EZLIN SYAFIRA. Seorang wartawan muda yang mempunyai jiwa yang kental dan berdisiplin dalam menjalankan tugasnya. Satu hari, dia terpaksa membuat liputan di sebuah tempat yang mana dia tidak pernah terfikir untuk menjejakkan kaki ke situ.
Perkenalann...
Selepas keluar dari rumah, aku membawa diri ke tempat yang selalu aku kunjungi bersama kawan-kawan 'setanku' iaitu di Zouk Club. Aku mahu hilangkan stressku di tempat ini. Di sini lah tempat aku berkecimpung dengan dosa di saat aku masuk mentah dan di sini aku mula pandai bercinta dengan seorang lelaki yang pada masa itu aku sayangkan dia sangat-sangat. Pada umurku 22 tahun, aku sudah pandai ke kelab malam.
Tiada yang mustahil bagi gadis kota yang nakal sepertiku. Ya, waktu itu aku masih lagi lagak digelar gadis.
Sebaik masuk ke dalam kelab, aku terus menerpa ke arah rakan-rakan yang sedang melepak di satu sudut. Di situ tempat kami selalu berkumpul. Terdapat satu set sofa berbentuk U, dan botol-botol minuman haram dan halal semuanya bercampur di atas meja kopi. Mereka melambai dan memanggil nama ku sebaik aku melangkah ke arah mereka. Aku tersenyum manis.
Aku melangkah ke arah seorang lelaki yang sedang menghembuskan asap rokok. Mata helangnya tajam memandang ke tubuhku yang berpakaian agak menjolok mata pada malam itu. Lelaki itu bagiku dia agak handsome, berkulit cerah, ketinggiannya sedikit tinggi berbandingku, dan orangnya berketurunan 'orang kaya'. Itulah Danny, teman lelakiku. Dia adalah seorang badboy.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Danny sedang duduk di satu sofa single, tidak bercampur dengan rakan-rakanku yang lain. Aku segera duduk di ribanya. Aku mencium pipi sebelum memeluknya dengan manja. Dia mengucup pipiku berkali-kali. "I ingat you tak datang malam ni. I baru nak merajuk dengan you." Danny berbisik perlahan di telingaku. Aku masih boleh mendengar suara huskynya biarpun suasana bising dengan DJ yang memainkan lagu Despacito dan kawan-kawanku yang bising sedang bergelak tawa pada masa itu.
"I stress duduk rumah. You tahu je lah mak I tu macam mana. Pantang nampak muka I, terus nak membebel." Aku berterus-terang dengan Danny kerana tidak mahu berahsia langsung dengannya. Bukan hanya dia malah rakan-rakanku yang lain sudah tahu krisis aku dan ibu. Mereka juga tahu yang aku ini bukan orang kaya macam mereka. Aku asal dari keluarga yang susah. Hal itu aku tak pernah membohongi mereka.
Buat apa nak bohong daripada orang tahu akan kebenarannya! Kalau dah susah tu baik mengaku, daripada pura-pura kaya. Aku memang tak suka menipu dan aku benci ditipu.
Linda berpaling kepadaku. Kata-kataku tadi didengar olehnya. "Babe... I kesian tau dengan you ni. Tak habis-habis kena membebel dengan mak you tu. Apa yang dia tak puas hati sangat, eh? You dah kerja dah, duit pun you bagi je kan dekat dia? Yang dia sibuk nak kongkong you buat apa lagi? Eeee, I geram tau!" Dia berkata kuat. Disokong pula dengan mereka yang lain.
"Entah.. Mak you tu kena tahu. Ini KL, biarlah you nak keluar melepak ke kawan-kawan dengan siapa pun. You bukannya budak kampung. You budak bandar macam kitorang ni. Mak you tu permikiran tak mature langsung, kan?" Ujar Farish pula. Mereka selamba saja mengutuk ibu di hadapanku. Aku tidak rasa langsung mahu marah malah, menyokong mereka pula.