BAB 6

463 20 2
                                    

KUALA LUMPUR, 2019

Aku tak tahu bagaimana mahu gambarkan perasaan sekarang ini. Aku buntu, aku lemah dan kadang-kadang aku rasa tak berguna apabila teringatkan dosaku yang lampau. Aku sangat berdosa dengan ibu. Setiap masa aku merintih, ingin memohon maaf kepada ibu. Tapi, aku sedar semua itu takkan terjadi lagi. Aku bukannya seorang anak yang solehah kepada ibu dan bapaku. Aku jahat, derhaka. Ya, aku memang tak layak digelar seorang anak. Dari kecil mereka asuh aku dengan baik. Semakin besar, perangaiku semakin menjadi-jadi.

Bila arwah abah meninggal, perangaiku makin teruk.  Nak-nak pula aku bercampur dengan kawan-kawanku yang sudah rosak akhlaknya. Aku tak boleh salahkan mereka sebab aku berperlakuan begini. Mereka tidak pernah memaksa aku berkawan  dengan mereka. Sebaliknya, aku yang masuk sendiri ke dalam kumpulan mereka. Walaupun mereka begitu, tapi mereka selalu menolongku jika aku di dalam kesusahan. Soal duit dan makan, mereka langsung tak berkira denganku.

Pada pandangan masyarakat yang lain, mungkin mereka kelihatan nakal, samseng atau apa-apa saja. Tapi, orang hanya boleh menilai tanpa mereka mengenal seseorang itu. Akan ada juga sisi baik walaupun perangai kau macam hanat!

Soal ibu, aku memang tak akan memaafkan diriku sampai bila-bila. Aku bodoh! Aku bangang! Aku kesal kerana tak jaga ibu dengan baik macam yang arwah abah pesan. Aku abaikan ibu disaat dia perlukan aku. Aku macam tak sedar apa yang aku dah buat. Macam mana aku tergamak derhaka pada ibuku sendiri. Aku lebih pentingkan kawan-kawanku berbanding ibu yang telah melahirkanku.

Ya Allah, berdosanya aku. Sekarang, dah dapat balasannya. Aku hilang segalanya.

“Mak... Maafkan Nur, mak. Nur janji Nur akan berubah. Nur takkan buat mak menangis lagi. Ampunkan, Nur!" Aku menghamburkan tangis apabila teringatkan dosa-dosaku yang lalu. Hujung baju tshirt aku gigit kuat tidak mahu bangunkan kawan-kawanku yang sedang nyenyak tidur.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼

IMBAS KEMBALI

Aku mempercepatkan langkah kakiku ke arah kedai hujung berhampiran rumah. Celaka betul! Ni semua sebab skuter buruk ibu tu rosaklah aku terpaksa jalan kaki ke kedai. Kalau tidak memang tak kuasa aku meredah jalan dalam suasana panas macam ni semata-mata nak ke kedai. Kereta aku si Farah tu pinjam pula sebab kereta dia rosak. Hari ini dia ada temuduga.

Hai, dalam banyak-banyak kawan ‘setannya’ kenapa harta aku yang tu pula kau nak pinjam. Padahal kereta Linda, Effy dan balak dia pun ada tapi aku juga yang jadi mangsa. Nak buat macam mana, terpaksalah bagi pinjam juga. Nanti dia cakap apa pula. Hati orang kena jaga biarpun hati sendiri dibiarkan dipijak lumat!

Aku perasan ada beberapa orang wanita tua yang sedang memilih sayur dan ikan itu memandangku. Tapi, aku tak kuasa nak tegur mahupun beramah mesra dengan mereka. Aku membuat muka toya, aku terus ke kaunter. Wajah Pak Lias yang sudah tua itu aku pandang.

“Bagi dunhill dua kotak." Pak Lias memandangku lama sebelum mengambil rokok di rak belakangnya. Aku tak tahu apa yang dia fikirkan. Mungkin terkejut dengan permintaanku. Ah, lantak lah. Peduli apa aku. Siapa suruh kau jual rokok kalau tak, memang tak lah aku  nak sini. Tak kan nak beli sayur pula ke sini. Fuhh, apa barang gila!

Aku terus menghulur duit kepadanya saat dua kotak rokok sampai di tanganku sebelum aku melangkah pulang. Baru beberapa langkah aku melangkah, kedengaran suara sumbang lagi menjijikkan hinggap di telingaku. Biasalah drama melayu, pantang nampak sikit anak gadis berperlakuan pelik. Mulalah nak membawang. Tipikal melayu bodoh!

“Kau tengok tu, Kiah. Tak padan dengan perempuan nak beli rokok. Aku ingatkan datang sini nak beli lah bawang ke, ikan ke apa-apa barang dapur. Tolong mak dia masak ke! Ini tidak, benda haram tu juga nak dibelinya. Dia ingat dia tu jantan ke nak merokok bagai?" Aku memberhentikan langkahku. Aku tahu aku sedang diperli. Wah, apa kes ni nak perli-perli aku? Cari pasal nampak!

AMPUNKAN AKUWhere stories live. Discover now