BAB 11

421 11 1
                                        

Mereka melangkah melepasi pintu jeriji besi yang terbuka perlahan dengan bunyi geseran besi yang memekakkan telinga.

KREEEEEKKKK....

Sebaik sahaja kaki menjejak ke ruang blok sel, satu suasana yang asing terus menyelubungi Ezlin dan Zamir. Bau lembap bercampur pembasmi kuman menusuk ke rongga hidung. Di kiri dan kanan, sel-sel besi berdiri rapat memanjang.

Ada banduan yang sedang duduk termenung di hujung katil besi, ada yang mundar-mandir di dalam sel tanpa arah, malah ada juga yang ketawa seorang diri, seakan berbual dengan seseorang yang tidak kelihatan. Jeritan, tangisan, gelak tawa dan suara orang memaki bersilih ganti memecah kesunyian blok itu.

Semuanya bercampur menjadi satu sehingga sukar membezakan mana satu suara marah, mana satu tangisan, dan mana satu gelak yang lahir daripada kewarasan yang semakin hilang. Tanpa sedar, Ezlin menggenggam erat tablet di tangan kirinya, manakala tangan kanan masih memegang perakam suara digital yang sejak tadi merakam setiap penerangan Puan Jasmin.

Dia pernah menonton dokumentari penjara. Namun, melihat sendiri suasana itu di depan mata jauh berbeza daripada apa yang dipaparkan di televisyen. Selalunya telinganya disajikan dengan bunyi hon kenderaan, hiruk-pikuk bandar Kuala Lumpur dan suara orang ramai di pusat beli-belah. Hari ini, suara manusia yang kehilangan kebebasan pula memenuhi pendengarannya. "Nok..."

Suara Zamir berbisik di sebelah. Ezlin menoleh."Aku nak terkencing." Ezlin menghela nafas. "Dah kenapa sekarang baru nak kencing? Dari tadi dekat pejabat tak nak pergi?"
"Aku mana tahu suasana sini boleh buat pundi kencing aku terkejut." Ezlin memandangnya kosong."Kau sabar kejap."

"Aku dah tak boleh sabar dah ni." Zamir menggeliat kecil.
"Kalau aku terkencing dekat sini, kau mop eh." Kata-kata itu menyebabkan Inspektor Hazri yang berjalan di hadapan mereka berpaling sambil tersenyum. "Encik nak ke tandas?"
Zamir terus mengangguk laju. "Nak, encik. Sangat-sangat nak."

"Tak ada tandas dalam blok ni. Kena keluar sikit. Sebelah kanan ada tandas pegawai. " Wajah Zamir terus berubah. "Oh..."
Dia menarik nafas lega. "Tapi..." Inspektor Hazri menyambung.
"Kena lalu depan semua sel dulu." Senyuman Zamir terus mati.
Ezlin menggigit bibir menahan ketawa. "Nok..."

Zamir memegang lengan Ezlin. "Teman aku."
Ezlin menoleh sekilas sebelum menepis perlahan tangan lelaki itu dari lengannya. "Pergilah. Dekat depan tu je." Zamir menggeleng laju sambil menjeling ke arah deretan sel yang dipenuhi banduan wanita. "Tak nak. Aku takut."

Ezlin mengeluh kecil lalu memeluk tubuh. "
Tak payah lah mengada, Zamir."
"Kalau aku hilang macam mana?" Ezlin menjongketkan kening sambil memandang sekeliling blok penjara yang dipenuhi jeriji besi. "Kau nak hilang dekat mana? Dalam penjara ni semua berpagar. Nak lari pun tak lepas."

Puan Jasmin yang sedari tadi memerhati telatah mereka hanya tersenyum kecil. "Tak apa. Biar Inspektor Hazri temankan Encik Zamir ke tandas." Wajah Zamir yang tadinya cemas terus berubah ceria. "Alhamdulillah..." Dia menghembuskan nafas lega sambil menepuk perlahan dadanya.

"Terima kasih, puan. Saya ingatkan kena pergi seorang tadi."
Inspektor Hazri hanya tergelak kecil sebelum memberi isyarat supaya Zamir mengikutinya. "Jom, encik."
"Jom, encik. Saya dah sampai tahap kecemasan ni." Zamir terus menyerahkan kamera videonya kepada Ezlin. "Nah."

Ezlin menyambut kamera itu sambil menggeleng. "Kau ni memang..." Belum sempat ayatnya habis, Zamir sudah pun berjalan bersama Inspektor Hazri. Baru beberapa langkah Zamir dan Inspektor Hazri berjalan meninggalkan mereka, tiba-tiba satu demi satu kepala banduan muncul di celah jeriji besi.

"Wehhh... ada abang handsome!"
"Abang... sini jap! Nak tengok muka dekat-dekat!"
"Eh, jangan jalan laju sangat. Belum sempat kami pilih!"
"Eh, putihnya dia! Macam artis!"
"Abang polis handsome tu dah biasa. Yang ni fresh lagi!"
"Abang jangan malu-malu. Senyum sikitlah. Kacak dah tu, buat muka ketat pula!"

AMPUNKAN AKUCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang