BAB 12

314 11 1
                                    

Jantung Ezlin berdegup laju ketika ini. Macam-macam perasaan bercampur aduk di hatinya. Puan Suraya sudah pun beredar. Kini, hanya tinggal dia, Zamir dan dua orang lagi inspektor polis tadi. Ezlin mencuri pandang ke arah banduan itu yang sedang duduk termenung tidak mempedulikan mereka. Dia keliru seketika.

Bukankah ini penjara wanita? Macam mana pula ada banduan lelaki dekat sini. Handsome pula tu walaupun lengan penuh tatu. Ezlin berdehem. ‘Ish, apa aku fikir ni.'

Seketika dia mengerling ke arah Zamir dan spontan lelaki itu turut memandangnya. Dia tahu Zamir berasa berdebar sepertinya atau mungkin lagi teruk. Bukan dia tak kenal Zamir itu macam mana.

“Assalamualaikum, Ashiqin... Ni ada dua orang wartawan nak interview awak pasal beberapa soalan. Saya harap awak boleh berikan kerjasama dekat diorang." Inspektor Hazri memulakan perbualan. Manakala Ezlin mula terpempan. Banduan ni perempuan rupa-rupanya.

Tapi, dari segi muka, cara duduk, tubuh badan dan rambut dia benar-benar macam lelaki! Tak nampak langsung macam perempuan. Dekat hospital mana dia buat pembedahan ni?

Banduan yang bernama Ashiqin tu hanya membatukan diri

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Banduan yang bernama Ashiqin tu hanya membatukan diri. Seolah-olah langsung tiada orang di hadapannya. Ezlin duduk mencangkung di luar geriji sel setelah diberi insyarat oleh Inspektor Suraya supaya memulakan wawancara. Zamir sudah sibuk dengan video kamera di tangan.

“Assalamualaikum, Ashiqin. Saya Ezlin. Ni, kawan sekerja saya, Zamir. Saya harap kedatangan kami ke sini tak menganggu awak. Tak banyak masa yang kami minta, sikit pun jadi lah." Senyap lagi. Ezlin melirikkan mata memandang Inspektor Suraya.

“Ass... Ashiqin, awak sihat?" Ezlin bertanya lagi setelah sedar dirinya seperti diabaikan. Tiba-tiba, kedengaran tawa kecil di bibir Ashiqin.
“Apa yang aku dapat kalau aku tolong kau? Kau boleh keluarga aku dari neraka ni ke?" Sinis sekali soalannya dan membuatkan Ezlin mati kutu.

“Dah bertahun-tahun aku duduk dekat dalam ni. Dari aku muda sampai aku tua, apesal kau baru nak cari aku? Ke kau baru tengok tv pasal kes aku yang dah berkurun tu belum habis lagi?" Sambungnya lagi membuatkanZamir turut terkejut. Bukan hanya sekadar rupanya yang seiras lelaki. Tetapi, suaranya juga garau. Seolah-olah dia benar-benar lelaki. Hebat betul manusia melawan kejadian tuhan. SubhanAllah. Satu senyuman sinis turut menghiasi wajahnya yang ‘kacak'.

“Maaf... Saya... Saya..." Gagap Ezlin membalas. Dia buntu untuk menjawab.
“Saya terlambat untuk ke sini. Kalau awak sudi, awak boleh ceritakan dekat saya kenapa awak di sini. Saya tahu, awak dah bosan dekat sini. Takde apa nak buat. Dengan adanya saya dekat sini, awak boleh kongsikan masalah awak, Ashiqin. Awak boleh anggap saya ni kawan awak." Ezlin bersuara sambil tersenyum ikhlas.

“Kau sanggup ke nak dengar cerita dari banduan macam aku ni? Yang korang pandang hina, yang jijik, yang dah nak mampos dah tak lama lagi? Kau nak ke dengar?" Perlahan saja suaranya tetapi boleh lagi mereka dengar.

AMPUNKAN AKUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang