When two people are meant to each other, no time is too long, no distance is too far, and no one can tear them apart
Maximillan's POV
Kesabaranku rasanya sudah sampai di ubun-ubun. Julie sudah mencabar kesabaranku hingga mencapai ke tahap yang paling maksimum. Dia wanita yang tidak lagi akan aku pertimbangkan. Aku sudah nekad, biar apapun yang terjadi, hanya Hanna pilihanku.
Tanganku masih sakit kerana tindakan refleksku memukul dinding ketika Lisa menceritakan tentang kunjungan Julie ke Hanna's Beauty Saloon. Sejujurnya banyak persoalan yang bersarang dalam kepalaku. Bagaimana Julie tahu tentang Hanna? Bagaimana Lisa tahu tentang kejadian di Hanna's Beauty Saloon? Kenapa Lisa menceritakan tentang Hanna kepadaku?
Tetapi saat ini semua itu tidak lagi penting. Perasaan Hanna lebih utama. Aku tidak suka melihatnya menitiskan air mata. Sejak mula mengenalnya, hatiku rasa sakit melihat dia menitiskan air matanya kerana Harold dan Hellena.
Sudah beberapa kali aku cuba menghubungi Hanna tetapi semua panggilanku tidak dijawabnya. Akhirnya aku meninggalkan kerja yang masih berlambak untuk diselesaikan.
Aku memandu ke Hanna's Beauty Saloon, meredah jalan raya yang begitu sesak kerana ini sudah masa orang pulang kerja. Fikiranku tertumpu pada Hanna. Lebih-lebih lagi kebekakangan ini dia memang kurang sihat.
Aku sampai di Hanna's Beauty Saloon tepat pukul enam petang. Biasanya salun ini menamatkan perkhidmatannya pada pukul tujuh petang. Tetapi waktu aku sampai, pintunya sudah berkunci. Mungkin insiden pertemuannya dengan Julie menyebabkan Hanna menutupnya lebih awal.
Aku menyusul ke rumah sewa Hanna. Pintu pagarnya masih berkunci. Keretanya juga tiada di garaj. Aku menunggu di situ hampir sepuluh minit. Tetapi hampa, kelibat Hanna tetap tidak kelihatan. Hinggalah tika aku ingin memasukkan gear untuk meninggalkan rumah sewa Hanna, sebuah kereta yang aku kenal berhenti betul-betul bersebelahan dengan keretaku.
"Mama? Kenapa dia ke sini? Hatiku bertanya ragu.
Dua orang wanita keluar dari kereta itu. Salah satunya ibuku dengan wajah resah. Di sebelahnya Auntie Julies, ibu Harold juga dengan wajah yang sama.
Ibuku menghampiru keretaku dan mengintai di sebalik cermin gelap keretaku. Aku akhirnya mengambil keputusan untuk keluar.
"Mama?" Sapaku. Julies menatapku dengan seribu pertanyaan.
"Kenapa kau ada di sini, Max?" tanyanya. Aku memandang mama seketika.
"Emm.. Max mencari Harold, auntie. Max fikir mungkin dia ada di rumah Hanna," jawabku berbohong.
Auntie Julies mengangguk, tetapi tidak dengan ibuku. Kali ini hujung bibirnya sedikit melengkung ke atas. Aku tahu ibu sedang mentertawakan dramaku yang mungkin sebentar lagi akan terbongkar.
" Tolong buka pintu, Max, " ibuku menyerahkan seberkas kunci kepadaku. Ini kunci yang biasanya tergantung di luar bilik tidur Hanna.
"Macam mana kunci rumah Hanna ada pada mama?" tanyaku. Mama mengibaskan tangannya.
"Jangan banyak tanya, Max. Buka saja, cepat!"
Aku membiarkan ibuku dan Auntie Julies masuk dahulu. Aku mengikut dari belakang.
"Mama, apa yang terjadi dengan Hanna? Hanna di mana, ma?" aku menarik lembut tangan ibuku.
YOU ARE READING
Married To My Boyfriend's Best Friend ✔️
RomanceLove is not about how many days, months or years you've been together. Love is about how much you love each other everyday. Never love anybody who treats you like you're ordinary. Start : 27 August 2019 End : 05 Disember 2019