
"Haa... Yelah... Japgi aku pergi la jumpa sepupu kesayangan kau tu ambil barang." Balasnya dengan malas. Setakat tolong ambil barang je, kan? Apa ada hal."Serius ni, Ain? Arghhhh, ni yang buat aku sayang dekat kat kau." Spontan Ezlin memeluk tubuh Ain dengan erat. Terkejut habis si Ain. Nasib tak tercekik gadis itu dengan keropok ikan yang dari tadi melantak tak habis-habis. Jam di dinding rumah ditenung. Dah pukul 5.30 petang dah.
"Barang apa yang mak kau kirim tu?" Soal Ain.
"Baju kurung aku. Hari tu aku ada beli kain, upah jiran mak aku buatkan. Kebetulan bos kau tu balik kampung petang semalam. Tu yang mak aku kirim dekat dia suruh bagi dekat aku tu bila dia nak balik sini. Dah siap lah tu." Ujar Ezlin sambil melepaskan pelukan.
"Ohh yeke? Rajin pula dia datang rumah kita malam-malam ni. Asal tak jumpa dekat ofis je nanti. Esok ke?" Ezlin menjongket bahu sambil matanya menonton televisyen."Entah dia..."
"Kalau kata dia tak sempat jumpa kau kat ofis sebab kau pergi penjara tadi pun tak juga. Kau pergi penjara tu kejap je pagi-pagi. Lepas tu, balik ofis pula. Haa, Lin... Jangan-jangan dia rindu nak spend time dengan kau tak? Wah, sweet nya Encik Haikal." Ezlin berpaling menghadap Ain.
"Merepek!!"
"Apa pula. Betul apa aku kata. Tak ingat ke masa kita gi wayang yang dia ikut gi makan tu. Dia layan kau baik punya. Siap carikkan ayam lagi dekat kau. Takut jari melecur konon. Macam lah ayam tu baru lepas kena simbah dengan air panas nak melecur bagai."Ezlin bolayan saja kata-kata Ain. Selang beberapa minit, kedengaran bunyi enjin kereta di luar rumah. Tidak lama kemudian, salam turut diberikan. Sah lah, Haikal dah sampai.
"Hah, Ain. Haikal dah sampai tu." Kelam-kabut Ain mencapai tudung bawal yang sudah siap dipinkan yang berada disidai di atas kerusi makan lalu dipakai.
"Waalaikumussalam. Kejap-kejap..." Laung Ain sambil membuka kunci pintu pagar rumah.Ezlin memandang tingkah-laku Ain sehingga gadis itu keluar dari rumah. Ezlin mengintai di sebalik tingkap untuk melihat Haikal dan Ain.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Ain melangkah masuk dengan tangan kosong. Ezlin yang tersandang di sofa sudah mengangkat kening sambil memandangnya.
"Haikal suruh kau ambil barang kau sendiri." Jelas Ain berterus-terang.
"Laaa, dah kenapa pula? Kau tak cakap ke aku tengah buat apa-apa." Ain mengangguk.
YOU ARE READING
AMPUNKAN AKU
RomantikEZLIN SYAFIRA. Seorang wartawan muda yang mempunyai jiwa yang kental dan berdisiplin dalam menjalankan tugasnya. Satu hari, dia terpaksa membuat liputan di sebuah tempat yang mana dia tidak pernah terfikir untuk menjejakkan kaki ke situ. Perkenalann...