BAB 4

475 15 0
                                        

IMBAS SEMULA BEBERAPA TAHUN YANG LALU...

12.30 am

Aku melangkah perlahan-lahan ke pintu rumah. Dengan gugusan kunci yang sedia ada di tanganku, pintu rumah berjaya di buka. Bantuan cahaya rembulan membantu aku melangkah ke arah kamar tidurku tanpa cahaya lampu di dalam rumah buruk yang hanya menunggu masa saja untuk roboh. Namun, baru sahaja kakinya mahu melangkah masuk ke bilik....

TAP!

Tiba-tiba lampu di ruang tamu dipetik dan terjengul wajah ibuku. Dia memandang aku dengan riak wajah yang sukar diramalkan. Tubuhku dipandang dari atas hingga ke bawah sebelum bertanya soalan. Pasti terkejut dengan penampilanku yang agak ‘seksa’.

“Nur... Kamu dari mana dah dua hari tak balik rumah ni? Kamu tahu tak mak risaukan sangat dekat kamu?" Suara ibu lembut namun kedengaran juga tegasnya. Aku tahu ibu sedang marah biarpun suaranya kedengaran lembut. Ya, ibu memang begitu. Lemah-lembut. Langsung tak sama dengan aku. Seketika hatiku rasa sesuatu. Aku tak suka ditanya soalan begini.

“Pergi mana lagi? Orang kerja lah. Mak juga kan tak suka orang duduk rumah saja. Bila orang keluar pergi kerja sibuk pula nak tanya." Bidasku dengan nada yang mendatar. Dapatku lihat raut wajah ibu yang seperti tersenyum pahit. Aku tidak peduli samada ibu percaya atau tak.

“Nur... Kamu kerja apa sampai tak balik rumah? Mak tahu kamu lari macam tu je dari kilang yang maksu kerja tu. Kenapa buat macam ni, nak? Kesian maksu beria tolong dapatkan kamu kerja dekat situ." Aku memandang tajam ke wajah lembut ibuku. Hatiku meradang apabila ibu menyebut soal kerja yang langsung aku tak minat.

“Ha'ah, memang. Ni mesti maksu bagitahu, kan? Memang orang blah dari kilang tu. Mak tahu tak kerja tu teruk. Dengan mengantuk tapi tak boleh tidurnya. Berdiri sepanjang hari langsung tak boleh duduk! Sakit tahu tak kaki ni. Kaki ni bukannya besi nak berdiri lama-lama. Orang lain  malam-malam tidur. Bukannya sibuk bekerja macam tu. Badan ni penat tahu tak. Tak boleh kerja 12 jam macam tu." Aku mengancing gigi tanpa memandang ke arah ibu.

“Nur... Orang lain boleh kerja kilang sampai bertahun-tahun. Dari muda sampai ke tua. Tapi, kamu baru kerja tak sampai seminggu dah lari. Cubalah tahan kejap. Maksu kerja situ pun dah dekat enam tahun. Kamu baru...." Aku memandang tepat ke wajah ibuku. Pantas aku memotong.
“Yang mak nak bandingkan orang dengan maksu tu pehal? Dia tu takpe lah. Supervisor, bukannya operator bodoh macam orang ni. Suruh buat tu buat ni. Ingat orang apa? Tak reti penat? Dah tunjuk kuasa dia je.

Mak tak payah nak bandingkan orang dengan orang lain, boleh tak? Mak tak tahu apa, berkurung je dalam rumah ni. Mak tak faham cara kerja orang macam mana. Bercampuk aduk dengan bangla, vietnam, indon semua tu. Orang tak suka tahu tak! Rimas! Dengan tak faham diorang cakap apa. Lagipun, orang ada degree. Apa barang kerja operator macam tu." Aku terus menghina kerjaku tanpa ku sedar yang selama ini ku membesar dengan wang ibu yang hasilnya dari kerja kilang.

Ya, aku lupa daratan. Hinalah aku!

Aku dapat lihat ibu memejamkan matanya seketika sebelum dicelik kembali. Pasti mengumpul kekuatan dan kesabaran untuk bercakap dengan aku yang derhaka ini. Manusia yang penuh dengan dosa!

“Nur.... Mak tak pernah ajar kamu bercakap kasar macam ni. Kenapa kamu dah lain sangat sekarang? Sejak abah kamu meninggal dan kamu bercampur dengan budak-budak tak tentu hala tu perangai kamu dah berubah. Kenapa kamu macam ni, Nur?"
“Eh, mak siapa nak kutuk-kutuk diorang? Mak tahu tak, kalau mak kata diorang tu tak tentu hala. Sama je macam mak kata dengan orang! Sebab diorang tu kawan-kawan orang. Susah senang kitorang, bersama!" Aku bersuara kuat.

AMPUNKAN AKUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang