Good relationship don't just happen. They take time, patien and two people who truly want to be together
Benarkah " bahagia" itu wujud ? Atau cuma sepatah kata semata? Jika benar "bahagia" itu ada, pasti tidak akan ada yang namanya " kecewa". Atau mungkinkah bahagia dan kecewa itu dua sahabat yang tidak dapat dipisahkan?
Meski sudah berkali-kali Max meyakinkanku bahawa dia tidak akan pernah menikahi Julie, namun rasa kecewa dan cemburu tidak dapat kusingkirkan bila di depan mataku gadis itu mengatakan semuanya.
"Jadi kau perempuan yang cuba merampas tunang saya hingga dia memutuskan untuk tidak mahu menikahi saya?" sergah perempuan yang tiba-tiba masuk ke Hanna's Beauty Saloon pagi itu. Aku kenal perempuan itu. Dia Julie, perempuan yang pernah kulihat bersama Max.
Dia berdiri betul-betul di sebelahku yang sedang mencuci rambut salah seorang pelangganku. Kebetulan cuma aku dan pekerjaku, Rosie yang ada di salun kerana Lisa dan seorang lagi pekerjaku meminta cuti.
Aku mengawasi perempuan itu dari atas ke bawah. Tubuh langsing dan tinggi dengan kulit yang putih melepak. Rambutnya lurus terurai melepasi bahu. Wajahnya juga cantik tetapi bagiku make up nya keterlaluan tebal hingga kelihatan seperti penyanyi opera Cina. Atau mungkin bukan kerana make up nya melainkan mulut celuparnya yang menjadikan penampilannya buruk di mataku.
"Anda siapa? Tolong duduk sebentar kerana saya masih ada pelanggan," kataku masih cuba bersikap lembut.
"Malu? Itu kenyataannya. Kau memang perampas milik orang!" Julie berteriak keras hingga pelanggan yang sedang kulayani memegang tanganku yang bergetar, memintaku agar berhenti.
"Tak apa, dik. Layani dia dulu," katanya. Aku membersihkan tangan sebelum kembali di hadapan perempuan itu.
"Urusan anda dengan tunang anda bukan urusan saya," kataku.
"Lebih baik anda menjaga tunang anda daripada anda datang menyerang saya," aku cuba mengawal nada suaraku. Salun ini punca rezekiku, jangan sampai kekecohan ini menyebabkan pelangganku lari.
"Hei, perempuan! Aku sedang mengandungkan anak Max. Apa perasaan kau jika tahu tunang kau tergila-gila dengan perempuan sundal sedangkan kau sedang mengandungkan anaknya, ha?"
Mengandung? Dadaku terasa begitu sakit mendengar penjelasannya.
Aku menekankan telapak tangan ke dadaku ,cuba mengusir rasa sakit yang terasa mencengkam. Kenapa Max tergamak melakukan ini kepadaku? Aku merasa air mata sudah membasahi pipiku." Jaga mulutmu, betina, " bentak Rosie yang keluar dari ruang facial. Dia sedia untuk menghayunkan tangan ke pipi Julie, tetapi aku menghalangnya.
" Ingat ya, perempuan sundal. Tinggalkan Max. Atau suatu hari nanti akan kubakar salun ini bersama kau sekali. Biar mampus!" Jari Julie menunding ke wajahku.
Apa yang harus kulakukan? Mampukah untuk terus bertahan setelah merasa sakitnya dikhianati? Atau haruskah aku menarik diri, mengundur dari hidup Max? Mampukah aku berpisah dengannya setelah rasa cinta yang kian hari kian tumbuh dengan begitu subur?
Petang itu ayah menelefon memintaku pulang ke kampung. Keluargaku akan mengadakan acara sembahyang seratus hari kematian ibuku. Pulang ke kampung boleh menjadi satu alasan untuk menjauhi Max.
"Kalau dapat, Hanna dan Max balik, ya," itu permintaan ayah.
"Hanna mungkin dapat pulang, yah. Tetapi Max sibuk kebelakangan ini," itu alasan yang paling tepat.
Aku melangkah meninggalkan Hanna's Beauty Saloon. Hari ini aku menggunakan perkhidmatan grab untuk ke salun milikku memandangkan keadaan tubuh yang belum fit untuk memandu sendiri.
Setiap langkah kaki yang kuhayun, kata-kata Julie terngiang kembali. Perempuan itu mengandung, tidak mungkin aku membiarkan Max meninggalkannya. Benar aku isterinya tetapi Julie sudah mengandungkan anaknya.
Berpisah dan pergi dari kehidupan Maximillan, itu keputusan yang akan kuambil. Mulanya pasti akan sakit tetapi masa akan merawat luka. Bukankah cinta perlukan pengorbanan? Bukankah mengalah dan membiarkan orang dicintai mengecap bahagia juga merupakan satu bukti cinta yang tulus?
Aku mengeluarkan beg besar dari dalam almari. Jangan berubah, hati. Max bukan milikmu. Dia milik Julie dan bayi mereka. Aku memujuk hati yang bagaikan enggan diajak berkompromi.
Aku memasukkan beberapa helai pakaian dan keperluan lain ke dalam beg. Aku merancang akan lama berada di kampung, sekurang-kurangnya hingga Max selesai mengurus penceraian kami dan hingga dia menikahi Julie.
Max sudah beberapa kali menghubungiku, begitu juga dengan Lisa. Tetapi sengaja psnggilan itu kutolak. Ini bukan waktu yang tepat untuk berkomunikasi dengan Max mahupun Lisa. Tunggulah, bila aku sudah berada di kampung esok aku akan menghubungi mereka.
Aku sengaja membuang masa di Boullevard Shopping Mall. Aku ingin memilih sepasang dua baju untuk ayahku selain untuk menghindari Max yang mungkin saja datang ke rumah sewaku.
"Hanna!" Dua suara yang sudah cukup ku kenal. Aku menoleh dan mendapati dua orang wanita itu sedang berjalan pantas menuju ke arahku. Tangan mereka masing-masing menjinjing beg belanjaan yang diluarnya bertulis Verns.
"Hanna," Auntie Meen memelukku terlebih dahulu diikuti Julies.
"Mama? Auntie Meen?" Auntie Meen memasang wajah datar.
"Mama, Hanna. Aku juga mahu dia memanggilku mama, Jul," komen Auntie Meen. Aku tersenyum kelat.
Dua orang wanita ini tidak tahu apa yang sudah dilakukan oleh anak lelaki mereka terhadapku. Julies tidak tahu betapa banyak luka yang sudah anaknya berikan kepadaku. Auntie Meen juga tidak tahu betapa anaknya telah menyakiti perasaanku.
Harold dan Max, mereka dua lelaki yang berbeza dan mereka telah mencintaiku dan juga menyakitiku dengan cara yang berbeza.
"Hanna sendiri? Harold tak temankan Hanna?" Julies bertanya sambil mata melilau mencari keberadaan anaknya.
" Kenapa Hanna tak minta Max temankan?" Auntie Jasmeen mengajukan soalan yang hampir sama.
"Mereka sibuk, ma," jawabku. Julies menarik tanganku dan berkata, " Jadi menantu mama, Hanna. Kita boleh shopping sama-sama."
"Tapi Hanna lebih sesuai bersama Max," bantah Auntie Jasmeen. Aku menggelengkan kepala. Wajah terasa merah dan panas menahan malu. Apa istimewanya aku hingga mereka berebut ingin menjadikan aku menantu.
"Mama, Harold ada Hellena. Dan Max ada Julie. Hanna belum jumpa sesiapa. Kalau mama Meen punya seorang lagi anak bujang, mungkin Hanna jadi menantu mama Meen, " selorohku.
" Betul, Hanna? Tapi malam tu mama lihat Max dan..."
Mual di perutku semakin menjadi-jadi. Kepalaku terasa begitu sakit. Beberapa kali aku memicitnya dengan jari, tetapi sia-sia. Kakiku terasa begitu lemah untuk menyokong tubuhku. Pandanganku berpinar-pinar, sekejap terang sekejap gelap. Omg, kenapa semuanya terjadi di sini? Apakah kerana apa yang diucapkan oleh Auntie Meen? Atau apakah kerana satu nama iaitu Max.
"Hanna!" Aku masih mendengar suara panik Auntie Meen dan Julies memanggil namaku. Tetapi mataku tidak dapat terbuka lagi. Kata-kata yang sempat kudengar hanyalah dua orang wanita itu menjerit meminta tolong kepada orang yang ada di shopping mall tersebut.
Vote ya. Tekan ⭐ dan komen.
Terima kasih sudi membaca cerita ini.
Selamat nembaca.
Tbc....
YOU ARE READING
Married To My Boyfriend's Best Friend ✔️
RomanceLove is not about how many days, months or years you've been together. Love is about how much you love each other everyday. Never love anybody who treats you like you're ordinary. Start : 27 August 2019 End : 05 Disember 2019