Dia masih memeluk tubuh telanjangku. Aku tidak tahu berapa lama kami berdua di dalam bilik ini setelah Auntie Meen meninggalkan kami. Ku fikir masanya cukup lama. Tenagaku rasa terkuras habis. Peluh mengucur membasahi tubuh kami.
Aku mengerjapkan mata beberapa kali. Ada perasaan malu yang menjalar. Entah bagaimana harus turun ke bawah dan bertemu muka dengan Auntie Meen.
"Kamu letih, sayang?" bisiknya seraya menempelkan hidungnya pada rambutku. Tangannya berada pada puncak dadaku, mengelus lembut di situ. Aku mendesah kecil. Sentuhannya meski bersahaja tetap selalu membuat tubuhku bergetar.
"Kamu diam, sayang? Sekarang kamu sudah berada di sini, di rumah keluargaku," katanya. Aku berpaling hingga kini wajahku menghadapnya.
"Aku merasa seperti wanita murahan dan berdosa," kataku. Dia mengangkat sebelah alis matanya.
"Hanna.."
"Kamu bakal menikah, Max. Dan aku di sini, datang menyerah diri untuk ditiduri."
"Kamu isteriku, Hanna. Jangan menganggap dirimu wanita murahan kerana yang menidurimu ialah suamimu sendiri," dia melepaskan pelukannya dan duduk membelakangiku.
"Buat masa ini aku masih isterimu, Max. Sebentar lagi, saat kamu sudah menjadi suami Julie, aku ingin dilepaskan," kataku cuba meneutralkan suaraku yang gementar.
" Aku tidak akan menikah lagi, Hanna. Isteriku cukup satu, kamu," tegasnya. Aku gembira mendengarnya tetapi kenyataan yang baru kelmarin hadir di hadapan mataku telah mengusir kegembiraan itu pergi jauh.
"Semalam aku telah menerima kad undangan pernikahanmu, Max," kataku. Mana mungkin aku melupakan kandungan kad ucapan itu. Bait-bait ayat yang menyebabkan kepalaku berdenyut hebat hingga akhirnya aku berada di rumah mewah ini.
"Kad undangan?" Max seakan terkejut. Aku mengangguk.
"Aku tidak menyebarkan apa-apa kad undangan, Hanna. Dan biar kujelaskan lagi, aku sudah menikah, dengan kamu, Hanna. Aku tidak akan pernah menikah kali ke dua," dia bingkas bangun, memakai semula pakaiannya dan segera keluar meninggalkan aku.
Aku memerhati punggungnya yang berlalu pergi. Jesus, aku mencintainya. Tetapkan hatinya, jangan biar dia menempatkan wanita lain di hatinya kecuali aku. Aku mahu menjadi wanita pertama dan terakhir yang memanggilnnya suami.
Auntie Meen memandangku dengan senyum-senyum. Sesekali dia menjeling Max yang menunjukkan wajah tegangnya.
"Lisa tidak ikut sarapan?" aku bertanya untuk meredakan rasa gugup.
" Lisa pergi ke church," jawabnya.
"Owh," aku teringat hari ini Ahad. Hanna's Beauty juga tidak beroperasi pada Ahad.
"Lama sekali anak mama berbicara dengan Hanna tadi. Tentang apa, James?" Max mengangkat wajah. Tanpa disedar pandangannya jatuh pada leherku. Wajahnya memerah tiba-tiba. Aku menyentuh leherku dan terasa agak pedih. Wajahku terasa merah dan terbakar.
Kulepaskan getah pengikat rambutku perlahan-lahan agar kelihatan seperti tidak sengaja. Rambut yang panjang melepasi bahu ku tarik ke hadapan hingga menutupi bahagian leherku.
"Hanna, rambutnya tiba-tiba dilepas?" tanya Auntie Meen masih tersenyum.
"Getahnya putus, auntie," jawabku sambil memasukkan ikat rambut ke dalam saku jeans yang kupakai.
"Mahu auntie ambilkan ikat rambut Lisa?" tanyanya. Aku menggeleng. Perlahan aku melarikan mata ke arah Max. Perlahan juga dia mengangguk, memberitahu kesan lebam di leherku sudah tidak lagi kelihatan. Aku menarik nafas lega.
YOU ARE READING
Married To My Boyfriend's Best Friend ✔️
RomantikLove is not about how many days, months or years you've been together. Love is about how much you love each other everyday. Never love anybody who treats you like you're ordinary. Start : 27 August 2019 End : 05 Disember 2019