Harold's POV
You're my love, yesterday, now and forever.. till death do us part
Sakit rasanya apabila melihat satu-satunya gadis yang kusayangi akhirnya menjadi milik lelaki lain. Lebih sakit lagi bila lelaki yang memilikinya merupakan sahabat baikku sendiri.
Aku menyesal kerana telah mempertemukan mereka berdua. Aku menyesal kerana telah memberi banyak ruang untuk mereka bersama hingga akhirnya aku yang tersingkir. Dan penyesalanku yang tidak akan pernah sembuh adalah keengananku menemuinya pada hari dia memintaku datang untuk menikahinya.
Niatku kini hanya satu, memisahkan Hanna dan Max. Aku tidak peduli sama ada Max telah mengambil kesuciannya atau tidak. Aku tidak peduli sekalipun dia bergelar janda, aku akan menerimanya dengan rela hati. Malah sekalipun dia sudah mengandungkan anak Max, aku tetap menerimanya. Aku hanya ingin bersama Hanna, memilikinya jiwa dan raga. Sial, mengapa aku terleka hingga dia terlepas dari genggamanku.
"Kau pernah menjadi kekasihnya, Harold. Tetapi kau sering mengabaikannya. Saat ini dia sudah menjadi isteriku. Jadi, aku mahu kau menjauh darinya," kata-kata Max masih terngiang di telingaku.
Aku tidak mempunyai pilihan. Aku menemui Julie Marrisa, gadis yang pernah dipermainkan Mackelvin, abang Max. Tidak sukar untuk mengajaknya berkomplot memusnahkan hubungan Max dan Hanna. Ini ibarat hubungan mutualisme, dua-dua mendapat untung. Aku akan mendapat Hannaku kembali. Julie pula akan dapat mengecapi kekayaan keluarga Max.
"Kau hanya perlu mengugut Max. Katakan kau mengandungkan anak abangnya dan minta dia bertanggungjawab atas kesilapan abangnya," Julie tercengang memikirkan ideaku. Kemudian dia menggeleng perlahan.
"Aku tak mahu, Har. Max tidak mencintaiku," katanya bersedia untuk meninggalkanku. Tetapi aku menahannya.
"Ini bukan soal cinta, Ju. Ah, kau tahu, Ju.. Keluarga Max sangat rapat. Max akan melakukan apa saja demi keluarganya. Kalau kau mengatakan kau mengandung kerana Mac, kau fikir Max mahu membiarkan kau meruntuhkan rumahtangga abangnya itu?
Tentu tidak, kan. Dan Max juga tidak akan mahu ayahnya tahu. Sekali saja ayahnya terkejut kerana perkara yang memalukan itu, ayahnya akan terus mati kerana serangan sakit jantung, "kataku tertawa kecil.
" Apa yang akan kudapat? "tanya Julie.
" Kau akan menjadi isteri Max. Menikmati kekayaan keluarganya, " kataku. Aku berdoa agar Julie setuju. Thanks god. Aku terasa ingin melonjak bila akhirnya Julie mengangguk tanda setuju.
Seminggu saja Julie berusaha, akhirnya benteng pertahanan sahabatku itu roboh. Julie berhasil mendesaknya akar mereka bertunang.
" Tahniah, bro. Sekejap lagi kau akan kahwin dengan Julie. Aku harap kau akan menceraikan Hanna, secepatnya," kataku sinis pada malam pertunangan mereka.
"Never!" katanya dengan yakin.
"Adakah sivil membenarkan lelaki memiliki dua isteri?" kataku dengan senyum mengejeknya.
"Hanna Marcella isteriku. Hanya dia," Max berpaling. Aku mengetatkan rahang.
"Wait and see, bro."
♥️♥️♥️♥️♥️
Aku menemui Hanna di Hanna's Beauty Saloon. Lama aku memerhati wajahnya. Pipinya kelihatan tembam. Tubuhnya sedikit berisi.
"Harold?" suaranya terdengar lunak menyebut namaku.
"Hanna," aku menapak ke arahnya. Kebetulan Hanna's Beauty Saloon lagi sepi. Hanna yang sedang menyanggul rambutnya di hadapan cermin aku hampiri. Kulingkarkan tangan pada perutnya.
"Jangan, Har. Aku sudah jadi isteri Max," katanya berusaha melepaskan rangkulanku.
"Dia menipumu, Hanna. Tuntut cerai darinya dan aku akan segera menikahimu," aku berbisik di telinganya.
Hanna terus meronta tetapi pelukanku tetap erat. Aku cuba mengucup lehernya tetapi dia pantas mengelak. Aku tak putus asa. Kuputar tubuhnya hingga dia menghadapku. Aku menariknya kasar hingga dia terbenam ke dalam pelukanku.
"I love you, Hanna. Perasaanku masih sama," kataku. Kubenamkan sekali lagi hibirku pada lehernya. Kali ini dia tidak sempat mengelak. Kuhisap dan kugigit sedikit lehernya hingga meninggalkan tanda merah.
"Kurang ajar," dia menampar pipiku kiri dan kanan. Terasa sakitnya, tetapi aku tetap tertawa.
"Kau milikku, Hanna. Yang kuberi itu adalah tanda untuk mengingatkanmu bahawa kau milikku," kataku.
"Cuhh!" Hanna membuang ludahnya ke lantai.
"Aku jijik, Harold. Aku menyesal kita pernah kenal. Aku menyesal pernah menyerahkan hati untukmu. Rasa cinta untukmu masih bersisa meski aku sudah jadi milik Max. Tetapi mulai saat ini, rasa itu telah hilang sepenuhnya. Tiada lagi rasa cinta untukmu, Harold, melainkan rasa benci dan sakit hati, " katanya. Jemarinya menggosok kesan lebam pada lehernya.
Aku menelan ludah. Dadaku terasa sesak. Kata benci yang diucapkannya lebih berbisa daripada tusukan sembilu.
" Beri aku peluang, Hanna. Aku sudah tidak lagi berhubungan dengan Hellena. Aku berjanji akan setia, Hanna. Aku berjanji tidak akan mengabaikanmu lagi," aku meraih tangannya.
Bruk! Bruk! Aku terhoyong hingga terjatuh ke lantai. Kepalaku terasa berpinar.
" Aku sudah mengingatkanmu, bro. Hanna isteriku. Jangan lagi mendekatinya, jangan merayunya. Dan jangan cuba meracuni fikirannya. Peluangmu dengannya sudah berlalu," terdengar lantang suara Max.
Aku menatapnya dengan semua kebencian yang ada dalam hatiku. Kami pernah menjadi sahabat yang paling akrab. Tetapi lihatlah kami kini, ibarat dua ketua kumpulan kongsi gelap yang berebut memiliki kawasan jajahan.
" Sayang, kamu okey?" aku melihat Max memeluk Hanna. Dia mengeluarkan sapu tangan dari poket seluarnya dan menyapu air mata Hanna dengan penuh kelembutan. Kedua tangan Hanna juga memeluk erat tubuh Max.
"Jangan menangis lagi, sayang. Aku ada di sini," Max mengucup ubun-ubun Hanna.
"Kalau kau sayangkan Hanna, kau akan jujur dengannya, Max. Tentang hubunganmu dan Julie, tentang keadaan Julie yang..."
"Yang apa, Har? Kau tahu tentang Julie? Atau kau dan Julie sedang merancang sesuatu untuk memisahkan aku dan Hanna?" Max kembali ingin melayangkan kepalan tangannya tetapi kulihat Hanna erat memeluknya.
"Jangan, Max," kata Hanna.
"Tangan ini bukan untuk memukul, sayang. Tangan ini untuk memelukku, untuk merangkulku dan untuk memimpin tanganku," lirih suara Hanna semakin menambah rasa kesal dan cemburuku.
"Pergi, Harold. Hellena lebih memerlukanmu. Sewaktu kita masih bersama, dia selalu ada di antara kita. Saat ini, aku sudah mengalah, biar Hellena mengisi ruang yang sudah kukosongkan. "
Aku benci mendengar kata yang diucapkannya. Berapa kali lagi perlu aku meyakinkannya bahawa aku tidak pernah menganggap Hellena melebihi seorang teman. Hannaku sudah jauh berubah. Jelas hatinya juga semakin menjauh dari hatiku.
Meski aku masih ingin berada di samping Hanna untuk melembutkan hatinya agar mahu menerimaku kembali, aku terpaksa mengalah dan keluar dari Hanna's Beauty Saloon. Aku tidak sanggup melihat Max memeluk dan menciumnya.
"Jangan pernah berfikir bahawa aku berhenti mencintaimu, Hanna," bisikku walaupun Hanna tidak menoleh ke arahku.
" Tetapkan hatimu, Harold. Jika kamu tidak mencintai Hanna, lepaskan dia. Biar dia bersama orang lain," aku teringat kata ibuku. Hatiku tidak pernah ragu mencintainya. Dan aku tidak pernah melepaskannya untuk bersama orang lain. Hanya sedikit celah yang kubuka tanpa sedar. Hellena dan Max masuk melalui celah itu hingga aku dan Hanna tepisah.
Happy reading.
Press ⭐ and leave your comment.
To be continued...
YOU ARE READING
Married To My Boyfriend's Best Friend ✔️
RomanceLove is not about how many days, months or years you've been together. Love is about how much you love each other everyday. Never love anybody who treats you like you're ordinary. Start : 27 August 2019 End : 05 Disember 2019