Spending time with you is the sweetest moment in my life. I love every second that we are together
Movie yang terpapar di skrin langsung tidak menarik perhatianku. Fikiranku menerawang pada Harold dan Hellena. Tentang bagaimana mesranya mereka. Aku terfikir betapa bertuahnya Hellena kerana Harold menyayanginya. Dibandingkan Hellena, aku bukan sesiapa bagi Harold. Dia mengatakan dirinya mencintaiku, tetapi dia tidak pernah menunjukkan sedalam apa dia mencintaiku. Aku menjadi kekasih yang tidak pernah mendapatkan cintanya.
"Hanna.." Maxi memutuskan lamunanku. Perlahan dia meletakkan telapak tangannya di atas punggung tanganku sebelum menenggelamkan jemariku dalam genggaman tangannya yang kukuh. Aku menoleh padanya dan kebetulan dia juga sedang mengamatiku. Dia menatapku dengan renungan matanya yang menggoda.
Sungguh, aku terpesona pada matanya, pada cara dia memandangku. Semakin mataku beradu tatap dengan matanya, semakin aku merasakan rasa yang aneh.. rasa dicintai dan rasa ingin selalu ada disampungnya. Ah, rasa ini tidak benar. Aku sudah punya kekasih dan entah-entah dia juga sudah punya seseorang dalam hatinya. Cepat-cepat aku melarikan mataku dan menarik nafas dalam-dalam.
"Hanna.. Hanna," dia tertawa kecil memaksaku menoleh semula padanya.
"Kenapa awak selalu takut untuk memandang mata saya, Hanna?" tanyanya menggodaku. Aku tersipu. Rupanya dia tahu aku sering nenghindar untuk memandang matanya setiap kali kami berbicara.
"Awak takut jatuh cinta dengan saya?" usiknya lagi.
"Awak bagaimana? Awak tak takut jatuh cinta dengan saya?" aku bertanya. Jika dia sengaja mengusikku, apa salahnya aku juga menduganya. Tetapi nampaknya dia tenang sahaja.
"Hanna, sekali awak jatuh cinta pada saya, seribu kali saya mahu jatuh cinta pada awak." Dia menjawab sambil menatapku. Aku menyikunya.
"Eh! Saya kekasih kawan baik awak, tahu!"
"Apa salahnya kalau saya jatuh cinta pada kekasih kawan baik saya?"
"Serius, Max." Aku cuba menarik tanganku.
"Ya, saya serius Hanna. " Maxi mengeratkan genggamannya hingga aku merasa sedikit perih pada jariku.
"Saya lagi makan hati, ya. Saya tak suka awak..."
"Saya pun tak mahu awak suka saya. Saya mahu awak cinta saya. "
"Max!"
"Hanna!"
"Hei, couple! Nak bermesra, cari tempat lain la.." Ada suara sumbang di belakang kami.
"Lets get out of here," Maxi berbisik di telingaku sambil menarikku bangun. Kerana malu oleh teguran suara sumbang sebentar tadi, aku hanya menurut.
"Ehemm!" Suara dehaman itu menyebabkan Maxi berhenti secara mendadak hingga aku melanggar tubuh sasanya. Di hadapan kami berdiri dua orang manusia yang sebentar tadi sempat mencarik-carik impianku di Velentine's Day ini.
"Seronok sudah mencuri kekasihku?" Mata My Sweetheart tertumpu pada tangan kiriku. Omg! Maxi masih erat menggenggam tanganku. Aku sempat cemas kerana menyangka Harold akan melayangkan penumbuknya ke wajah Maxi. Tetapi lagi-lagi hatiku menangis kerana setelah beberapa saat, aku melihat Harold tersenyum sambil menepuk bahu sahabatnya itu.
"Thanks kerana sudi menemaninya," aku mendengar dia mengucapkan kata-kata itu pada Maxi. Dia tidak bimbang bila aku tidak ada di sampingnya. Dia tidak cemburu bila tanganku dipimpin lelaki lain. Sebaliknya dia berterimakasih kerana ada sahabatnya yang menemani kekasihnya agar dia boleh meluangkan masa dengan sahabatnya.
"It's ok, My Sweetheart. Suatu hari nanti kamu akan kehilanganku. Tika hari itu tiba, aku harap kamu tidak akan menangisiku," aku bermonolog. Terasa mataku panas dan berair.
"Are you okay, Hanna?" My Sweetheart mengelus hujung mataku dengan jarinya. Aku mengangguk, cuba menyembunyikan luka yang sudah ditorehkannya di hatiku.
"Kamu menangis. Maxi menyakitimu, hmm?" Aku menggeleng. "Kamu yang telah menyakitiku, Harold," itu jawapan yang ingin ku katakan. Tetapi kata-kata itu hanya tertahan di benakku.
"Sudahlah, Hanna. Jangan menangis lagi, itu cuma movie," Maxi berbohong, padahal dia tahu mengapa aku menangis. Mendengar penjelasan palsu Maxi, Harold cuma senyum.
" You're not kid anymore, Hanna." Hanya itu kata yang diucapkannya sebelum merangkul pinggang Hellena dan berjalan meninggalkan aku dan Maxi.
" Mari, Hanna." Aku dan Maxi berjalan menuju ke tempat parkir tanpa berbicara sepatahpun. Aku sibuk melayani rasa kecewaku dan mungkin Maxi juga sedang melayani fikirannya. Tetapi satu hal yang aku sedar, tangan lelaki itu tidak melepaskan tanganku.
Ketika sampai di kereta, tidak ada kelibat Harold dan Hellena di situ. Hampir beberapa minit kami menunggu sebelum Harold menghantar pesanan whatsApp ke telefon bimbit Maxi. Setelah membacanya, aku melihat Maxi menatapku resah sebelum berkata.
"Harold dan Hellena memesan grab untuk ke rumah ibunya," jelas Maxi. Dia nampak bimbang, mungkin bimbang aku akan menangis histeria. Tetapi aku mengangguk dan cuba senyum membuatnya juga tersenyum lega.
" Kita mahu ke mana?" Maxi bertanya ketika kereta mula bergerak meninggalkan tempat parkir.
" Pulang, "aku menjawab singkat.
" Pasti? "
" Hmm. " Mahu ke mana lagi selain pulang.
" Okey, My Sweetlady, " Maxi menjawab dengan nada mengusik. Tetapi entah mengapa aku suka bila dia memanggilku begitu. Harold mengabaikan aku, tetapi sahabat baiknya pula membuat hatiku berbunga bahagia hingga tanpa sedar aku terlelap.
"Hanna," suaranya lembut membangunkan aku.
" Kita sudah sampai di rumah awak," katanya ketika aku membuka mata. Dalam keadaanku yang terpinga-pinga antara sedar dan tidak, Maxi memegang kedua belah pipiku.
"Max.."
"Sorry, Hanna. Tetapi sedari tadi saya ingin melakukan ini," dia mendekat. Sedetik kemudian aku merasakan bibirnya telah menyentuh bibirku.
"Happy Valentine's Day, My Sweetlady," ucapnya ketika melepaskan bibirku.
"Max.." Aku tidak dapat memikirkan alasan mengapa dia menciumku. Dia cuma tersengih manja.
"Saya mewakili your Sweetheart, Hanna," katanya sambil tertawa kecil. Aku memukul lembut dadanya beberapa kali sebelum dia berhasil menangkap kedua tanganku dan melingkarkannya ke pinggangnya.
" Saya akan peluk awak, Hanna. Biar awal tak dapat memukul saya dengan tangan awak. Biar nanti awak jatuh sayang kat saya, " dia mendakapku erat sambil terus tertawa kecil. Aku pura-pura merayu agar dia melepaskan pelukannya walaupun sebenarnya aku ingin berada lebih lama di dalam dakapannya.
" Peluk aku, Max. Jangan lepaskan aku. Berada di dalam pelukanmu seolah-olah aku berada di dalam sebuah rumah yang begitu hangat dan selamat," batinku menjerit.
2b continue.
Press ⭐ and leave your comment.
Happy reading.
🌺🌺🌺
YOU ARE READING
Married To My Boyfriend's Best Friend ✔️
RomanceLove is not about how many days, months or years you've been together. Love is about how much you love each other everyday. Never love anybody who treats you like you're ordinary. Start : 27 August 2019 End : 05 Disember 2019