BAB 8

335 12 0
                                    

IMBAS KEMBALI....

3.00 am

Di kala manusia yang lain sedang lena diulik mimpi, aku dan rakan-rakan setanku masih lagi berhibur bagaikan tiada hari esok pada pagi itu. Zouk kelab masih lagi menjadi pilihan yang pertama di hati kami. Rentak lagu inggeris kedengaran kuat. Aku menari ikut rentak tarian lagu Panama itu macam tidak sedar diri. Di pinggangku, Danny memeluk erat sambil menyembamkan mukanya ke leherku.

Kemudian, dia mengangkat wajah. Aku mengabaikan saja mata helangnya yang memerhati tubuhku yang seksi. Malam itu aku memakai  dress yang agak ‘daring' dan aku langsung tidak takut akan dosa mahupun bersalah pabila mengenakan pakaian itu pada tubuhku.

Bukan arwah abah tak pernah mengajar, bukan mak tak pernah menegur cara aku mengenakan pakaian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Bukan arwah abah tak pernah mengajar, bukan mak tak pernah menegur cara aku mengenakan pakaian. Tapi, aku tetap aku. Aku tak peduli semua tu asalkan aku puas. Aku tak pernqh guna duit mak untuk beli baju. Semua ni duit Danny. Linda dan kawan perempuanmu yang lainlah yang ajar aku berpakaian macam ni. Baru nampak gadis bandar kata mereka.

Penat menari, akhirnya Danny membisik kepadaku agar duduk di ruang sofa. Aku mengikut sahaja langkahnya. Sambil berjalan, tangannya masih erat memaut tubuhku. Aku duduk berhimpit dengan Danny sementara matanya redup menikam mataku. Aku tersenyum dengan manja. Lengan kekarnya aku belai.

“Sayang... Malam ni you tidur lagi okay dekat rumah I. Nanti I ikut you balik rumah mak you then kita ambil semua baju-baju you, okay? Duduk terus je dengan I. Tak payah duduk rumah buruk tu lagi. I tak suka tengok you duduk situ. Pindah dari situ." Danny memegang tanganku lalu mencium perlahan.

“Pindah? Ermm... Buat masa ni tak lagi kot. I rasa I boleh tahan lagi dengan perangai mak I tu. Tengoklah kalau I dah tak tahan, I blah je lah dari situ." Aku menjawab perlahan.
“What? You nak bertahan lagi, baby? Ishh, kenapa you ni baik sangat. You know what, in your case ni I rasa macam you ni dah teraniaya. You tahu tak yang you ni tempat mak you lepaskan marah je.

Duduk tak buat apa pun you kena marah. Kalau I jadi you baby, dah lama I blah tahu tak dari rumah tu? Telinga I ni sensitif kalau orang membebel-bebel ni. You pun tahu, kan?"
“No... Takde lah sampai duduk saja pun dia nak membebel. Dia bebel bila I balik lewat malam ke tak solat ke pakai baju seksi ke, tu je." Danny mengeluarkan sebatang rokok lalu menyedut perlahan.

“You nak bela dia pula ke? Dah kenapa pula you ni? Kalau tak bila bercakap je pasal dia mesti nak marah-marah. Ini kemain bela dah kenapa? Sengaja cari alasan tak nak duduk dengan I?" Danny memandang tajam ke arahku dan waktu itu aku tahu Danny sedang marahkan aku. Salah ke apa yang aku cakap?

“No... I tak bela dia sayang. I cuma cakap benda yang betul. Kalau masa tu I marahkan dia, I marah lah. Kalau masa I tak marahkan dia, buat apa I nak marah?" Kedengaran Danny ketawa kecil. Pasti dia tak faham aku yang aku cakap.
“You cakap apa ni, sayang? Terbelit-belit. Hmm..." Danny bermain dengan anak rambut. Dagu runcingku juga turut diusap manja sehingga dia mendekatkan wajahnya ke wajahku.

Dengan perlahan, satu kucupan hangat menyentuh ke bibir munggilku. Lama aku berkucupan dengannya. Danny masih tidak mahu melepaskan bibirku namun aku berkeras. Akhirnya, dia mengalah. Satu keluhan terpacul di bibirnya. Wajahku ditenung lama.
“I bukan nak hasut you, baby. Tapi, I tak nak tengok you susah. I tak nak you duduk jauh dengan I. I bimbangkan keselamatan you.

“Selama ni pun kita tak tinggal sekali, Danny."
“Yes, I know. But, kali ni I dah tekad. I nak you stay dengan I. I boleh jaga you, you boleh jaga I. You jangan risau, baby. I tak kan buat apa yang you tak suka. Tentang hal rumah, you buat je macam rumah tu sendiri. Tak perlu bayar apa-apa. You nak apa, cakap je dengan I. Nak duit ke, shopping ke bagitau je. Okay, baby?"

Tapi, dia tu dah tua. Kalau sakit ke apa ke siapa nak jaga dia? Dia bukan ada anak lain. I seorang je anak dia, sayang. Takkan nak harapkan jiran je jaga dia." Danny termenung seketika sebelum menyambung. Air coke di hadapannya diteguk laju. Kalau dengan aku, Daany memang takkan sentuh air haram tu sebab dia tahu aku tak suka. Ya, itulah Danny Israff. Dia takkan buat benda yang aku tak suka. Kemudian, dia menyambung kata.

See... Baby I ni baik sangat tau. Orang dah buat you macam taik tapi you still ambil berat dekat orang tua tu." Dia ketawa kecil.
“Okay... Bab tu jangan risau. Kalau you nak balik rumah mak you, I akan temankan you balik. Kalau you jaga dia masa dia sakit ke, you jagalah. I tak boleh halang asalkan you sudi tinggal dengan I. Okay, baby?"

Aku tak jawab apa-apa. Kalau aku jawab ‘tak nak’ pun pasti Danny paksa aku juga. Dah masak sangat dengan perangai dia.
“Tapi, I tak kerja..."
“Tak payah kerja apa-apa. Tugas you nanti kerja je dengan I dan I akan berusaha buat you sampai you tak boleh langsung nak berenggang dengan I." Danny mengenyit mata ke arahku.

Dan aku... Hanya termenung memikirkan semua kata-katanya.

AMPUNKAN AKUWhere stories live. Discover now