Part 14

3.6K 105 4
                                    

I have my own way of loving you. Please never say that you will go

Harold's POV

Sakit, pedih, ngilu dan pelbagai rasa yang kurasakan. Tidak pernah kubayangkan Maximillan sanggup menikamku dari belakang. Dalam diam dia sentiasa berusaha memenangi hati Hanna. Kemudian dia senyap-senyap menawarkan diri menemani Hanna pulang ke kampung halamannya. Dan di sana dia mengambil kesempatan menikahi Hanna.

Sudah berulang kali aku memintanya agar menceraikan Hanna, tetapi hatinya keras.

"Aku tidak akan menceraikan Hanna. Dia isteriku dan aku mencintainya," begitu jawapannya. Kedengaran mudah tetapi pengakuannya membuatku ingin menghunuskan pedang menembusi jantungnya.

"Bawa Hanna menginap di rumah mama. Jemput Max juga," ibuku menelefon pagi-pagi lagi.

"Boleh juga jemput Hellena sekali," kata ibuku. Mendengar nama Hellena, aku mendengus. Mendengar namanya saja aku benci. Jika dia tidak hadir, hubunganku dengan Hanna tidak akan hancur. Dia cantik dan seksi, tetapi sayang semua ciri wanita yang kuinginkan ada pada Hanna.

Aku tahu Hanna berat untuk berkunjung ke rumah ibuku. Dia tidak punya apa-apa hubungan lagi denganku yang bermakna hubungannya dengan ibuku juga bukan satu hubungan yang bermakna.

"Please, Hanna. Bukan demi aku, tetapi lakukan demi mama," aku memujuknya.

"Hanya sekali ini, Har. Kamu harus menjelaskan pada mama kita sudah tidak punya hubungan apa-apa lagi," katanya bersetuju setelah puas aku memujuknya. Aku mengangguk sekadar ingin menyedapkan hatinya. Sedangkan di dalam hati tidak akan pernah aku mengatakan pada mama bahawa bakal menantunya itu sudah menjadi isteri sahabat baik anaknya sendiri.

" Hanna nampak pucat," ibuku menyambut Hanna di muka pintu. Aku turut memandang wajah Hanna. Memang benar. Aku baru menyedari wajahnya memang pucat.

Seperti biasa, ibu terus mengajak Hanna ke dapur untuk menyediakan makan tengah hari. Tetapi sebaik memasuki dapur, Hanna terus menutup hidung dan berlari masuk ke bilik air.

"Huweek!" Hanna muntah. Aku berlari menyusul Hanna. Kuurut belakangnya meski dia melarangku.

"Kenapa, Hanna?" ibuku bertanya cemas. Matanya merenungku tajam seolah-olah aku telah melakukan satu kesalahan besar.

"Kau dan Hanna sudah terlanjur, Har?" tanya ibuku. Tatapannya marah.

"Kamu mengandung, Hanna?" Kini suara ibuku lebih lembut. Dadaku berdebar kencang menunggu jawapan Hanna.

"Tidak, ma. Hanna cuma kurang sihat. Hanna pening sejak semalam," jawapan Hanna membuatku lega. Srkurang-kurangnya aku tahu dia belum mengandungkan anak lelaki itu.

Akhirnya petang itu Hanna hanya duduk di ruang tamu menonton televisyen. Ibuku nampak sedikit kecewa kerana acara memasak bersama bakal menantunya tidak kesampaian.

"Aku risau kalau kamu benar-benar mengandung, Hanna," kataku pada Hanna.

"Lambat- laun aku akan mengandung, Har," jawabnya.

"Dia akan menjadi suami orang, Hanna. Kamu sanggup bermadu?" tanyaku sekaligus cuba meracuni fikirannya agar meninggalkan Max.

Married To My Boyfriend's Best Friend ✔️Where stories live. Discover now