Love when you're ready, not when you're lonely
Author's POV
" Hanna akan tidur di bilik Lisa atau mungkin di bilik Mac," kata Jasmeen bertegas. Tetapi Max juga tetap tidak mahu mengalah.
"Tidak, ma. Biar Hanna tidur di bilikku. Dan aku akan tidur di bilik Mad atau mungkin di bilik Mac," dia berjalan mundar-mandir di hadapan ibunya.
Tolong, ma. Tolong mengerti perasaanku. Dia isteriku, biar dia tidur di bilikku kerana di situ seharusnya dia berada, di samping aku suaminya, batin Max terus berbicara tanpa dapat di dengar ibunya atau Lisa, adik bongsunya yang seakan dapat menghidu niat Max.
"Kenapa kau bertegas mahu Hanna tidur di bilikmu, Max? Ada apa-apa yang kau rahsiakan dari mama? Kau ada hubungan dengan Hanna, Max?" soal ibunya bertalu-talu. Max mati kutu. Hampir saja rahsianya ketahuan.
Tetapi kalaupun rahsia itu bocor, dia tidak peduli. Cuma seboleh-bolehnya biarlah rahsia itu tersimpan rapi dahulu. Belum masanya dia mendedahkan hubungannya dan Hanna. Ada perkara berkaitan Julie yang harus diselesaikannya terlebih dahulu.
"Katakan pada mama, Max. Jangan simpan rahsia," Max menggaru-garu belakang kepalanya yang sebenarnya tidak gatal. Jasmeen tertawa dalam hati melihat tingkah anak bujangnya itu.
Sebenarnya apa yang terjadi di dalam bilik tidur Mac beberapa hari yang lalu waktu kali pertama Hanna dibawa ke rumahnya sudah cukup menceritakan segalanya. Tetapi selagi Max tidak buka mulut, dia sendiri akan terus mengikut drama yang dilakonkan anak bujangnya itu.
"Terpulang pada mama sajalah. Asal jangan kongsi bilik dengan Lisa," katanya. Jasmeen dan Lisa terlopong.
"Kenapa, Max?" tanya Lisa.
"Emm... emm.. Hanna kan tak sihat. Kalau dia sebilik dengan Lisa, Hanna takkan dapat berehat," jawabnya tergagap. Lisa tersenyum geli hati. Jasmeen juga, dalam hati terasa digeletek tanpa henti.
"Owh..." Jasmeen dan Lisa menyahut hampir serentak.
"Kalau macam tu, minta Hanna berpindah ke bilik Mac, Hanna," arah Jasmeen sambil menghantar isyarat kepada anak gadisnya.
Akhirnya setelah perdebatan kecil yang terjadi, Hanna ditempatkan di dalam bilik Mac, abang kedua Lisa.
"Teruskan berdrama, nak. Mama mahu lihat setakat mana kamu mahu membohongi mamamu ini," Jasmeen berkata dalam hatinya. Ekor matanya dapat menangkap Max yang sudah beberapa kali mencuri pandang ke arah pintu bilik Mac yang tertutup setelah Hanna masuk ke dalamnya.
" Max, jom ikut mama, " Jasmeen menepuk bahu anak bujangnya. Kerana tidak mahu ibunya mengesyaki apa-apa, Max terpaksa akur.
"Jangan kunci pintu, Hanna. Aku akan masuk nanti," begitu pesan yang Hanna terima daripada suaminya. Dia menarik nafas lega. Hatinya berlagu riang memikirkan malam nanti tidurnya akan dibaluti mimpi indah.
♥️♥️♥️♥️♥️
Max menapak perlahan menuju ke bilik Mac. Di dalam bilik itu ada isterinya. Dia memerhati sekelilingnya sambil tangannya memutar tombol pintu, dengan begitu hati-hati jangan sampai ada bunyi biarpun sedikit. Setelah daun pintu terkuak, Max pantas masuk dan mengunci pintu. Dia mengurut dadanya tanda lega.
"Sayang," dia memanggil isterinya.
"Max, bagaimana kalau mama tahu?" Hanna bertanya ragu. Tetapi Max tidak lagi mampu menjawab apa-apa kerana apa yang diingininya saat ini hanyalah menyentuh isterinya, memeluknya dan merasakan hangat tubuh isterinya yang membalutnya.
"Aku mahu kamu sentiasa berada di sisiku, sayang. Selamanya," dia mengucup pipi isterinya yang sudah basah oleh keringat. Dia turun dari tubuh Hanna dan memeluk isterinya dengan erat.
Sedangkan di luar, di satu sudut yang agak gelap, berdiri Jasmeen dan Lisa. Mulut mereka terbuka luas tatkala mata mereka menangkap kelibat Max yang terhendap-hendap masuk ke bilik tidur Mac yang ditempati Hanna.
"Benar sangkaan mama. Max dan Hanna nemang ada hubungan. Cuma kita tak pasti apa hubungan mereka,"Jasmeen berucap perlahan. Memikirkan hubungan anaknya dan Hanna, sebahagian hatinya rasa senang kerana sejak mula dia memang tidak menyukai Julie. Tetapi sebahagian lagi dia merasa risau. Bagaimana dengan perasaan Hanna jika Julie enggan mengalah?
" Lisa rasa Max mencintai Hanna, ma. Atau mungkin Max sudah menikah senyap-senyap dengan Hanna," Lisa meneka-neka.
"Kita ikut saja permainan mereka, Lis. Ingat, kita berdua polis dan mereka berdua penjenayah... penjenayah cinta. Kita intip mereka. Sampai masanya, jika sudah cukup bukti, kita tangkap mereka," kata Jasmeen sambil tergelak kecil. Lisa juga turut tergelak sambil menutup mulutnya.
♥️♥️♥️♥️♥️
" Nyenyak tidur malam tadi, Max?" Lisa membuka bicara. Max yang baru hendak memasukkan nasi goreng ke mulutnya terhenti seketika. Hanna juga merasakan pipinya panas.
"Ma, kenapa pipi Kak Hanna bertukar merah, ma?" Max memandang isterinya. Benar, pipi isterinya memang merah kerana menahan malu.
"Hanna sihat? Mama harap Hanna selesa di rumah mama," Jasmeen kini membahasakan dirinya mama, bukan lagi Auntie Meen. Hanna tersedak mendengarnya.
"Mama?"
"Ya, Hanna. Mulai hari ini, panggil mama, ya, bukan Auntie Meen. Panggil mama dan papa, sama seperti Max," Hanna menelan ludah. Pipinya terasa kian panas.
"Lambat Max tidur malam tadi. Pukul dua pagi pun Max belum masuk bilik," komen Lisa mengalihkan topik perbualan.
"Kau masuk bilik aku, Lis?" Max membulatkan matanya. Lisa tersengih manja.
"Lisa nampak lampu bilik terpasang. Lisa ingat kau belum tidur. Lisa intiplah sikit, tapi bilik kau kosong. Selimut pun masih berlipat," Lisa memang tak gentar dengan tatapan tajam Max.
" Jangan-jangan kau masuk bilik Kak Hanna," tuduhnya tanpa bertapis. Max terbatuk dan secepatnya pula Hanna menghulurkan gelas air kepadanya. Lebih mengejutkan lagi, gelas yang dihulurkan Hanna ialah gelas minumannya sendiri yang tadi isinya sudah dihirupnya sedikit.
" Kak Hanna, itu gelas air kakak," tegur Lisa. Hanna terkejut. Tindakan itu bujan di luar sedar tetapi kerana sudah kebiasaannya Hanna dan Max berkongsi gelas minuman yang sama.
"Sudah, Lisa. Jangan ganggu Max dan Kak Hanna lagi. Cepat sarapan, nanti lepas sarapan ikut Max hantar Kak Hanna," kata Jasmeen.
"Kak Hanna terus ke salun?" tanya Lisa. Sebenarnya dia sudah jatuh hati pada Hanna's Beauty Saloon. Biarpun gajinya tidak besar mana, tetapi dia berasa seronok bekerja di situ. Lebih-lebih lagi bekerja dengan Hanna yang dianggap seperti kakak sendiri.
"Kita terus ke salun, Lis,"putus Hanna.
" Kalau Hanna rasa tak sihat, berehat saja, Hanna. Tak rugi mana salun Hanna tu ditutup dua tiga hari. Hanna nampak masih pucat, "Jasmeen menyentuh dahi Hanna. Masih agak panas. Ingin dia menyarankan agar Hanna menelan Panadol, tetapi bagaimana jika telahannya benar, yang Hanna mungkin mengandung? Dan mungkin Hanna sedang mengandungkan cucunya?
Part ini agak hambar. Sorry, ya.
Tekan ⭐ dan komen.
Selamat membaca.Tunggu part seterusnya. Rahsia sudah hampir ketahuan.
YOU ARE READING
Married To My Boyfriend's Best Friend ✔️
Roman d'amourLove is not about how many days, months or years you've been together. Love is about how much you love each other everyday. Never love anybody who treats you like you're ordinary. Start : 27 August 2019 End : 05 Disember 2019