BAB 9

342 15 0
                                    

Aku melangkah perlahan ke dalam rumah. Hari ini aku balik bukan kerana aku rindukan mak. Tapi, aku dah buat keputusan. Aku balik sebab nak ambil semua pakaian aku untuk berpindah terus ke rumah Danny. Aku tak nak tinggal dekat rumah buruk ni lagi. Rumah kampung, kecil, tak ada astro, wifi dan semua kemudahan lengkap. Sungguh aku dah bosan duduk sini. Walaupun kampungku di sekitar pekan Kuala Lumpur namun aku masih berasa malu hanya kerana rumah mak yang buruk.

Danny aku biarkan dia tunggu di dalam kereta sementara aku masuk sebentar ke dalam rumah mengambil pakaian. Pintu bilik kubuka, lalu melangkah ke arah almari pakaian. Dengan pantas aku memuatkan kesemua pakaian ke dalam luggage besar. Tidak ada satu pun yang tertinggal. Tapi, aku ambil pakaian yang elok sahajalah.

Saat aku mahu mencapai botol minyak wangi di atas meja solek, entah apa silapku buat sehingga botol itu jatuh pecah berkecai ke lantai. Sekaligus, membuatkan bunyi bising. Aku berdecit, nanti tak pasal kantoi pula kantoi dengan mak yang aku balik.

Betul sangkaanku, beberapa saat mak dah terpacul di pintu bilik. Melihat keberadaanku, terus saja tubuhku dipeluk oleh mak. Aku nampak mata mak berair. Mak menangis??

"Nur... Kenapa dah lima hari Nur tak balik? Mak rindu Nur sangat-sangat. Selama ni kamu tidur mana? Mak risau kalau apa-apa jadi dekat kamu..." Ujar mak perlahan kepadaku.
"Jadi apa? Orang dah besarlah. Pandai lah orang jaga diri..." Aku menjawab acuh tak acuh.
"Bagitau mak kamu ke mana selama ni? Mak call kamu tak jawab. Mak mesej lagi lah kamu tak balas. Susah hati mak ni fikirkan kamu." Aku mendengus perlahan. Tapi, aku tak jawab apa-apa. Aku menyambung kemas kembali pakaianku.

"Eh, ni kenapa masukkan baju dalam beg? Nur nak ke mana pula ni?" Aku tetap tak jawab apa-apa. Aku melajukan kerjaku.
"Nur.. Kenapa ni mak tanya tak jawab? Nur nak pergi mana? Baru je baru balik, tak kan nak keluar lagi?" Melihat kebisuanku, mak menahan tanganku daripada mengemas. Aku mula menyinga.

"Apahal ni? Lepaslah!"
"Nur nak pergi mana lagi? Jawab mak tanya. Kenapa tak nak cakap dengan mak ni?" Aku berusaha menarik tanganku dengan kuat. Akhirnya, terlepas.
"Hal aku, aku nak pergi mana ke buat apa ke, kau tak payah nak masuk campur! Semaklah! Kau ni tak habis-habis buat aku rasa semak. Suka hati aku lah nak buat apa pun!"

"Nur! Kamu cakap apa ni, nak? Istighfar ingat Allah. Mak ni mak kandung kamu. Apa-apa yang kamu buat mak kena ambil tahu. Kamu tu anak mak, tanggungjawab mak, Nur Ashiqin!"
"Baru sekarang nak bercakap pasal tanggungjawab? Hah, selama ni ada kau ambil berat pasal aku? Aku nak apa, aku nak makan apa ada kau pernah tanya? Yang kau tahu kau nak aku jadi baik, belajar rajin-rajin, dengar cakap kau tapi kau tak pernah tanya apa yang aku nak selama aku hidup ni!"

"Ya Allah... Nur, kenapa cakap macam tu? Mak tak pernah...."
"Aku penat hidup susah. Hari-hari makan lauk yang sama je. Tak telur goreng kau rebuskan telur. Kuah kicap hari-hari. Ikan masin tak sudah-sudah dengan sayur rumput yang entah petik dekat mana kau jamahkan aku! Itu yang kau bangga kononnya kau jaga aku? Dah lah, aku bosan hidup macam ni. Dari kecil sampai besar aku hidup miskin. Kau beria kerja sampai abaikan aku pun tak juga hidup kaya-raya! Baik tak payah kerja!"

"Ma Sha Allah, Nur Ashiqin... Apa yang kamu cakap ni, nak? Mak tahu kamu penat, emosi tengah tak stabil. Mari sini dekat mak. Pergi mandi dulu ye, lepas tu rehat. Ke... Kejap lagi mak masakkan lauk kegemaran kamu." Tangan tua mak yang menyentuh aku, kutolak kasar. Muka mak berubah.

"Masak lauk kegemaran aku? Kau tahu ke aku suka makan apa? Lagipun kau ada duit ke? Dah lah. Biar aku blah dari sini. Kau pun memang tak suka aku, kan. Kalau kau sayangkan aku kau tak kan paksa aku menikah dengan si Fahim anak saudara kau tu." Entah tiba-tiba nama Fahim aku sebut. Fahim itu sebaya denganku, dia juga merupakan sepupuku sendiri. Orang kampung ni juga. Bukan aku tak tahu mak memang sukakannya dan mahu aku bernikah dengan budak lelaki bajet alim tu. Meluat!

"Nur... Kalau... Kalau Nur tak suka dengan Fahim tu mak tak kan paksa Nur kahwin dengan dia. Asalkan Nur jangan keluar dari rumah ni, nak. Ni rumah arwah abah. Dia dah wasiatkan rumah ni dekat Nur. Nur jangan pergi, ye. Nur jaga rumah ni. Rumah ni lah satu-satunya harta yang kami ada. Kami takde harta lain, nak."

"Peduli apa aku dengan harta kau ni? Harta tak seberapa, megah je lebih. Kalau aku nak hidup mewah nak duit banyak aku boleh cari sendiri. Dah, aku nak keluar. Mulai hari ni, jangan harap aku nak balik ke sini lagi. Mati hidup balik pun aku takkan balik sini. Ingat apa yang aku cakap ni sampai bila-bila!!" Baru sahaja aku melangkah, mak tiba-tiba memaut kakinya agar tidak pergi. Aku terdengar mak menangis kuat.

"Jangan pergi, nak. Jangan tinggalkan mak. Mak dah takde siapa lagi dah selain Nur. Jangan buat mak macam ni. Mak janji mak akan ikut apa je yang Nur nak lepas ni. Mak janji, Nur. Mak janji!" Rayu mak dalam keadaan yang amat sedih. Aku membekukan hati. Sedikit pun aku tak kasihankan rayuan mak.

Masih aku ingat lagi pada masa itu, tarikh itu, hari itu. Aku tergamak menyentap kuat kakiku sehingga mak tercium lantai. Aku tahu bibir mak berdarah tapi aku tak hiraukan. Ya Allah berdosa aku! Berdosanya aku!

Sedang aku berusaha mahu melepaskan pautan di kakiku, tiba-tiba Danny muncul di pintu pintu dengan wajah yang tak berperasaan. Aku tahu dia dah bosan tunggu aku bersiap dari tadi. Dengan wajah selamba, seolah-olah tak nampak keadaan mak. Dia terus menatap wajahku.

"Baby... You dah siap ke? Jom gerak sekarang. Dah lewat ni, bie.." Aku mengangguk.
"Ambil beg ni. Kita gerak sekarang." Danny mengikut arahanku. Luggage besar di hujung katil diheret dan belum sempat aku mengambil satu lagi luggage pakaian, mak tiba-tiba bangun lalu memegang pula lenganku.

"Nur... Ni... Ni siapa? Siapa laki ni? Jangan cakap yang ni...." Soal mak. Aku tahu mak tak berkenan dengan gaya Danny yang seperti badboy tu. Bersubang, berantai, bergelang bangle dan berpakaian entah apa-apa dengan seluar 'syaitan' terkoyak di lutut. Pakai perhiasan macam perempuan!

"A'aa... Ye, memang ni boyfriend aku. Kau ada masalah ke dengan dia?" Sangat biadap! Aku memotong pertanyaan mak. Aku tahu pasti mak berfikir benda yang tak elok antara aku dan Danny. Ah, lantaklah! Aku peduli apa!

"Kamu nak pergi mana? Jangan kata kamu nak tinggal dengan dia. SubhanAllah, kamu tahu kan balasan Allah? Kamu dah buat maksiat dengan bersedudukan....."
"Ishhhh... Bisinglah! Aku nak buat apa pun kau peduli apa? Semaklah dia ni!!" Aku melontarkan marahku. Danny kemudian berpatah balik. Belakangku diusap tanda memujuk. Langsung dia tidak berasa bersalah menyentuh aku di hadapan mak.

"Baby... Dah lah tu. Buat dahaga tekak je you jerit-jerit ni. Kita balik, jom. Nanti I bagi air spesial untuk hilangkan dahaga you..." Dia mengeyit mata kepadaku. Aku yang faham dengan kata-kata double meaning itu, segera tersenyum lantas memaut lengannya. Danny memaut pinggangku.

"Kau nak bawa ke mana anak aku? Kau nak rosakkan anak aku ke?" Mata mak membulat ke arah Danny. Tak pernah lagi aku mendengar mak berbahasa kasar seperti ini.
"Nur... Mari sini. Jangan dekat dengan budak ni. Budak ni bukan orang yang baik. Kamu jangan termakan dengan janji-janji dia!" Mak menyentap tangan Danny di pinggangku namun aku cepat-cepat melepaskannya.

Tindakan kasarku membuatkan mak jatuh terjelopok ke lantai. Semuanya terjadi dengan laju.
"Arrghhh..." Kedengaran jeritan kecil mak.
Bukan hanya mak yang terkejut, malah aku juga turut seakan tidak percaya dengan tindakanku. Aku bukan saja dah lukakan hati mak tapi, aku juga sudah buat muka mak luka sekali lagi!

Mata mak membulat memandangku seakan tidak percaya. Aku rasa sebersalah dengan apa yang aku dah buat. Melihat keadaan mak yang berdecit menahan sakit mematikan amarahku. Muka mak yang memang dah basah dengan air mata itu lagi buatkan aku tak senang hati.

"Ashiqin..." Panggil mak dengan lemah.
"Mak!!" Baru saja aku mahu membantu mak, Danny cepat-cepat memeluk pinggangku
"Baby... Jom gerak... Hari macam nak hujan dah tu. Jom!!" Aku terus melangkah bersamanya tanpa berpaling ke belakang lagi. Pelbagai rasa wujud di hatiku, tambah-tambah apa terdengar mak memanggilku.

Tanggal 9 Mei... Tanggal ini aku takkan lupakan sampai bila-bila.

AMPUNKAN AKUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang